• Home

    Home


  • Articles

    Articles


  • Happenings

    Happenings


  • Eksentriks

    Eksentriks


  • Community

    Community

  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Log In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Get Featured
  • Donate

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Home
  • Get Featured
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 14
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 14

Share this article via


Sila baca dari Bahagian 1 terlebih dahulu. 

Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan dianjurkan pada Disember 2018, Mac 2019, Jun 2019, dan Ogos 2019. Kelahiran antologi Busana Bahasa (2019) juga merupakan satu lagi kejayaan dalam menyaksikan kemunculan lebih ramai Sasterawan Kavyan yang menyumbang kepada Sastera Kebangsaan.

Eks 14 Program Kavyan di Cheras
Program Kavyan di Cheras.

V.K. Ezhilarasi Velautham mendapat pendidikan awal di Segamat sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan, dan seterusnya mendapat ijazah sarjana muda pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pesara guru ini tinggal di Kuala Lumpur dan mengusahakan kelas bimbingan bagi murid-murid dan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Rencana beliau tersiar di majalah Dewan Budaya (April 2016) dan dimuatkan dalam antologi Busana Bahasa. Ezhilarasi turut menyertai Sesi Penulisan Intensif pada Disember 2018 dan Mac 2019.

Jaymani Sevanathan layak diangkat sebagai Sasterawan Kavyan yang paling menonjol pada tahun ini. Anak muda kelahiran Klang, Selangor ini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jaymani Sevanathan
Jaymani Sevanathan.

Walaupun baru mula menulis secara aktif pada tahun 2018, hasil tulisan Jaymani sudah tersiar di Dewan Ekonomi, Dewan Masyarajat, Dewan Sastera, Tunas Cipta, The Malaysian Insight, Free Malaysia Today, Nadi Siswa, Klik Web DBP, MalayMail Online, dan Jalan Telawi. Karyanya juga ada dalam antologi Busana Bahasa.

Penulis muda berilmu dan berwawasan ini menyertai Sesi Penulisan Intensif pada Mac 2019 sebelum terpilih ke program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Julai 2019.

Maartandan Suppiah lahir dan membesar di Kota Tinggi, Johor sebelum melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran dalam bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Maartandan Suppiah
Maartandan Suppiah.

Kini, Maartandan bertugas sebagai pensyarah  dan ketua jabatan perhubungan awam di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak. Esei beliau tersiar di majalah Dewan Masyarakat (Julai 2017) dan Dewan Budaya (Mei 2018), serta antologi Busana Bahasa. 

Cerpen Navanitha Nairu @ N. Nitha termuat dalam antologi Nota Untuk Ayah (2016), Hello 2 (2017) dan Teksi (2018). Beliau lahir di Kangar, Perlis dan membesar di Menglembu, Perak, serta mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Jejawi, Arau; Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ipoh, Ipoh; Kolej PTPL, Shah Alam, dan Open University Malaysia (OUM).

Navanitha kini berkhidmat sebagai juruteknologi makmal perubatan di Hospital Selayang. Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif pada Mac 2019 dan karya-karya yang terhasil selepas itu termuat dalam antologi Busana Bahasa.

Nizha Periaswamy lahir di Petaling Jaya dan membesar di Shah Alam, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Shah Alam sebelum menyambung pengajian ijazah sarjana muda komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM).

Nizha pernah bertugas sebagai wartawan di akhbar Kosmo! selama 11 tahun dan editor sebuah portal berita dalam talian selama empat tahun. Beliau kini menjadi penulis bebas, selain melakukan kerja-kerja penterjemahan dan pencatat bagi forum kebangsaan. Beliau menulis rencana berkaitan seni dan budaya kaum India. Dua esei termuat dalam antologi Busana Bahasa.

Richard Ignacy memperoleh ijazah sarjana muda pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang sebelum berpindah ke kampung halaman dan kini berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak.

Richard Ignacy
Richard Ignacy.

Beliau mempunyai minat dan kesungguhan dalam penulisan karya-karya sastera, terutama sajak dan cerpen. Sajak beliau tersiar dalam majalah Tunas Cipta (Mei 2017 dan Ogos 2019). Tajuk sajak beliau dipilih menjadi judul antologi Busana Bahasa.

Thanusya Shanmuganathan @ Meera Natasya adalah graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau menetap di Petaling Jaya, Selangor dan sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014) dan Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016).

Selain itu, cerpen beliau termuat dalam antologi seperti Komplot Menulis (2015), Sedegup Cinta (2015), Untukmu Ibu (2016), Legasi Bonda (2019), Rahsia Kabin Biru (2019), dan Detektif Ramadan (2019). Fragmen dua buah novel pula dimuatkan dalam antologi Busana Bahasa. Beliau akan turut menyertai Sesi Penulisan Intensif V pada 9-10 November 2019.

Baca Bahagian 15.

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 15

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Jaymani Sevanathan, Maartandan Suppiah, Navanitha Nairu, Nizha Periaswamy, Richard Ignacy, Thanusya Shanmuganathan, V.K. Ezhilarasi Velautham

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

4 Cultural Facts Of Baba Nyonya And Peranakan In Malaysia

4 Interesting Cultural Facts Of The Baba Nyonya In Malaysia

Catherine Leong

Mak Yong Kelantan

How Mak Yong, Kelantan’s Traditional Art, Fans The Spirit Of Women Empowerment

Catherine Leong

4 Batik Types By Colours, Patterns, & Techniques In Malaysia

3 Easy Ways To Know Batik By Colours, Patterns, And Technique

Jennifer Rodrigo

3 Creatives Join Forces To Celebrate Sarees And Secrets

3 Talented Creatives Join Forces To Celebrate Sarees And Secrets

Ista

How Climate Change Is A Culture Problem That Art Can Solve

How Understanding Culture Can Help Artists Make Better Climate Change Art

Sukhbir Cheema

Wayang Kulit 3 Main Forms In Malaysia And Their Origins

3 Main Wayang Kulit Forms In Malaysia And Where To Find Them

Catherine Leong

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram