Hari demi hari
Kau menyendiri
Kau rasa tidak ada siapa pun ambil peduli
Bila orang menasihati
Kau rasa orang tak hargai
Luahkan apa yang terbuku
Bicara lah yang tersimpan dalam kalbu
Manusia tak mengerti apa di minda mu
Hanya Tuhan dan dirimu saja yang tahu
Dirimu rasa tersisih
Sedangkan tiada siapa yang membenci mahupun pilih kasih
Sedarlah hidup ini bukan tentang dirimu seorang
Pelbagai ceritera, kisah yang tak terkarang
Berbuat baiklah sentiasa
Baik sejengkal, sehasta mahupun sedepa
Abaikan apa kebaikkan yang diberi
Padangan murni diharapkan oleh Illahi
Gambar ehsan Peter Olexa di Unsplash
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.