• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Sasterawan Kavyan Yang Hilang – Bahagian 2
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Sasterawan Kavyan Yang Hilang – Bahagian 2

Share this article via


Baca Bahagian 1 terlebih dahulu.

Berikut adalah sebahagian lagi penulis kaum India yang sudah tidak lagi menghasilkan karya kreatif Bahasa Malaysia.

Jayanthi Mahalingam dilahirkan di Kuala Lumpur. Cerpen “Rantai Mutiara” tulisannya menang hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Puisi dan Cerpen Pelbagai Kaum I (2001) dan termuat dalam antologi Alangkah Indahnya Salju (2003).

Hilang2 Jayanthi e1577195560115

Lettah adalah penulis kaum India yang pertama sekali terpilih menyertai program Minggu Penulis Remaja (MPR) 1986. Cerpen berjudul “Antara Dua Pilihan” yang termuat dalam antologi Impian Murni (1986) adalah karya sulungnya.

Nyanaambigai Rajanthran lahir di Kuantan, Pahang dan membesar di Kamunting, Perak. Kini mengajar di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau pernah menyertai program MPR 2003. Cerpen tunggal berjudul “Dendam Leela” tersiar di majalah Tunas Cipta (November 2003).

Omana Nair lahir di Pulau Pinang. Beliau mendapat ijazah sarjana dalam bidang komunikasi korporat dan bekerja di Manila, Filipina. Cerpen tunggal berjudul “Harap Anda Tidak Membaca Ini” menang saguhati dalam Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP II dan termuat dalam antologi Menara 2 (1989).

Parveen Kaur Gill Pritam Singh menulis cerpen tunggal berjudul “Titik Nyawa” sebagai tugasan mata pelajaran minor semasa mengikuti pengajian sarjana muda Bahasa Inggeris di Universiti Putra Malaysia (UPM). Cerpen itu tersiar di akhbar Mingguan Malaysia (7 Mei 2000). Kini, beliau bertugas sebagai pensyarah di Pusat Bahasa, Universiti UCSI, Kuala Lumpur.

Prabhawathy Govindarajoo @ S.G. Prabhawathy lahir dan membesar di Kamunting, Perak. Cerpen berjudul “Meenatchi” tersiar di majalah Dewan Masyarakat (April 2002) sebelum dimuatkan dalam antologi Vanakam (2002). Cerpen “Pusaran Rindu” pula tersiar di majalah Dewan Siswa (Ogos 2003). Sajaknya tersiar di akhbar Metro Ahad, manakala beberapa rencana di majalah Dewan Bahasa dan Dewan Budaya.

Sardah Appalasamy lahir di Tanjung Malim, Perak dan membesar di Kuala Lumpur. Beliau menyertai bengkel penulisan cerpen kendalian Uthaya Sankar SB di Universiti Malaya (UM) sebelum terpilih ke program MPR 1996. Novel sulungnya berjudul Mahligai Syurga (2015).

Sritharanee Subramaniam lahir di Tapah, Perak. Cerpen “Aku Dilahirkan Oleh Seorang Lelaki” menang hadiah kedua Peraduan Menulis Cerpen Pelbagai Kaum I (2001). Cerpen “Kepanasan Seketul Salji Hitam” menang hadiah pertama manakala cerpen “Yang Berenang” menang saguhati dalam Peraduan Menulis Cerpen Pelbagai Kaum III (2003).

Srivali Seeridaram menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dan diploma pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum berkhidmat sebagai guru. Cerpen “Keputusan Terakhir” menang saguhati Hadiah Cerpen Maybank-DBP V. Cerpen “Retak-retak Kebenaran” menang hadiah pertama manakala cerpen “Sumpah” menang hadiah ketiga dalam Hadiah Cerpen Maybank-DBP VII.

Suresh Kumar S.V. Vijayathevan pernah menang Pertandingan Mengarang Autobiografi (1982) anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Cerpen berjudul “Air Ditetak Tidak Akan Putus” menang saguhati Hadiah Cerpen Malayan Bank-DBP I, manakala cerpen “Bintang di Langit Boleh Dikira, Arang di Muka Tidak Disedari?” menang saguhati Hadiah Cerpen Malayan Bank-DBP III.

Thilagavathi Arumugam lahir di Kuala Lumpur. Beliau pernah menang dalam pertandingan deklamasi sajak peringkat sekolah pada tahun 1988 dan 1991. Cerpen berjudul “Kurniaan” menang saguhati Hadiah Cerpen Maybank-DBP V dan termuat dalam antologi Menara 5 (1993).

Rumusan dan Cadangan

bengkel sasterawan kavyan

Sekiranya diteliti, pertandingan dan sayembara ternyata menjadi pemangkin kepada kemunculan generasi baharu penulis kaum India sejak tahun 1980-an. Walau bagaimanapun, sebagaimana diakui pengkaji Sastera Kebangsaan seperti Mohamad Saleeh Rahamad, Krishanan Maniam dan Saravanan P. Veeramuthu, ramai yang hanya berkarya apabila ada peraduan.

Ramai juga yang berhenti menulis selepas menghasilkan tidak sampai tiga buah karya. Daripada 16 individu kaum India yang terpilih menyertai program MPR sejak tahun 1985, hanya empat orang didapati masih berkarya. Jaymani Sevanathan yang menyertai MPR 2019 diyakini akan terus prolifik dan menyerlah.

Menghasilkan karya bukan mudah, sebagaimana diakui Srivali Seeridaram semasa berkongsi pengalaman kreatif pada Simposium Penulis Pelbagai Kaum II di Pulau Pinang pada 17-21 November 2000. Hampir setiap Sasterawan Kavyan terlibat dalam bidang kerjaya yang tidak berkait secara langsung dengan dunia sastera dan penulisan kreatif.

Dalam hal ini, pelbagai program bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak tahun 1999 ternyata memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada usaha memastikan golongan Sasterawan Kavyan terus aktif menyumbang kepada perkembangan Sastera Kebangsaan.

Menjelang tahun 2020, Majlis Bahasa dan Sastera Pelbagai Kaum di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wajar memastikan sumbangan dan kehadiran golongan Sasterawan Kavyan diiktiraf dan dihargai.

Ruang penyiaran karya kreatif seperti sajak dan cerpen, serta esei, kritikan dan ulasan di majalah-majalah DBP juga penting bagi menggalakkan Sasterawan Kavyan terus bersinar dan menyerlah. [TAMAT]

*** Gambar ehsan Uthaya Sankar SB.

Ingin siarkan cerpen, puisi atau esei anda bersama kami? Hantarkan saja kepada [email protected]. Baca yang ini pula.

ESEI | Hiburan Di Rumah Bahagian 1 oleh M. Mahendran

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Jayanthi Mahalingam, Lettah, Nyanaambigai Rajanthran, Omana Nair, Parveen Kaur Gill Pritam Singh, Prabhawathy Govindarajoo, Sardah Appalasamy, Sritharanee Subramaniam, Srivali Seeridaram, Thilagavathi Arumugam, V. Suresh Kumar S.V. Vijayathevan

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

test2

8 Malaysian men unveil their unique Malaysian “His Story” on KLPAC’s stage

Eksentrika

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Zara Alianna

kuala lumpur sape collective klsc scaled

How Kuala Lumpur Sape’ Collective Celebrates Kenyah & Kayan People’s Traditional Lute

Jennifer Rodrigo

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

Eksentrika

'Jaya Ram' Is Sutra Foundation's Biggest Odissi Show In 2022

Sutra Foundation Is Staging Its Largest Odissi Show For 2022

Sutra Foundation

Who Is Ratu Kuning Of Pattani? A Queen In Southeast Asia.

5 Reasons To Remember Ratu Kuning Of Pattani, An Iconic Queen Of Southeast Asia

Jennifer Rodrigo

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram