Kamu tahu tentang kebosanan
yang tidak boleh dipisahkan dengan kemiskinan
saat kamu sedang mengikat perut
tiada yang menarik minat kamu
kamu mula berbaring
cuba menghabiskan masa dengan tidur
kamu sedar bahawa saat kamu bangun
perut tetap berbisik irama kelaparan.
Kamu mula sedar
setelah seminggu kamu hanya memakan roti dan mentega
dia hanyalah perut yang dihiasi aksesori organ-organ kering.
Tetapi terdapat satu perasaan
yang amat menyenangkan mengenai kemiskinan
sesiapa yang pernah hidup susah pernah mengalaminya
lega hampir berasa seronok
akhirnya kamu mengenali luar dan dalam
tentang diri kamu yang sebenar-benarnya
bahawa kamu boleh menghadapi kemiskinan dan kebosanan.
Gambar ehsan oleh Chazz Basuta di Unsplash
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.