Image by sweetmeatone from Pixabay
Kita masih bertelingkah tanpa sebab
tatkala kucing dan anjing bermanja-manjaan
ke manakah arah tuju kita wahai manusia?
sejak zaman purba
manusia kekal berperangai seakan dinasor
dinasor sudah ditelan zaman
manusia masih menjadi pelahap
Mereka sudah berubah wahai manusia
mereka telah berubah
kucing dan anjing
singa dan burung
kucing dan tikus
kera dan angsa
malah si ibu anjing tidak kira siapa anaknya…
dia bisa boleh menyusui seekor anak kera
Wahai manusia bukalah matamu
bukalah hatimu
hidup kita sedetik cuma
di atas bumi yang berusia
berjuta-juta tahun lamanya
berubahlah.
Mahendran mula aktif menulis cerpen Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil untuk akhbar dan majalah pada tahun 1987. Karya beliau mendapat pengiktirafan menerusi Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1988, 1991) dan Hadiah Cerpen Pelbagai Kaum DBP ( 2003). Cerpen-cerpen Mahendran termuat di dalam antologi cerpen Menara (1988), Menara 4 (1991), Tanpa Mengira Warna(1993), Vanakam (2002) dan Segugus Aksara Sealur Kasih (2003). Beliau juga pernah menterjemah kumpulan cerpen penulis Tamil veteran M.Ramaiah dan terbit dengan judul Mimpi dan Impian (2013). Karupaya adalah kumpulan cerpen sulung yang memuatkan karya-karya terpilih Mahendran yang diterbitkan pada bulan April 2018.
Ada cerpen, sajak atau puisi? Sila kongsi bersama kami di [email protected]
Tags: M. Mahendran, sweetmeatoneWe accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.