• Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
    • Ideas
    • Reviews
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Submit Stories & Poems
  • Log In
  • List Art Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Vikramaditya – Bahagian 6 oleh Uthaya Sankar SB
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Vikramaditya – Bahagian 6 oleh Uthaya Sankar SB

Share this article via


Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini.

Vikramaditya tidak berputus asa. Baginda bergegas ke arah pokok besar di tanah perkuburan. Seperti yang dijangka, mayat yang dihuni Vetalam sedang tergantung dalam kedudukan terjuntai dari dahan.

Raja itu memanjat pokok berkenaan dan menurunkan mayat tersebut. Kemudian, Vetalam diletakkan di atas bahu kiri sebelum memulakan perjalanan sekali lagi.

“Bagus! Bagus! Tuanku tidak mudah berputus asa,” Vetalam bersuara sejurus selepas itu.

Vikramaditya tidak memberikan sebarang balasan. Sebaliknya, baginda terus berjalan meredah kegelapan.

“Perjalanan kita amat jauh. Izinkan saya untuk berkongsi satu lagi kisah,” kata Vetalam yang menghuni mayat di atas bahu raja.

Di sebuah negeri, tinggal seorang putera bernama Kumaran. Dia amat kacak dan pandai bermain senjata. Sejak kecil, Kumaran bersahabat baik dengan Shekar iaitu anak perdana menteri.

Pada suatu hari, Kumaran dan Shekar pergi memburu di hutan. Semasa mereka sedang berehat di tepi kolam, putera itu terpandang seorang gadis yang cantik.

Gadis itu juga memandang Kumaran dan tersenyum manis. Kemudian, si gadis memetik bunga teratai dari tasik. Bunga itu diletakkan di tepi telinga. Selepas itu, dia menggigit kelopak teratai. Seterusnya, bunga itu diselitkan pada sanggul.

Tanpa berkata-kata, gadis berkenaan menghilangkan diri. Kumaran pula tergamam seketika sambil membayangkan wajah gadis jelita itu.

Sejak kejadian itu, Kumaran kelihatan termenung seorang diri. Shekar menyedari perubahan pada sikap sahabatnya.

“Apa yang menyebabkan perubahan ini?” Shekar bertanya.

“Saya asyik terkenang akan gadis cantik yang dilihat di tepi kolam itu. Apakah dia malaikat atau dewi dari kayangan? Apakah saya akan berpeluang menemuinya semula?” Kumaran meluahkan isi hati.

“Kenapa tidak diceritakan lebih awal? Saya tahu bagaimana untuk mencarinya.”

Kumaran terasa amat gembira mendengar kata-kata Shekar. Anak perdana menteri itu menjelaskan bahawa gadis berkenaan sebenarnya telah memberikan isyarat menggunakan bunga teratai.

“Teratai yang diletakkan di tepi telinga membawa makna bahawa ada seorang raja bernama Cheviraja di negeri berdekatan. Kita perlu pergi ke negeri itu. Di sana, ada seorang saudagar yang diberi nama timangan Penggigit. Sebab itulah gadis itu menggigit kelopak teratai.”

Kumaran teruja mendengar tafsiran Shekar.

“Gadis ini adalah anak kepada saudagar berkenaan. Dia menyelitkan bunga teratai pada sanggul untuk menghantar isyarat bahawa namanya ialah Thamarai,” Shekar menceritakan lagi.

Tanpa berlengah, Kumaran meminta Shekar mencari maklumat mengenai negeri di mana terdapat seorang raja bernama Cheviraja. Selepas itu, putera berkenaan mengajak sahabat baiknya untuk pergi ke negeri berkenaan.

Meminta Bantuan Wanita Tua

Bahagian 6D

Apabila tiba di negeri yang diperintah oleh Cheviraja, kedua-dua sahabat itu menumpang di rumah seorang wanita tua.

“Nenek, apakah ada saudagar di negeri ini yang diberi nama timangan Penggigit?” Shekar bertanya selepas mereka makan malam.

“Oh, memang ada! Malah, saya pernah bekerja sebagai pembantu di rumah saudagar itu. Saya yang menjadi bidan sewaktu isterinya melahirkan anak. Sehingga kini, saya masih mengunjungi anak gadis itu apabila ada masa.”

Kumaran terasa amat gembira apabila mendapat tahu bahawa gadis itu bernama Thamarai. Ternyata tafsiran Shekar amat tepat.

Putera itu menceritakan kepada wanita tua itu mengenai pertemuan di tepi kolam. Nenek menyatakan bahawa Thamarai juga sering termenung sendirian sejak pulang dari kolam.

“Nenek pergilah ke rumah Penggigit esok. Tolong ceritakan kepada Thamarai bahawa Kumaran sudah datang ke sini untuk menemuinya,” Shekar mencadangkan.

Maka, pada keesokan hari, wanita tua itu menceritakan kepada Thamarai bahawa putera yang dirinduinya sudah datang ke negeri berkenaan. Gadis itu ternyata amat gembira mendengar berita itu.

Akan tetapi, tiba-tiba sahaja Thamarai menampar kedua-dua pipi wanita tua itu!

Dengan penuh terkejut, wanita berkenaan pulang ke rumah. Kumaran sedang menunggu dengan penuh harapan.

“Pada mulanya Thamarai kelihatan gembira. Tetapi kemudian dia menampar pipi saya. Lihatlah bekas tamparan pada kedua-dua pipi saya,” kata wanita tua itu dengan amat sedih.

Shekar segera mentafsir bahawa Thamarai sebenarnya sedang menghantar suatu isyarat.

“Lima jari di pipi kanan dan lima jari di pipi kiri bermakna Thamarai meminta nenek supaya pergi semula selepas sepuluh hari,” anak perdana menteri itu menjelaskan apa yang difahaminya.

Kumaran dan Shekar terus tinggal di rumah wanita tua itu. Pada hari kesebelas, nenek itu berkunjung semula ke rumah saudagar yang dipanggil Penggigit.

Thamarai mendengar dengan gembira apabila nenek itu menceritakan mengenai sikap terpuji dan pemurah yang dimiliki Kumaran.

Akan tetapi, gadis itu tiba-tiba menggunakan tiga jari untuk mencalar pipi kiri wanita tua itu sebelum memintanya pulang.

Nenek itu masih berada dalam keadaan terkejut apabila sampai di rumahnya. Kumaran juga terkejut melihat calar pada pipi nenek.

“Tahukah tuanku kenapa Thamarai mencalarkan pipi nenek berkenaan?” Vetalam bertanya kepada Vikramaditya. [bersambung pada 13 Julai 2018] [Bahagian 7]

 

Tags: Uthaya Sankar SB

Start Writing!

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

12 Singapore Writers Festival 2023 Highlights to Look Forward To

12 Singapore Writers Festival 2023 Highlights to Look Forward To

Sukhbir Cheema

LilianofLi scaled

Boosting Local Writers: How #BookTokMalaysia Amplifies Voices in 5 Ways

Eksentrika

Tale of The Dreamer's Son by Preeta Samaran Exposes Malaysia's Racial Divide

Malaysia’s Past and Present in Tale of The Dreamer’s Son by Preeta Samarasan

Marco Ferrarese

'The American Boyfriend': Ivy Ngeow Unravels Dark Secrets of Online Dating

Unravel Dark Secrets of Online Dating in Ivy Ngeow’s Latest Novel ‘The American Boyfriend’

leopardprint

Defiant Uthaya Sankar SB Publishes 'The Painted Cat'

Defiant Uthaya Sankar SB Courageously Overcomes Challenges to Publish ‘The Painted Cat’

Bissme S

How To Write Compelling Historical Fiction, 5 tips by author, Sandeep Ray

How To Write Compelling Historical Fiction, 5 Important Tips by Author, Sandeep Ray

Marco Ferrarese

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter


All Rights Reserved © 2023 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram