• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Lukis komik, Gubah lagu…Tempuhan seorang ayah demi kesedaran autisme
Ista

Written by Ista

Lukis komik, Gubah lagu…Tempuhan seorang ayah demi kesedaran autisme

Share this article via


Seni boleh memulih dan juga adalah sokongan.

Tak percaya? Lihatlah sendiri video menyentuh hati oleh Faizul Khalid aka Zulkha, tentang pengalamannya sebagai ayah kepada seorang kanak-kanak autistik.

Video tersebut sepatutnya siap untuk dilepaskan pada tahun 2016, namun tertangguh kerana Zulkha sibuk pada waktu itu, berpindah dari Kapit ke Kuching, bertukar tempat kerja, lagi menguruskan hal keluarganya.

zulkhaaa

Senang sahaja kalau mahu melepaskan hasratnya untuk membuat video, tetapi Zulkha tidak rela membiarkan ideanya terkubur.

Maka, walaupun menanggung letih dari hari-hari bekerja dan menjaga anak lelakinya, Kharnain, Zulkha memulakan usaha untuk menjadikan videonya realiti pada bulan November yang lalu.

“Saya menghasilkan karya dalam keadaan yang agak tertekan. Tambahan pula baru berpindah ke bandaraya Kuching. Keadaan di Kuching cepat membuat saya kepenatan. Ia sangat berbeza dengan suasana pedalaman dulu di Kapit.

“Saya curi-curi masa melukis sekurang-kurang satu jam sehari. Kadang-kadang tunggu Kharnain dah tidur baru mula melukis,” kata Zulkha kepada Eksentrika.

ZULKHA
Zulkha dan Kharnain. Kredit semua gambar: Zulkha

Asalnya, Zulkha bercadang merakam aksi sebenar anak dan dirinya dalam video, tetapi oleh kerana sukar mendapatkan anaknya untuk menerima arahan berlakon, lagi terpaksa seorang diri dalam usahanya, konsep video itu mengalami sedikit perubahan.

“Masa tu kawan-kawan yang cuba membantu pun kebetulan agak busy. Sementara menunggu kawan-kawan lapang, saya melukis story board dengan lukisan kartun.

“Lama tak melukis saya kekok tapi timbul rasa seronok. Kebetulan saya menonton filem Ninja Turtle. Intronya mereka guna teknik lukisan komik serta montaj bergerak layer by layer. Dari situ saya dapat idea.

Saya berfikir, dengan komik lebih banyak perkara saya dapat cerita tanpa melibatkan banyak kos, tenaga serta tidak banyak pihak terlibat terutama pelakon utama yang kurang membantu iaitu Kharnain😂,” kata Zulkha.

Akhirnya, selepas lima bulan bertungkus-lumus, Zulkha berjaya menjayakan niatnya pada March 27, 2O17, cuma beberapa hari sebelum April 2, iaitu Hari Kesedaran Autisme sedunia.

 

Tajuk video dipanggil, “Tuhan Menduga Kita”, dan menampilkan lakaran Zulkha yang bertemakan hidupnya ketika mula-mula menjadi seorang ayah sehingga Kharnain membesar dan mula menonjolkan kelakuan yang berbeza dari kanak-kanak yang lain.

Lagu dan lirik beserta video itu juga adalah gubahan Zulkha sendiri. Malah suntingan video tersebut juga dilakukan oleh Zulkha.

zulkha face painting
Antara bakat Zulkha, juga adalah dalam face painting.

Antara sebab utama saya buat karya ini adalah sebagai rujukan ibu bapa supaya mereka segera sedar keganjilan pada anak. Mereka mungkin seperti saya awal dahulu.

“Tercari-cari jawapan mengapa anak mereka berkelakuan pelik. Ramai kaum ibu kerap mengadu si bapa tidak dapat menerima hakikat keganjilan pada anak. Ini juga pendorong karya ini dibuat.

Bapa adalah ketua keluarga. Keputusan bapa adalah penentu hala tuju keluarga, sama ada kearah kebahagiaan atau kebinasaan.

“Semakin cepat kita menerima hakikat, semakin awal intervention awal anak dapat dibuat dan makin baik hasil yang kita dapat. Yang paling parah kalau kedua-duanya tidak menerima hakikat; saya sangat sedih dengan nasib si anak.

“Redha dan iktiar okay. Disamping doa yang tak putus-putus. Akhirkata, hadir dugaan bersamanya adalah hikmah. Dugaan jadi mudah andai kita redha dengan pemberianNya.

zulkha ub7
Zulkha pernah bergiat dalam band UB7 sejak 2007, tetapi kini tidak aktif lagi.

Penolong Arkitek yang berumur 37-tahun ini juga percaya bahawa seni mampu mengalih perhatiannya dari tekanan.

“Saya sangat cintakan bidang seni. Saya sangat sukakan muzik terutama dalam penulisan lagu. Saya banyak menulis lagu tapi mungkin oleh kerana ketika itu saya berada di pedalaman Sarawak dan tiada mentor serta panduan, sukar untuk saya promosikan karya bersama band saya. Kini saya anggap perjuangan saya dalam muzik telah mati.

“Selain itu, saya juga meminati bidang fotografi, menjadi jurugambar freelance terutama untuk forografi perkahwinan dan kadang-kadang jadi graphic designer pula. Saya ambil sedikit income disini.

“Ada kalanya saya melukis portrait sebagai hobi. Melukis komik sebenarnya adalah sesuatu yang lama saya tinggalkan. Kali terakhir saya aktif melukis komik adalah pada 2002 ketika masih belajar di UITM. Ia sebagai hobi sahaja. Saya mula melukis kembali untuk tujuan videoclip Tuhan Menduga Kita pada bulan Mei tahun lepas.

caricatures
Lukisan potret Zulkha. Gambar kredit: Zulkha

Kata Zulha lagi, seni boleh membantu anak-anak autistik untuk melatih imaginasi dan mencurah perasaan mahupun tekanan yang ada dalam diri.

“Ia juga melatih untuk fokus dan merangsang motor skill dengan lebih baik.

“Saya sendiri berasa aman ketika menghasikan karya seni, tetapi kalau anak tak minat, jangan pulak dipaksa. Anak perlu didorong bukan ditekan. Mungkin mereka cenderung kepada perkara yang lain.

Ketika bergiat dalam sesi rakaman muzik di studio dulu, Zulkha membenarkan Kharnain bermain dengan peralatannya untuk menarik minat dalam bidang muzik. Beliau juga pernah mengajar anaknya melukis, tetapi Kharnain lebih cenderung terhadap angka-angka, huruf-huruf dan perkara-perkara teknikal seperti komputer.

“Ketika umur 4 tahun Kharnain sangat obses dengan angka dan huruf. Dia boleh membaca sikit-sikit sejak usia 4 tahun dan dia tahu mengunakan PC dengan betul. Dia juga boleh shutdown PC dengan betul walaupun tak pernah saya ajar. Biasanya dia tengok sekali dan terus ingat.

“Bagaimanapun saya masih tercari-cari kebolehan lain kharnain yang paling optimum.

Kini Zulkha juga telah menghasilkan T-shirt dengan poster lukisannya bagi menyebarkan lagi sokongan dan kesedaran terhadap Autisme.

Kalau mahukan T-shirt, Zulkha boleh dicari di laman Facebooknya, “Tuhan Menduga Kita” .   Jangan lupa lihat video di bawah.

 

Mahu siarkan cerita menarik anda bagaimana seni boleh mengubah kehidupan? Hantarkan aje kepada [email protected]

 

 

Tags: zulkha

Start Writing!

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

Singapore Art Museum Launches Open Systems Initiative

Step Into the Digital Realm With Sam’s Innovative Virtual Exhibition, Open Systems

Sukhbir Cheema

2 Public Art Trails Celebrate Singapore's Historic Tanjong Pagar District

2 Public Art Trails Celebrate Singapore’s Historic Tanjong Pagar District

Eksentrika

Tidur Lambak was an immersive art show that celebrates the intimacy of Malaysian communal sleeping

Tidur Lambak: A Showcase That Celebrates The Intimacy Of Malaysian Communal Sleeping

Ista

SeniVR, an immersive tech collaborative space at Muzium Telekom

Muzium Telekom’s SeniVR, is an Immersive Tech to Innovate Malaysian Art Exhibits

Eksentrika

An exhibition of Tan Chi Mui's Just Because You Pressed the Shutter?

Tan Chui Mui’s Stunning Artwork Takes Center Stage at Rencontres d’Arles

Eksentrika

klsp and bentley music academy scaled

How KLSP makes Shakespeare More Fun and Entertaining for Children and Adults in KL

Ista

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram