• Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
    • Ideas
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Submit Stories & Poems
  • Log In
  • List Art Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Megha Duta – Bahagian 7 OLEH: UTHAYA SANKAR SB
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Megha Duta – Bahagian 7 OLEH: UTHAYA SANKAR SB

Share this article via


Gambar kredit: Nana Joshi

Baca bahagian-bahagian sebelumnya di sini.

Watak yaksa meneruskan penceritaan kepada gumpalan awan mengenai laluan yang perlu diambil bagi perjalanan dari Ramagiri ke Alaka.

Sloka 14 – Dari kawasan gunung-ganang ini, naiklah ke langit dengan muka engkau menghadap ke utara. Pada waktu itu, pasti akan ada kumpulan wanita di kawasan berdekatan mendongak untuk memandang ke arah engkau.

Mereka mungkin akan tertanya-tanya apakah tiupan angin kencang sedang meruntuhkan puncak gunung. Engkau teruskanlah perjalanan sambil memastikan engkau tidak bertembung dengan Dingnaga, iaitu empat gajah mistik yang mengawal empat arah angin.

rainbow

Sloka 15 – Seterusnya, engkau akan melihat busur milik Dewa Indra. Benar, aku merujuk kepada pelangi tujuh warna yang muncul dari puncak sarang anai-anai. Nikmatilah pemandangan indah itu yang menyerupai gabungan kilauan indah daripada intan dan permata pelbagai warna.

Pelangi itu pasti menambahkan kecantikan pada tubuh engkau yang berwarna hitam, wahai awan. Bayangkan bagaimana bulu burung merak mampu memberikan kecantikan kepada Krishna – avatara Dewa Vishnu – yang berkulit hitam. Engkau juga akan menjadi secantik itu.

Sloka 16 – Kaum wanita di perkampungan berdekatan pasti teruja melihat kedatangan engkau. Mereka akan mendongak dan memandang engkau dengan penuh kasih dan rindu.

Engkau pula perlu ke tanah datar yang dipenuhi wangian bau tanah yang baru sahaja siap dibajak. Berlegar-legarlah sedikit ke arah barat dan kurangkan berat badan engkau – turunkan hujan – dan kemudian teruskan perjalanan ke arah utara.

amarkantak
Stesen Bukit Amarkantak di Anuppur, Madhya Phradesh, India. gambar kredit: Luxury Travel Blog -ILT

Sloka 17 – Kawasan yang akan engkau lalui adalah Bukit Amrakuta yang pernah terbakar dahulu, dan engkau telah berjaya memadamkan api dengan renjisan air hujan.

Jika engkau terasa penat dalam perjalanan ini, Bukit Amrakuta (kini dikenali sebagai Amarkantak) pasti akan memberikan ruang untuk engkau berehat sebentar. Pasti ia tidak keberatan untuk membalas budi seorang rakan yang datang meminta perlindungan. Apatah lagi, seorang rakan yang pernah membantunya dahulu.

Sloka 18 – Kawasan pergunungan ini diliputi pokok-pokok mangga di bahagian cerun. Buah mangga pula sedang masak sekarang. Engkau bayangkanlah warnanya yang kuning keemasan.

Apabila engkau naik sedikit ke langit, lihatlah ke bawah untuk melihat puncak gunung-ganang dari atas. Ia akan kelihatan seperti buah dada milik bumi. Engkau pasti tertarik melihat pandangan yang mengiurkan itu.

Sloka 19 – Berlegar-legarlah sebentar di kawasan dusun mangga ini. Curahkan sedikit air di kawasan ini supaya berat badan engkau berkurangan, dan engkau dapat bergerak lebih laju.

Kemudian, teruskan perjalanan. Engkau akan melihat Sungai Rava di kaki Gunung Vindhya. Corak alirannya kelihatan seperti lukisan indah yang diletakkan pada tubuh gajah di kuil. (Bersambung pada 25 November 2016)

Megha Duta adalah puisi epik Sanskrit oleh penulis India abad ke4, Kalidasa. Bahagian karya puisi ini, yang diulas oleh Uthaya Sankar SB, boleh dibaca di Eksentrika setiap hari Jumaat. Adakah anda mempunyai cerpen atau puisi? Hantarkan emel kepada [email protected] 

Tags: Uthaya Sankar SB

Start Writing!

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

artists-against-colonialism

Defying Colonial Rule: 10 Artists Whose Canvases Spoke of Freedom

Eksentrika

Mistress of Ceylon Chai is a short story by Malini Lakshmi Bai

Mistress of Ceylon Chai by Malini Lakshmi Bai

Malini Lakshmi Bai

keretapi-sarong-malaysia-day

Keretapi Sarong: From Flash Mob to Annual Malaysia Day Celebration

Peter Soh

Oh, My Malaysia is a poem by Malaysian poet, Malini Lakshmi Bai

Oh, My Malaysia by Malini Lakshmi Bai

Malini Lakshmi Bai

Artist depicts Malaysia's soul with a breathtaking ensemble of 100 suspended LED panels

Artist Depicts Malaysia’s Soul With a Breathtaking Ensemble of 100 Suspended Led Panels

Ista Kyra

"exploited" is an art piece by Filipino artist, Nicolei Buendia Gupit

Imprinted in the Water: An Ecological Art Exhibition by Nicolei Buendia Gupit

JE

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

Love what we do?


All Rights Reserved © 2023 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram