• Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Stories
    • Poems
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Cerpen
    • Guides
    • Ideas
    • Reviews
    • Essays
    • Opinions
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Submit Stories & Poems
  • Log In
  • List Art Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 11
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 11

Share this article via


Sila baca dari Bahagian 1 terlebih dahulu. 

Seiring dan selepas Saroja Theavy Balakrishnan dan M. Mahendran, beberapa lagi penulis kaum India muncul dalam bidang penulisan Sastera Kebangsaan pada tahun 1980-an dan 1990-an, khususnya dalam penulisan cerpen.

Amerjit Singh adalah nama yang muncul dan kemudian hilang begitu sahaja. Penulis keturunan Punjabi dan beragama Sikh ini menang hadiah khas kategori Bukan Melayu dalam Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1986 menerusi cerpen berjudul “Siswazah Majid”.

Cerpen itu tersiar di akhbar Mingguan Malaysia (10 Ogos 1986) sebelum dimuatkan dalam antologi Penantian (1987). Sebuah lagi cerpen karya Amerjit Singh berjudul “Skandal di Menara Gading” dan tersiar di majalah Dewan Sastera (Januari 1987).

Hasil carian di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur menemukan dua rencana tulisan Amerjit Singh, iaitu di akhbar Berita Harian (8 Oktober 1986) dan di majalah Mastika (Julai 1993). Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang maklumat lain mengenai Amerjit Singh berjaya ditemui setakat ini.

Annamalai Arnasalam juga termasuk dalam kategori penulis kaum India yang “muncul – hilang – tidak dikenali”. Beliau mendapat ijazah sarjana pendidikan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya pada tahun 1995.

Beliau pernah terlibat dalam penulisan buku Pendidikan Moral Tingkatan 5 (1995), Pendidikan Moral Tahun 1 (1996), Pendidikan Moral Tingkatan 4 (1997), dan Pendidikan Moral Tahun 2 (2000).

Dua buah cerpen yang ditulis oleh pengarang ini ialah “Diagnosis” (Berita Harian, 22 Mac 2001) dan “Gelegak” (Berita Minggu, 24 Jun 2001). Buat masa ini, tidak ada sebarang maklumat mengenai Annamalai Arnasalam diketahui, tetapi diharap akan ditemui.

Dhranee Nathan Gopinathan dilahirkan pada tahun 1968 di Melaka. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Convent, Sekolah Menengah Convent dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru.

Dhranee Nathan pernah menjadi jururawat di Johor Bahru sebelum meneruskan pengajian di Jabatan Penulisan, Universiti Malaya, serta mula menulis puisi, cerpen, rencana dan novel semasa menjalani latihan praktikal sebagai wartawan di akhbar Berita Harian.

Cerpen “Hibiscus Rossa” adalah cerpen sulungnya. Cerpen itu menang saguhati Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP 1990 dan termuat dalam antologi Menara 3 (1990).

Beliau mendapat ijazah sarjana dari Universiti Multimedia (MMU) pada tahun 2006 dan sudah tidak lagi menulis karya kreatif.

Jayanthi Mahalingam rantai

Jayanthi Mahalingam dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1966 dan berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Beliau pernah mengikuti beberapa kursus penulisan seperti Kursus Penulisan Skrip TV/Drama Asas di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kursus Penulisan Kreatif di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), serta Kursus Penulisan Kreatif/Sinematografi di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Cerpen “Rantai Mutiara” tulisannya menang hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Puisi dan Cerpen Pelbagai Kaum (2001) dan termuat dalam antologi Alangkah Indahnya Salju (2003). Tiada karya lain yang ditulis oleh beliau berjaya ditemui setakat ini.

Kamalah Suppiah pulau

Kamalah Suppiah lahir pada tahun 1960 di Batu Feringghi, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Feringghi, Sekolah Menengah Tanjung Bungah dan Sekolah Menengah Abdullah Munshi, sebelum bekerja di Kesatuan Buruh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Beliau banyak menulis cerpen bahasa Tamil dan “Tiada Penyesalan” adalah cerpen sulung yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Cerpen berkenaan menang tempat ketiga dalam Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP dan termuat dalam antologi Menara (1988).

Cerpen berkenaan turut dimasukkan dalam antologi Hujan Emas di Negeri Orang (1989) dan Dari Pulau ke Pulau (1992). Sayang sekali, tiada karya lain oleh penulis ini ditemui.

Baca Bahagian 12.

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 12

 

 

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Amerjit Singh, Annamalai Arnasalam, Dhranee Nathan Gopinathan, Jayanthi Mahalingam, Kamalah Suppiah

Start Writing!

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

25 Artists Celebrate Rich Cultural Roots In New Taiwan Festival

25 Artists Celebrate Rich Cultural Roots In New Taiwan Festival

Eksentrika

The Concoction' is a short fiction by Wynn Chng, about a Guan Yin or 'Ang Kong' Temple in George Town, Penang.

The Concoction by Wynn Chng

Wynn

The 24th European Film Festival in Malaysia

5 Impactful Films To Watch at the 24th European Film Festival in Malaysia

Ista Kyra

Drum up JB! wiill perform '24 festive drums' as one of its performance themes.

Harmonious Beat: Drum Up JB! Breathes Life into Malaysia’s Rhythm

Eksentrika

le tabouret

Dylan Yeo’s ‘Le Tabouret’ Evokes the Old Charm of Glove Puppetry

Eksentrika

artists-against-colonialism

Defying Colonial Rule: 10 Artists Whose Canvases Spoke of Freedom

Eksentrika

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter


All Rights Reserved © 2023 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram