Kumpulan penggiat teater sekarang lebih banyak duduk di rumah. Ada yang suka untuk membuat aksi mereka melalui video untuk tontonan umum. Dari sini, terlihat gian berkarya itu ada. Namun, apakan daya.
Terdapat kerisauan tentang apakah akan berlaku selepas ini. Adakah teater masih ditonton? Ke mana hala tuju pengkarya?
Saya melihat ini dari sudut yang lebih positif. Tetapi, saya tidak nafikan ada kesukaran yang dialami oleh mereka yang hidupnya hanya dengan menjalankan teater (ruang pementasan, produksi, perkhidmatan kreatif). Mereka ternyata lebih terkesan.
Teater masih ada penonton. Sering kali saya ulang perkara ini. Cumanya, (1) bagaimana pemasaran dijalankan (kadang-kadang ada pementasan tidak sesuai dipasarkan menggunakan media sosial, kadang-kadang ada pementasan yang tidak sesuai dipasarkan menggunakan media arus perdana) dan (2) bagaimana juga kualiti persembahan yang dihasilkan.
Pemasaran yang betul maksudnya di sini ialah, capaian penonton itu tepat kepada penonton yang sepatutnya.
Kualiti pula bermaksud tidak mengabaikan elemen-elemen teatrikal yang sepatutnya dan mendalami setiap stail yang ingin dipersembahkan – bahaya kalau karya tidak berkualiti, akan buat penonton baru berjinak lari.
Adakah teater boleh jadi industri? Untuk masa ini, belum lagi. Tetapi, permintaan itu ada. Kerana semua ini sangat bergantung kepada kehendak khalayak. Sekiranya khalayak masih menolak teater sebagai satu budaya, masih sukar. Mungkin perlu ada satu keadaan teater itu sebagai satu hip (bukan hipster) barulah dia jadi adrenalin. Sama seperti sifat filem Ada Apa Dengan Cinta atau Harry Potter – dia hip. Sifat utama hip ialah “kau tak follow benda ni, kau akan rasa ketinggalan.”
Tapi itu cuma adrenalin. Belum cukup untuk jadikan itu budaya. Gerakan yang lebih drastik diperlukan supaya ekosistem teater sentiasa berjalan dengan baik. Boleh dimulakan dengan mengenakan tiket walaupun seringgit untuk setiap persembahan. Itu di pihak produksi.
Soal ini saya boleh samakan dengan budaya penontonan bola sepak. Ada permintaan dari khalayak, jadi lebih mudah untuk digerak.
Peluang berkembang itu ada dengan bertambahnya jumlah pelajar IPT bidang seni. Tetapi, adakah mereka cukup kental untuk hidup sukar dan menjadi lebih ikhlas dalam berkawan dalam tempoh dua tahun selepas tamat belajar. Juga adakah pembuat polisi tiba-tiba berminat untuk melabur dalam teater?
Nak buat ke tak nak, Itu persoalannya.
Gambar pementasan ‘Uncharted Territory: An Immersive Theatre’ by Walid Ali (2020).
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.