• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Vikramaditya – Bahagian 8 oleh Uthaya Sankar SB
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Vikramaditya – Bahagian 8 oleh Uthaya Sankar SB

Share this article via


Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini.

Cheviraja mendengar penerangan Shekar yang menyamar sebagai seorang pendeta. Raja dan pegawai istana segera pergi ke rumah saudagar yang dikenali dengan nama timangan Penggigit.

Mereka terkejut melihat Thamarai yang masih berada dalam keadaan mabuk akibat minum arak. Terdapat calar pada lehernya akibat cakaran menggunakan garpu oleh Kumaran. Cheviraja yakin kesan itu akibat terkena tombak sakti pendeta.

“Ternyata Thamarai seorang ahli sihir! Beta menjatuhkan hukuman supaya wanita ini dibotakkan kepala dan dibuang ke dalam hutan!” Demikian keputusan Cheviraja yang masih berduka atas kematian putera tunggalnya.

Penggigit cuba merayu tetapi tidak diendahkan oleh Cheviraja. Thamarai pula masih terlalu mabuk dan tidak mampu menceritakan hal sebenar. Pada masa sama, tentu sekali dia tidak boleh mendedahkan bahawa kekasihnya datang tidur di biliknya pada setiap malam.

Thamarai terus dibotakkan kepala. Dia dihantar ke hutan. Cheviraja memberi amaran kepada para penduduk supaya tidak sesekali membantu jika wanita itu datang meminta sebarang pertolongan.

Thamarai menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri. Dia berjalan seorang diri di dalam hutan. Wanita itu sedar bahawa nasib buruk ini menimpa akibat perbuatannya cuba membunuh Shekar dengan memasukkan racun dalam makanan.

Sewaktu Thamarai sedang merayau di dalam hutan sambil menangis, muncullah Kumaran dan Shekar. Mereka tidak lagi menyamar sebagai pendeta. Mereka berdua juga tidak mendedahkan kepada Thamarai tentang peranan mereka dalam apa yang berlaku.

Sebaik melihat Kumaran, Thamarai meraung-raung sambil menunjukkan kepalanya yang botak. Putera itu memujuk dan cuba meredakan tangisannya.

Sejurus selepas itu, Kumaran, Thamarai dan Shekar menggunakan jalan lain untuk meninggalkan negeri berkenaan. Mereka pulang ke negeri asal dan Kumaran mengahwini Thamarai.

Tidak lama selepas itu, sekumpulan perompak ditangkap oleh pegawai istana Cheviraja. Sewaktu disoal-siasat, mereka mengaku telah menyamun, memotong lidah dan membunuh putera tunggal Cheviraja.

Pendedahan itu benar-benar memeranjatkan raja berkenaan. Baginda segera mengarahkan supaya dua pendeta yang memiliki rantai emas Thamarai dipanggil ke istana untuk disiasat semula.

Akan tetapi, tentulah kedua-dua pendeta itu gagal ditemui kerana Kumaran dan Shekar sudahpun meninggalkan negeri itu.

Bahagian 8D

Siapa Punca Kemangkatan Cheviraja?

Satu pasukan khas yang diketuai oleh Penggigit masuk ke dalam hutan. Mereka mencari Thamarai. Akan tetapi, tentulah wanita itu juga tidak ditemui di mana-mana kerana dia sudah pergi bersama-sama Kumaran.

“Mungkin anak saya sudah menjadi mangsa binatang buas di hutan,” kata Penggigit sambil menangis apabila datang mengadap Cheviraja di istana.

Segala perkembangan itu membuatkan Cheviraja amat kecewa dan rasa bersalah. Baginda marah memikirkan dua pendeta yang memberikan maklumat palsu. Baginda kesal kerana Thamarai tidak tampil membela diri.

Tiba-tiba, Cheviraja tersungkur. Para pegawai meluru ke arah baginda. Malangnya, raja itu sudah mangkat.

Vetalam menghentikan ceritanya di situ. Vikramaditya masih berjalan sambil mengusung mayat yang dihuni puntianak itu.

“Wahai raja yang bijaksana! Siapakah yang menjadi punca kemangkatan Cheviraja? Adakah Kumaran yang bersetuju dengan cadangan Shekar supaya memberi maklumat palsu mengenai kematian putera tunggal Cheviraja?”

Vikramaditya berhenti berjalan. Baginda memang telah berfikir secara mendalam sambil mendengar cerita yang disampaikan oleh Vetalam.

“Atau mungkinkah Shekar yang menuduh Thamarai dalam usaha membalas dendam? Atau mungkinkah Thamarai yang bersalah kerana cuba membunuh Shekar? Bukankah perbuatan Thamarai yang menjadi punca kepada segala masalah yang berlaku selepas itu?” Vetalam menambah.

“Saya tidak akan menyalahkan Thamarai dalam hal ini. Dia memang bersalah kerana cuba membunuh Shekar akibat rasa cemburu. Perbuatan itu adalah akibat perasaan cinta yang mengabui mata dan fikiran. Akan tetapi, Thamarai bukan punca kemangkatan Cheviraja,” kata Vikramaditya sambil terus berjalan.

Vetalam tersenyum. Vikramaditya sudah membuka mulut dan bercakap. Maka, puntianak itu boleh terbang dan pergi semula ke pokok besar di tanah perkuburan. Walau bagaimanapun, Vetalam mahu mendengar jawapan penuh yang diberikan oleh raja itu.

“Saya juga tidak akan menyalahkan Kumaran dalam hal ini. Begitu juga dengan Shekar yang menuduh Thamarai sebagai ahli sihir untuk membalas dendam. Kumaran dan Shekar tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam kemangkatan Cheviraja,” Vikramaditya memutuskan.

“Lalu, siapa yang bersalah dan menjadi punca kemangkatan raja itu?” Vetalam bertanya.

“Cheviraja sendiri menjadi punca kemangkatannya. Sebagai seorang raja, baginda sepatutnya melakukan siasatan yang menyeluruh sebelum membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman. Malangnya, baginda bertindak tergesa-gesa selepas mendengar cerita daripada Shekar yang menyamar sebagai pendeta,” Vikramaditya menghuraikan.

“Tuanku memang bijak, adil dan mampu berfikir secara matang. Tahniah! Akan tetapi, seperti yang sudah dijanjikan, saya akan pergi semula ke dahan pokok tadi.”

Sambil berkata begitu, mayat yang dihuni Vetalam terbang melayang. Vikramaditya segera berpusing dan berlari mengejarnya. [bersambung pada 3 Ogos 2018]

Tags: Uthaya Sankar SB

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

test2

8 Malaysian men unveil their unique Malaysian “His Story” on KLPAC’s stage

Eksentrika

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Zara Alianna

kuala lumpur sape collective klsc scaled

How Kuala Lumpur Sape’ Collective Celebrates Kenyah & Kayan People’s Traditional Lute

Jennifer Rodrigo

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

Eksentrika

'Jaya Ram' Is Sutra Foundation's Biggest Odissi Show In 2022

Sutra Foundation Is Staging Its Largest Odissi Show For 2022

Sutra Foundation

Who Is Ratu Kuning Of Pattani? A Queen In Southeast Asia.

5 Reasons To Remember Ratu Kuning Of Pattani, An Iconic Queen Of Southeast Asia

Jennifer Rodrigo

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram