Ada perkara-perkara yang aku kesalkan
Geramkan, marahkan, lelahkan
Semuanya menjadi duri dalam hati
Jadi luka, jadi bisa
Mungkin ada yang mengeji
Membenci, mahu menyakiti
Tak mungkin tiada yang mahu memahami
Mengerti dan empati
Maka ku pendam selagi boleh pendam
Simpan selagi boleh simpan
Hadap selagi boleh hadap
Tanpa dendam
Cuma,
Masih ada perkara-perkara yang aku kesalkan
Geram, marah dan lelah
Kerana sukar untuk aku melupakan
Sukar juga untuk aku memaafkan
Bila hanya aku yang berbuat begitu
Cover image by Sumeet B on Unsplash. The copyright of this piece belongs to the author of this literary work.
Copied and pasted from Eksentrika.
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.