Fridge art oleh Charlie Layton
Seluruh kewujudanmu meraikan kematian
peti sejuk yang menyimpan
makhluk-makhluk tak bernyawa
diraikan dalam susunatur
tingkat demi tingkat
dan bahagian tertentu
pabila pintu dibuka
kedinginan terpersil seperti
salju musim dingin
keinginan seorang manusia
terhadap ; buah, keju, susu, sosej dan ais
perutmu terburai luas
menyerakkan bau dari dunia luar
daging beku dari India
epal dari Australia
mozarella dari Itali
limau bali dari Tapah
pabila pintu ditutup
lampu mengatup cahyanya
gelap semula makhluk-objek
yang menyimpan seribu kenangan
ketika mereka masih bernyawa
mungkin seekor kerbau sewaktu hidupnya dilayan bak hamba
atau pembuat keju di Itali itu berbangsa Pakistan
mungkin juga setin bir yang membuncitkan perut itu prosesnya dibantu pekerja kurus kering
peti sejuk
jika ia menyimpan manusia
ia juga menyimpan makhluk tak bernyawa atau
sekadar cerita yang terpadam?
Abdulllah Hussaini seorang graduan UiTM Puncak Perdana dalam kursus Pengurusan Maklumat (Perpustakaan). Antara penulis yang diminatinya ialah Ali Majod, A.Samad Ismail, Saifullizan Tahir, Saat Omar, Anas Mohd, Raymond Carver, Etgar Keret dan John Grisham. Novel pertamanya Menculik Sensasi diterbitkan oleh Lejen Press pada tahun 2016. Cerpen-cerpennya tersiar di akhbar Selangorkini, majalah Tunas Cipta, Cukaria, JalanTelawi dan Eksentrika. Sajak-sajaknya tersiar di akhbar Selangorkini, Berita Harian Ahad, Utusan Malaysia dan Dewan Sastera. Dia bekerja dan tinggal di Jerantut.
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
5
4.5