• Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
    • Ideas
    • Reviews
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Submit Stories & Poems
  • Log In
  • List Art Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Megha Duta – Bahagian 14 | Uthaya Sankar SB
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Megha Duta – Bahagian 14 | Uthaya Sankar SB

Share this article via


Baca bahagian-bahagian sebelumnya di sini.

Penceritaan watak yaksa kepada gumpalan awan dalam puisi Megha Duta turut menyentuh mengenai episod dalam epik Mahabharata. Maknanya, timbul unsur intertekstual di mana pembaca akan berpeluang menikmati puisi klasik Sanskrit ini secara lebih mendalam sekiranya ada pengetahuan berkaitan kisah-kisah purana, epik, mitos dan legenda.

Sloka 51 – Tebarkan bayang-bayang engkau kepada penduduk di sekitar Brahmavarta, iaitu kawasan yang terletak di antara Sungai Saraswati dan Sungai Drishadvati. Sambil berbuat demikian, pergilah menghampiri dataran milik kumpulan Kaurava, iaitu Kurushetra (shetra bermakna dataran, padang, atau tanah lapang).

Di sinilah berlangsung perang maha besar antara kumpulan Pandava dan Kaurava seperti digambarkan dalam Mahabharata. (Kurushetra terletak di negeri yang kini digelar Haryana, dan ibu negerinya adalah Chandigarh.)

arjuna
Wayang kulit Arjuna bertemu dengan Yaksha

Arjuna dari keluarga Pandava menggunakan panah bernama Gandiva untuk melepaskan ratusan anak panah ke arah musuh. Sementara engkau pula melepaskan anak panah berbentuk bintik-bintik hujan.

Sloka 52 – Wahai awan yang berwajah tenang! Manfaatkan air di Sungai Sarasvati supaya walaupun tubuh engkau berwarna hitam atau kelabu, jiwa engkau menjadi suci dan bersih.

Ketahuilah kisah Balaram, iaitu abang kepada Dewa Krishna dalam kisah-kisah purana dan Krishnalila. Balaram tidak menyokong peperangan kerana sangat prihatin terhadap keselamatan dan nyawa rakan-rakannya.

Balaram sendiri minum air dari Sungai Sarasvati selepas berjanji untuk tidak lagi minum arak. Kejadian itu berlaku kerana sewaktu isterinya, Revati, menghulurkan gelas berisi arak yang diminta, Balaram terpandang bayangan mata isteri pada permukaan arak. Maka, dia terus insaf dan bertaubat.

140805-mcbride-ganges-01
Punca Sungai Ganga berasal dari Himalaya kredit gambar: Pete McBride

Sloka 53 – Dari Kurushetra, engkau harus berarak menuju ke Sungai Ganga yang dikatakan merupakan anak kepada Pendeta Jahnu. Sungai Ganga (atau Ganges) mengalir turun dari Banjaran Himalaya, dan seperti dikisahkan dalam epik Mahabharata, ia berjaya memberikan peluang kepada anak-anak Raja Sagara untuk menuju ke kayangan.

(Kisah mengenai Raja Sagara dan raja-raja lain dalam Mahabharata pernah saya tulis secara bersiri di portal Free Malaysia Today pada 2012-2013, dan mungkin akan dibukukan suatu hari nanti bersama-sama kisah Raja Ikshavaku dan raja-raja lain dalam Ramayana yang saya tulis secara bersiri di portal The Malaysian Insider pada 2013.)

shiva
Epik Hindu menggambarkan dewi Ganga mengalir dari rambut dewa Shiva

Sloka 54 – Tunduklah sedikit daripada kedudukan engkau untuk menyedut air yang jernih di Sungai Ganga. Pada waktu itu, rupa bentuk engkau akan kelihatan dari jauh seperti gajah dari kayangan! Meluncurlah sepanjang Sungai Ganga sehingga engkau melihat tempat pertemuan antara sungai itu dengan Sungai Yamuna dan Sungai Sarasvati di Prayaga (kini Allahabad, di Uttar Pradesh).

Sloka 55 – Ikutlah aliran mula (tempat asal) Sungai Ganga sehingga engkau sampai di puncak Pergunungan Himalaya. Kawasan tanah tinggi dan bergunung-ganang itu diliputi salji tebal. Engkau akan dapat menghidu bau kumpulan rusa Kasturi (musk deer) yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Apabila engkau tiba di puncak kawasan bergunungan ini, maka berehatlah untuk melepaskan lelah. Engkau akan kelihatan amat megah, seperti timbunan tanah yang baru sahaja disondol oleh Trinayana, iaitu lembu jantan putih milik Dewa Shiva. (Bersambung pada 27 Januari 2017)

Tags: Uthaya Sankar SB
  1. Anonymous says:
    January 20, 2017 at 10:41 pm

    1

Start Writing!

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

artists-against-colonialism

Defying Colonial Rule: 10 Artists Whose Canvases Spoke of Freedom

Eksentrika

Mistress of Ceylon Chai is a short story by Malini Lakshmi Bai

Mistress of Ceylon Chai by Malini Lakshmi Bai

Malini Lakshmi Bai

keretapi-sarong-malaysia-day

Keretapi Sarong: From Flash Mob to Annual Malaysia Day Celebration

Peter Soh

Oh, My Malaysia is a poem by Malaysian poet, Malini Lakshmi Bai

Oh, My Malaysia by Malini Lakshmi Bai

Malini Lakshmi Bai

Artist depicts Malaysia's soul with a breathtaking ensemble of 100 suspended LED panels

Artist Depicts Malaysia’s Soul With a Breathtaking Ensemble of 100 Suspended Led Panels

Ista Kyra

"exploited" is an art piece by Filipino artist, Nicolei Buendia Gupit

Imprinted in the Water: An Ecological Art Exhibition by Nicolei Buendia Gupit

JE

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter


All Rights Reserved © 2023 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram