• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Seleksi Pilihan Dan Kenangan Filem Hong Kong
Walid Ali

Written by Walid Ali

Seleksi Pilihan Dan Kenangan Filem Hong Kong

Share this article via


Ibu saya menyatakan bahawa bahawa satu ketika dahulu Mato (dikenali sebagai Matu); pekan kecil berdekatan kampung halaman saya ada satu panggung wayang persendirian. Diurus oleh seorang peniaga bernama Haji Merais yang ingin menyemarak budaya ini dalam penduduk setempat. Ibu saya menerangkan bahawa dahulu ada banyak orang akan datang melihat pawagam di pekan itu. Mereka banyak melihat filem – filem dari Hong Kong dan filem ini ialah filem – filem pertarungan Kung Fu komedi. Kemungkinan besar filem Jackie Chan dan juga Stephen Chow ditayangkan kerana mereka selalu menggabung elemen ini.

Itu kali pertama saya tahu tentang filem. Pendedahan kepada dunia filem dalam hidup saya agak lambat memandangkan sewaktu saya kecil, wayang di Matu itu tidak lagi beroperasi. Saya belum bertanya akan penutupan panggung wayang itu yang kini telah menjadi kedai runcit. Televisyen ialah medium kami untuk menonton filem. Kesukaran utama ialah sewaktu saya masih kecil, harga televisyen sangat mahal dan perlu mendapatkan lesen untuk memiliki televisyen. Dalam keluarga saya, saya cuma boleh menonton televisyen di rumah orang lain. Sewaktu itu, kami akan berkumpul menonton TV di rumah orang yang ada televisyen dan untuk menonton, kami juga mungkin perlu membayar beberapa sen. Keadaan mula berubah apabila lesen TV tidak perlu dipohon dan jumlah tv di kampung saya semakin banyak termasuk rumah keluarga saya.

god of gamblers
God of Gamblers. Gambar ehsan Budomate.

Apabila saya sekolah rendah, saya telah terdedah dengan filem Jackie Chan dan juga Stephen Chow. Akan ada satu slot di TV swasta yang akan menayangkan pelbagai filem Hong Kong setiap minggu. Ini ialah waktu yang benar – benar saya tunggu kerana pada waktu ini, saya dibenarkan menonton tv sepuas hati saya. Selain daripada waktu ini, saya akan diminta untuk tidur lebih awal. Saya tidak pasti kenapa undang – undang aneh ini diaplikasikan kepada saya yang masih belajar sekolah rendah ketika itu.

Saya rasakan bahawa filem Hong Kong ialah filem yang menarik dan dekat dengan visual kehidupan Bandar Sibu; bandar utama kami sewaktu saya kecil untuk membeli pelbagai barang. Saya dapat melihat binaan rumah kedai di Sibu yang ada visual yang hampir sama dengan bandar klasik Hong Kong dalam kebanyakan filem yang saya tonton. Di tengah bandar Sibu juga ada banyak etnik cina.  Setiap kali saya pergi ke Sibu, saya akan terbayang – bayang watak dari filem Hong Kong berjalan – jalan dan kemudiannya bertemu sesama sendiri berdialog. Akan ada Jackie Chan melompat dari bangunan ke bangunan dan akan ada pertarungan di kedai makan cina yang saya duduk sekarang. Akan datang Stephen Chow mengetip bunga mawar di mulut sambil cuba untuk memujuk rayu pelbagai heroin dia.

Tetapi mereka masih tidak kunjung tiba di bandar Sibu untuk membuat aksi mereka seperti dalam filem. Sewaktu kecil, saya fikirkan Sibu ialah Hong Kong dan Stephen Chow dan Jackie Chan ini ialah orang Sibu.

2021 06 21 18h30 53
Police Story 3. Gambar ehsan AV Forums.

Satu hari, saya menonton Police Story 3 dan setting filem bukanlah di Sibu tetapi di Kuala Lumpur kerana wujud imej menara Kuala Lumpur dan sedikit dialog bahasa Melayu. Waktu ini saya mula percaya bahawa hero-hero ini semuanya berpindah ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Sibu. .

Kesedaran saya tentang sinema sebagai satu hiburan semata menyebabkan pengalaman menonton filem Hong Kong telah berubah. Saya suka melihat elemen kekaguman seni pertarungan diri oleh Jackie Chan. Jackie Chan mahir dalam membuat cerita dalam pertarungan. Setiap shot memberi kita kefahaman dan perasaan. Kita dapat rasakan kesakitan yang dialami oleh Jackie Chan apabila dia tertumbuk papan yang digunakan pihak lawan sebagai objek mempertahan diri.

Ada beberapa elemen pertarungan seperti objek dari shot awal digunakan semula oleh Jackie untuk menamatkan pertarungan. Wajah Jackie juga akan memberitahu kita tentang tahap persediaan dia untuk setiap pertarungan. Sekiranya tidak bersedia, wajah gelabah dia akan terpampar dengan jelas di skrin.

Stephen Chow pula ialah seorang pengarah yang ada stail yang digelar sebagai Moa Lei Tao atau mungkin diterjemah sebagai mengarut. Dalam gaya ini, Stephen akan menonjolkan perkara yang dianggap tidak masuk akal oleh penonton. Seolah-olah saya menonton animasi yang dilakonkan secara benar oleh manusia.

lionsgate 2490166 210795 Full Image GalleryBackground en US 1484348617647. SX1080
Shaolin Soccer.

Saya masih ingat lagi bagaimana dia membuat visual untuk filem Shaolin Soccer. Pembinaan plot yang mudah iaitu perjuangan satu kumpulan bola sepak yang mengaplikasi Kung Fu dalam bola sepak. Saya dapat rasakan perasaan setiap watak ketika itu. Adegan watak Stephen Chow datang menemui abang sulung dalam perguruan Shaolin saya fikirkan satu adegan seram kerana watak abang sulung cuba untuk lari ditambah dengan permainan visual pandang pertama kamera; kamera bertindak sebagai mata kepada watak yang mendekati abang sulung. Muzik yang menyerahkan menambah lagi rasa seram kepada adegan ini. Dalam babak ini, setelah watak Stephen Chow ditunjuk mendekati Abang Sulung di dalam skrin, barulah saya faham bahawa Abang Sulung takut akan kehadiran Stephen Chow yang menyebabkan Abang Sulung dipukul oleh majikan.

Jackie Chan memberi pengalaman permainan visual yang kemas untuk seni pertahanan diri manakala, Stephen Chow memberi pengalaman parodi yang penuh kegilaan. Matu jadi titik mula saya tertanya tanya tentang filem, kemudian Sibu dengan visual seperti bandar Hong Kong klasik dan kini wayang perdana. Kedua – dua mereka masih aktif mengarah atau berlakon.

 

pendapat

Walid Ali

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

How A Live Cinema Performance Brought UK And Malaysian Artists Together

How A Live Cinema Performance Brought UK And Malaysian Artists Together

Sukhbir Cheema

freedomfilmfest freedom film network

As FreedomFilmFest Turns 19, Here’s A Look Back On How Its Journey Began

Sukhbir Cheema

30 Award-Winning Malaysian Short Films That You Must Watch

30 Award-Winning Short Films You Must Watch To Celebrate Hari Malaysia

Eksentrika

Experimental Film By Malaysian Filmmaker Kit Ong in FLIGHT

Malaysian Short Film By Kit Ong To Screen At Genova’s FLIGHT Film Festival 2022

Eksentrika

Female Filmmakers In Malaysia Talk Gender In film Industry

10 Ways Gender Plays Out In The Film Industry According To Malaysian Female Filmmakers

Marco Ferrarese

7 Wong Kar Wai Films Movie Lovers Must Watch At Least Once

7 Wong Kar Wai Films Movie Lovers Must Watch At Least Once

Sukhbir Cheema

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram