Perempuan
Kalau sudah cantik
Masih kekal menarik
Usahlah memandang insan lain dengan jelek
Perempuan
Kalau sedang berbahagia
Disuka, dicinta, dimanja
Doakan insan lain jua merasa
Perempuan
Kalau sudah kaya
Bermewah, berjaya, berharta
Usahlah riak seperti kamu punya segala
Perempuan
Beruntunglah kamu dikurniakan segala kelebihan
Sekelumit kelebihan yang aku inginkan
Takkan setara dengan nikmat kurniaan Tuhan padamu
Tak perlulah engkau menganggap aku sebagai ancaman
Kerana aku tidak pernah berniat untuk berlawan
Demi kecantikan, kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan yang Dia pinjamkan
Perempuan,
Lebihnya engkau kurangnya aku
Lebihnya aku kurangnya engkau
Itulah dinamakan kehidupan
Tiada yang sempurna, tiada yang berkekalan
Gambar ehsan Adli Wahid di Unsplash
You must be logged in to post a comment.
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Love this
Dalamnya maksud.
Apa khabarmu di sana…
Ayat ayat menyentuh jiwa membaca.