• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 15
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 15

Share this article via


Sila baca dari Bahagian 1 terlebih dahulu. 

Apabila kelompok Sasterawan Kavyan menghasilkan Sastera Kebangsaan seperti sajak, cerpen, novel, esei, dan kritikan, tentulah sokongan yang setimpal amat diharapkan.

Sokongan yang diharapkan bukanlah dalam bentuk puji-pujian atau anugerah peringkat kebangsaan. Sebaliknya, sokongan daripada pihak penerbit dan masyarakat.

Topik ini sempat dibincangkan baru-baru ini dengan beberapa penulis kaum India yang terlibat dalam menjayakan penerbitan antologi Busana Bahasa (2019).

Sesungguhnya, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada Ogos 1999 menerima sokongan berterusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sokongan dalam bentuk ruang dan peluang penyiaran turut diterima daripada media baharu seperti Cukaria dan Eksentrika.

Navanitha Nairu
Navanitha Nairu.

 

“Sebagai seorang penulis, saya mengharapkan penerbit memberi peluang sama rata kepada semua penulis tanpa mengira kaum. Click To Tweet “Jika karya yang dihantar tidak menepati cita rasa atau kriteria yang dikehendaki, segeralah maklumkan supaya penulis baharu boleh belajar daripada kesilapan,” kata Navanitha Nairu @ N. Nitha yang menyertai Sesi Penulisan Intensif pada 10-11 Ogos 2019.

Bagi M. Mahendran, beliau mencadangkan supaya terdapat ruangan khas bagi menyiarkan karya penulis Bukan Melayu. Langkah ini boleh menarik minat lebih ramai penulis baharu yang pada masa ini didapati belum cukup yakin untuk bersaing di pasaran terbuka.

“Penerbit tidak patut terlalu memilih atau bersikap cerewet dalam memilih manuskrip karya. Setiap karya mempunyai nilai dan tujuannya yang tersendiri selagi tidak diplagiat,” kata Jaymani Sevanathan dalam perbincangan topik ini.

Pada pandangan penulis muda prolifik ini, penerbit perlu membantu penulis dalam mempromosikan karya mereka. Pada masa sama, membayar royalti atau honorarium berdasarkan kadar yang setimpal dengan hasil penulisan.

Eks 15 Buku

Anuradha Chelliah hampir sependapat dengan Mahendran. Beliau berharap, penerbit dapat menganjurkan sesi penulisan bagi penulis-penulis baharu dan kepada mereka yang berminat untuk mencungkil bakat mereka.

“Penerbit — sama ada akhbar, majalah atau online — boleh meuar-uarkan isu atau topik semasa yang ingin mereka ketengahkan dalam penerbitan supaya penulis lebih berfokus,” katanya.

“Sudah tentu saya mengharapkan hebahan dalam bentuk cetakan dan elektronik secara berterusan daripada pihak penerbit untuk mendorong Sasterawan Kavyan terus menyumbang kepada usaha memperkaya Sastera Kebangsaan,” ujar Ramakrishnan Ramasamy dalam perbincangan topik berkaitan bentuk sokongan yang diharapkan daripada penerbit.

Thanusya Shanmuganathan
Thanusya Shanmuganathan.

Dalam hal ini, penulis novel Tak Sengaja Cinta (2014), Thanusya Shanmuganathan berharap penerbit bersikap telus dalam menerbitkan manuskrip yang bermutu tinggi dari segi bahasa dan jalan cerita.

Sambil tidak menafikan bahawa wang dan nilai komersial penting, beliau menekankan: “Hal yang lebih penting adalah proses pembelajaran pembaca pelbagai kaum dan peringkat umur yang membaca karya kita. Saya tidak menulis untuk diri sendiri tetapi untuk generasi akan datang.”

Turut dibincangkan tentang bentuk sokongan yang diharapkan daripada masyarakat; termasuk saudara mara, sahabat, rakan sekerja, dan pembaca pelbagai kaum di Malaysia.

“Pertama sekali, masyarakat perlu menyokong penulis dari aspek sokongan fizikal. Fizikal yang dimaksudkan adalah seperti sumbangan untuk proses penerbitan,” kata Jaymani.

Pandangan ini amat wajar dan kena pada tempat kerana kebanyakan Sasterawan Kavyan terlibat dalam penerbitan buku secara indie, iaitu persendirian tanpa bantuan penerbit arus perdana. Buku Karupaya (2018) oleh Mahendran, Kurnia (2018) oleh Ramakrishnan, dan antologi Busana Bahasa (2019) adalah contoh terdekat.

Selain menggesa masyarakat pelbagai kaum meningkatkan budaya membaca, Jaymani turut menasihati orang ramai supaya tidak bersikap mementingkan budaya dan identiti sendiri sehingga karya yang mengetengahkan budaya kaum atau agama lain tidak dipedulikan langsung.

Eks 15 Books

“Saya mengimpikan dorongan orang ramai melalui pembelian karya yang diterbitkan oleh golongan Sasterawan Kavyan. Meski pada zaman sekarang, masyarakat makmur dalam kebuk teknologi, mereka diharap dapat terus menjadi khalayak yang menghayati dan menghargai karya Sastera Kebangsaan, khususnya karya Sasterawan Kavyan,” Ramakrishnan berkongsi harapan.

“Pada masa kini, ramai yang meminati pembacaan secara dalam talian, maka penulis boleh memberi tumpuan pada penulisan sebegini bagi menarik minat lebih ramai pembaca. Masyarakat juga perlu memberi sokongan dengan membeli buku-buku yang ditulis oleh para penulis. Boleh juga membantu mempromosikan bahan-bahan yang menarik minat mereka menerusi media sosial,” tambah Anuradha.

“Dalam soal Sastera Kebangsaan, masyarakat pelbagai kaum di negara ini harus sedar akan kepentingan Bahasa Malaysia. Masyarakat harus meluaskan pembacaan mereka dalam pelbagai bidang. Setiap bahan bacaan boleh dibincangkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Anggaplah amalan membaca sebagai santapan jiwa,” ujar Mahendran yang menulis karya Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1987.

Navanitha turut bersetuju tentang kepentingan dan keperluan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Tentulah hasil karya Sasterawan Kavyan tidak bermanfaat jika tidak dibaca oleh khalayak.

“Membaca membantu meningkatkan ilmu pengetahuan. Usah memilih karya berdasarkan kaum. Berikan peluang untuk penulis membuktikan kemampuan. Jangan pandang rendah penulis kaum India. Usah melatah sebelum membaca hasil mereka,” pesannya dengan penuh harapan.

Thanusya menambah dengan melahirkan harapan agar pembaca dapat membuka minda untuk membaca karya penulis yang berlainan kepercayaan dan pegangan hidup. Katanya, masyarakat juga harus bijak memilih karya yang bermutu tinggi dan mampu dijadikan sumber rujukan; bukan bacaan berciri hiburan semata-mata.

Golongan penulis kaum India telah melalui perjalanan panjang dalam Sastera Kebangsaan sejak tahun 1960-an. Mereka diyakini akan terus menyerlah dan memberi sumbangan yang signifikan dan bermakna. Perkongsian pandangan di atas turut membuktikan hal berkenaan.

Dalam pada itu, sokongan pihak penerbit dan orang ramai merupakan elemen penting yang menjadi penyuntik semangat kepada Sasterawan Kavyan untuk terus menghasilkan karya bermutu yang boleh dibanggakan. (Tamat)

Baca Bahagian 14.

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 14

Ingin kongsi cerpen, sajak, puisi, atau esei bersama kami? Sila email [email protected].  Baca FAQ kami terlebih dahulu. 

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Anuradha Chelliah, Jaymani Sevanathan, M. Mahendran, Navanitha Nairu, Thanusya Shanmuganathan

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Zara Alianna

kuala lumpur sape collective klsc scaled

How Kuala Lumpur Sape’ Collective Celebrates Kenyah & Kayan People’s Traditional Lute

Jennifer Rodrigo

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

Eksentrika

'Jaya Ram' Is Sutra Foundation's Biggest Odissi Show In 2022

Sutra Foundation Is Staging Its Largest Odissi Show For 2022

Sutra Foundation

Who Is Ratu Kuning Of Pattani? A Queen In Southeast Asia.

5 Reasons To Remember Ratu Kuning Of Pattani, An Iconic Queen Of Southeast Asia

Jennifer Rodrigo

Award-Winning Gangsapura Group Set To Hold Malay Gamelan Workshops

Award-Winning Gangsapura Group Set To Hold Malay Gamelan Workshops

Eksentrika

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram