2 Mei 2022
Hari tak lagi semeriah dahulu; saat lemang
Nostalgia dihidangkan kepada aku.
Aku menjamah sedikit tetapi airmata tetap mengalir
saat itu aku baru sedar; mata aku masih berdarah dan basah
Pada kala tubuhku telah meriah dengan baju lebaran.
Tart nanas, popia nestum, semuanya, semuanya telah
Tiada erti; lidah telah tiada rasa,
hari-hari Jengka 17-ku sama sahaja tapi berlainan.
Air mata adalah nama asing suatu masa dahulu tetapi kini
Ia adalah kebersamaan.
Kubur adalah nama lain bagi rumah jenazah –
Barangkali mimpi ngeri telah menjarah kesedaran
Tetapi saat kubuka jendela realiti
Lebaran ini, lebaran tanpa kau disisi.
Puisi Yang Terakhir Buatmu oleh Amir Hadi
Kisah Si Lalat Dan Si Manusia oleh PL Weng
Pengabdian Malam oleh M. Syawalfitri M. Fauzi
Pulang Sebelum Fajar oleh Abdullah Hussaini
Gambar ehsan Antonio Prado. Hak cipta ‘2 Mei 2022 (Untuk Tokki Mi)’ adalah milik Amir Hadi.
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.