• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Vikramaditya – Bahagian 9 oleh Uthaya Sankar SB
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Vikramaditya – Bahagian 9 oleh Uthaya Sankar SB

Share this article via


Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini.

Vikramaditya sedang berjalan meredah malam yang gelap. Di bahu raja itu kelihatan sekujur mayat yang dihuni Vetalam.

Mayat itu perlu dibawa kepada seorang lelaki alim yang mahu menjalankan yaagam, iaitu suatu upacara pemujaan khas.

Setiap kali Vikramaditya bercakap, puntianak itu terbang melayang dan bergayut semula pada dahan pokok besar di tanah perkuburan.

“Jangan ikut laluan ini,” kata Vetalam tiba-tiba. “Sekumpulan ahli sihir sedang membuat upacara khas di sana. Mereka mungkin menganggap tuanku mengganggu kerja mereka, lalu melakukan sesuatu yang tidak baik.”

Vikramaditya sudah beberapa kali melalui jalan yang sama. Mustahil tiba-tiba ada sekumpulan ahli sihir di sana.

Walau bagaimanapun, raja itu memutuskan untuk patuh kepada cadangan Vetalam. Lalu, baginda mengambil laluan yang berbeza.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara sekumpulan ahli sihir sedang membuat upacara pemujaan.

“Nampaknya Vetalam bercakap benar. Dia tidak menipu atau cuba memperdaya saya,” fikir Vikramaditya yang sudah berasa selesa mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh puntianak itu.

Pada waktu yang sama, Vetalam memulakan sebuah cerita baharu. Vikramaditya mendengar dengan teliti.

Di sebuah kerajaan, ada seorang raja. Raja itu ada tiga isteri. Baginda amat mencintai mereka bertiga. Ketiga-tiga permaisuri tinggal di tiga istana berbeza.

Pada suatu hari, raja itu sedang meluangkan masa bersama-sama permaisuri pertama. Selepas makan, mereka berdua berjalan-jalan di taman.

Permaisuri pertama terpandang bunga teratai yang kembang cantik di kolam. Raja faham bahawa isteri pertama itu ingin memiliki teratai berkenaan.

Maka, raja memetik bunga teratai itu dan mencucuknya pada sanggul permaisuri pertama.

Pada waktu itu, satu kelopak teratai gugur dan mengena paha permaisuri. Sebaik sahaja kelopak bunga mengena kulit, ia menjadi merah.

“Adoi! Sakitnya!” Permaisuri pertama menjerit kesakitan.

Raja menjadi takut dan segera memanggil tukang ubat diraja. Minyak dan ubat disapu pada paha permaisuri. Dia diminta berehat sehingga pulih sepenuhnya.

“Permaisuri memiliki kulit yang terlalu sensitif. Ini bukan alahan, tetapi kulitnya terlalu peka dan mudah cedera walaupun jika terkena benda lembut seperti kelopak bunga teratai,” tukang ubat menjelaskan.

Pada hari seterusnya, raja meluangkan masa bersama-sama permaisuri kedua di sebuah lagi istana. Selepas makan malam, mereka duduk berbual-bual di tepi tingkap.

Raja itu tidak menceritakan kisah permaisuri pertama kepada permaisuri kedua. Baginda tidak mahu isteri kedua risau dan susah hati.

Pada waktu itu, awan yang melindungi bulan mula beralih. Cahaya bulan mula menyimbah masuk melalui tingkap istana.

“Adoi! Sakitnya!” Permaisuri kedua menjerit kesakitan.

 

Soalan Mudah Yang Wajib Dijawab

28Vikramaditya

Raja terkejut melihat isteri kedua bergerak menjauhi tingkap istana. Kulit tangannya ada tanda seperti terbakar.

Tanpa berlengah, raja memanggil tukang ubat diraja. Minyak dan ubat disapu pada tangan permaisuri. Dia diminta berehat sehingga pulih sepenuhnya.

“Permaisuri memiliki kulit yang terlalu peka. Ini bukan alahan, tetapi kulitnya boleh terbakar dan cedera walaupun jika terkena cahaya bulan yang sejuk dan nyaman,” kata tukang ubat diraja.

Pada hari ketiga, raja meluangkan masa bersama-sama isteri ketiga. Mereka sedang duduk berbual sambil menikmati manisan tradisional di ruang depan istana.

Raja tidak menceritakan hal mengenai permaisuri pertama dan permaisuri kedua kepada permaisuri ketiga. Baginda tidak mahu isteri ketiga risau memikirkan keadaan mereka berdua.

Pada waktu itu, sayup-sayup kedengaran bunyi batu giling yang sedang digunakan di dapur istana.

“Adoi! Sakitnya!” Permaisuri ketiga menjerit kesakitan.

Permaisuri itu menekup kedua-dua telinga dengan tangan. Raja pula segera bangkit dari kerusi untuk meredakan isteri ketiga.

Raja terkejut melihat kulit muka permaisuri menjadi merah dan berbintik-bintik. Isteri ketiga itu ternyata sedang kesakitan.

Raja memanggil tukang ubat diraja. Minyak dan ubat disapu pada kulit wajah permaisuri. Dia diminta berehat sehingga pulih sepenuhnya.

“Nampaknya permaisuri memiliki deria pendengaran dan kulit yang terlalu peka. Bunyi batu giling di dapur telah menyebabkan telinganya sakit dan kulitnya berbintik-bintik,” tukang ubat menjelaskan.

Raja terdiam memikirkan nasib ketiga-tiga permaisuri. Nampaknya mereka bertiga tiba-tiba menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan deria dan kulit menjadi terlalu peka.

“Wahai Vikramaditya yang muda bestari! Antara ketiga-tiga permaisuri itu, siapakah yang paling sensitif atau paling peka?” Demikian Vetalam bertanya sebaik menghabiskan ceritanya.

“Soalan ini terlalu mudah. Tetapi saya tetap perlu menjawab. Kalau tidak, mengikut syarat yang awak tetapkan, kepala saya akan meletup dan berkecai,” Vikramaditya berkata sambil tangannya memegang mayat berkenaan dengan lebih erat.

“Ya, silakan. Saya mahu mendengar jawapan tuanku,” kata Vetalam sambil tersenyum.

“Permaisuri ketigalah yang paling sensitif dan kulitnya terlalu peka. Paha permaisuri pertama terluka apabila terkena kelopak bunga teratai. Tangan permaisuri kedua terluka apabila terkena cahaya bulan,” Vikramaditya menyimpulkan.

“Bagaimana pula dengan permaisuri ketiga?” Vetalam bertanya.

“Kulit mukanya menjadi merah dan berbintik-bintik hanya kerana mendengar bunyi batu giling dari jauh. Maka, tidak syak bahawa permaisuri ketiga memiliki kulit yang paling peka,” Vikramaditya memberikan jawapan muktamad.

Vetalam mengilai. Dalam sekelip mata, mayat yang berada di atas bahu Vikramaditya sudah hilang. Vetalam melayang menuju ke arah pokok besar di tanah perkuburan. [bersambung pada 10 Ogos 2018]

Tags: Uthaya Sankar SB

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

test2

8 Malaysian men unveil their unique Malaysian “His Story” on KLPAC’s stage

Eksentrika

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Zara Alianna

kuala lumpur sape collective klsc scaled

How Kuala Lumpur Sape’ Collective Celebrates Kenyah & Kayan People’s Traditional Lute

Jennifer Rodrigo

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

Eksentrika

'Jaya Ram' Is Sutra Foundation's Biggest Odissi Show In 2022

Sutra Foundation Is Staging Its Largest Odissi Show For 2022

Sutra Foundation

Who Is Ratu Kuning Of Pattani? A Queen In Southeast Asia.

5 Reasons To Remember Ratu Kuning Of Pattani, An Iconic Queen Of Southeast Asia

Jennifer Rodrigo

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram