• Home

    Home


  • Articles

    Articles


  • Happenings

    Happenings


  • Eksentriks

    Eksentriks


  • Community

    Community

  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Log In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Get Featured
  • Donate

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Home
  • Get Featured
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Vikramaditya – Bahagian 3 oleh Uthaya Sankar SB
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Vikramaditya – Bahagian 3 oleh Uthaya Sankar SB

Share this article via


Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini.

Vikramaditya tiba di kawasan perkuburan seperti yang dijanjikan. Suasana amat gelap kerana bulan langsung tidak kelihatan pada malam itu. Angin bertiup dari pelbagai arah.

Lelaki alim yang memberikan hadiah buah mangga telah meminta Vikramaditya mendapatkan Vetalam, iaitu puntianak yang bergayut pada dahan sebatang pokok di tanah perkuburan.

“Upacara pemujaan apakah pula yang memerlukan puntianak?” Vikramaditya bertanya kepada lelaki alim itu, beberapa hari lalu.

Bahagian 3A

Akan tetapi, lelaki berkenaan tidak mahu mendedahkan butiran secara terperinci. Dia hanya memberitahu bahawa Vetalam diperlukan untuk menyempurnakan yaagam, iaitu suatu upacara pemujaan khas.

“Apabila yaagam dapat disempurnakan, maka saya akan mendapat pelbagai kuasa ajaib. Vetalam juga akan menjadi pengikut saya. Saya akan menggunakan kuasa ajaib yang ada pada saya, serta kuasa yang dimiliki oleh Vetalam, untuk membantu tuanku dan rakyat sekalian.”

Demikian diberitahu oleh lelaki alim itu kepada Vikramaditya. Raja itu memang berjiwa rakyat. Baginda sentiasa bersedia untuk melakukan kebajikan kepada penduduk. Baginda juga mahu melindungi rakyat pada setiap masa.

Bahagian 3Bsmall

Lelaki alim itu ternyata memang memiliki kuasa ajaib yang diperoleh menerusi pertapaan dan upacara pemujaan khas. Dia menawarkan diri untuk turut membantu rakyat di negeri berkenaan. Maka, Vikramaditya tidak keberatan untuk memenuhi permintaannya.

Selain daripada itu, Vikramaditya juga sukakan cabaran dan pengembaraan. Baginda melihat tugas membawa Vetalam ke tapak pemujaan sebagai suatu pengalaman baharu.

Akan tetapi, Vikramaditya tentu sahaja tidak menjangka cabaran, rintangan, dan risiko yang terpaksa dihadapi sebaik bertemu Vetalam nanti.

Vikramaditya ternampak sekujur mayat yang tergantung dalam kedudukan terjuntai dari dahan sebatang pokok yang besar. Baginda dapat mengagak bahawa Vetalam menghuni mayat itu. Tambahan pula, mata dan tangan mayat itu bergerak-gerak.

Tanpa sedikit pun rasa gementar, raja itu mula memanjat pokok berkenaan. Baginda nampak tali yang mengikat kaki Vetalam pada dahan pokok. Tali itu dicantas menggunakan pedang.

Vetalam jatuh berdentum ke tanah. Puntianak yang menghuni mayat itu menjerit kesakitan. Vikramaditya bergegas turun dari pokok dan menghampiri Vetalam.

“Maafkan saya. Awak tidak apa-apa?”

Bahagian 3C

Sebaik sahaja Vikramaditya bertanya soalan itu, Vetalam ketawa mengilai. Dalam sekelip mata, puntianak itu terbang dan terjuntai semula di atas dahan pokok!

Vikramaditya terasa hairan. Akan tetapi, baginda tidak mahu mengaku kalah. Tentulah Vetalam memiliki kuasa ajaib yang cuba digunakan untuk menipunya.

Memahami Muslihat Vetalam

Tanpa berlengah, Vikramaditya memanjat pokok itu sekali lagi. Baginda terkejut kerana tali yang mengikat kaki Vetalam kelihatan seperti awal tadi!

“Vetalam ini sedang cuba mempermainkan saya,” fikir raja itu seraya mencantas tali tersebut sekali lagi.

Pada kali ini, Vikramaditya cuba menggunakan tangan kiri untuk memegang Vetalam supaya tidak jatuh ke tanah. Akan tetapi, mayat berkenaan tetap terlepas daripada pegangan, lalu jatuh dengan bunyi yang kuat.

“Oh! Maafkan saya sekali lagi,” ujar Vikramaditya sebaik menghampiri Vetalam yang terbaring di atas tanah.

Bahagian 3D

Serta-merta, puntianak itu mengilai dan terbang semula ke dahan pokok! Vikramaditya terpinga-pinga seketika.

Kemudian, baginda memanjat pokok berkenaan sekali lagi dan mencantas tali yang mengikat kaki Vetalam. Kejadian yang sama berulang sebanyak enam kali.

“Mengapa hal ini berlaku? Setiap kali saya bercakap sesuatu, Vetalam terus terbang semula ke atas pokok,” fikir Vikramaditya sambil memandang ke arah puntianak yang tergantung pada dahan pokok.

Suasana di tanah perkuburan itu masih gelap. Angin sedang bertiup kencang secara bertukar-tukar arah dari semasa ke semasa. Bunyi lolongan anjing-anjing liar kedengaran dari jauh.

“Mungkin saya tidak harus bercakap. Setiap kali saya berkata-kata, Vetalam terbang melayang dan bergayut semula pada dahan pokok,” Vikramaditya membuat keputusan dalam diri.

Maka, pada kali ketujuh, apabila menghampiri mayat yang terbaring di tanah, Vikramaditya tidak bercakap apa-apa. Baginda terus mengangkat mayat itu dan memikulnya pada bahu kiri. Kepala mayat tergantung di belakang, manakala kaki yang terjuntai di hadapan dipegang erat menggunakan tangan kiri. Tangan kanan pula memegang pedang.

Tanpa berkata apa-apa, Vikramaditya mula mengatur langkah. Pada kali ini, Vetalam tidak terbang semula ke atas pokok.

“Bijak! Bijak! Akhirnya tuanku faham muslihat yang saya gunakan,” Vetalam yang menghuni mayat itu mula bersuara.

Vikramaditya tetap tidak memberikan sebarang jawapan. Baginda sedar bahawa jika baginda berkata apa-apa, maka Vetalam akan terbang semula ke atas pokok.

“Saya tahu bahawa tuanku mahu membawa saya ke tapak upacara pemujaan seperti yang diminta oleh lelaki alim itu. Akan tetapi, tuanku tidak tahu apa yang sebenarnya akan berlaku di sana.”

Vikramaditya terus mengunci mulut walaupun perasaan ingin tahu semakin membuak dalam diri. [bersambung pada 28 Jun 2018]

Tags: Uthaya Sankar SB

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

3 Features Of Nyonya Food That Make These Cuisine Special

3 Key Reasons Nyonya Cuisine Is Extra Yummy And Special

Catherine Leong

4 Cultural Facts Of Baba Nyonya And Peranakan In Malaysia

4 Interesting Cultural Facts Of The Baba Nyonya In Malaysia

Catherine Leong

Mak Yong Kelantan

How Mak Yong, Kelantan’s Traditional Art, Fans The Spirit Of Women Empowerment

Catherine Leong

4 Batik Types By Colours, Patterns, & Techniques In Malaysia

3 Easy Ways To Know Batik By Colours, Patterns, And Technique

Jennifer Rodrigo

3 Creatives Join Forces To Celebrate Sarees And Secrets

3 Talented Creatives Join Forces To Celebrate Sarees And Secrets

Ista

How Climate Change Is A Culture Problem That Art Can Solve

How Understanding Culture Can Help Artists Make Better Climate Change Art

Sukhbir Cheema

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram