• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 1
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 1

Share this article via


Sastera Kebangsaan merujuk kepada karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dan ditulis menggunakan Bahasa Malaysia. Satu lagi ciri penting konsep Sastera Kebangsaan terletak pada penglibatan penulis pelbagai kaum yang menulis tentang keunikan budaya, adat, pemikiran, agama, kepercayaan dan sebagainya berkaitan kaum, keturunan atau etnik yang diwakili.

Selain daripada orang Melayu, sesungguhnya kaum Cina dan India, keturunan Siam, Orang Asli, serta pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak turut terlibat dalam memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.

Penulis kaum India di Malaysia menceburi bidang penulisan puisi, cerpen, novel, esei dan drama dalam Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris. Sejak tahun 2004, istilah “Sasterawan Kavyan” digunakan apabila merujuk secara khusus kepada golongan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia.

Esei berjudul “Sasterawan Kavyan” (Eksentrika, 5 April – 18 Mei 2017) menghuraikan tentang penulis generasi baharu yang muncul selepas tahun 1980-an. Siri esei ini pula bertujuan memperkatakan mengenai penglibatan penulis kaum India di Malaysia dalam Sastera Kebangsaan khasnya, selain sastera Tamil serta bidang terjemahan, sejak tahun 1930-an.

Munshi Abdullah Illustration by Harun Lat 1
Munsyi Abdullah. Gambar oleh Malaysia Traveller.

Munsyi Abdullah menghasilkan karya-karya seperti Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1849), serta dinobatkan sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Karya-karyanya masih diperkatakan dan dikaji sehingga kini. Tidak ramai yang sedar Munsyi Abdullah adalah seorang pengarang berdarah India.

Akibatnya, apabila bercakap tentang penglibatan penulis kaum India dalam bidang Sastera Melayu, nama Nagalingam selalu menjadi sebutan. Cerpen “Cerita Orang Yang Tidak Menerima Syukur” karya Nagalingam tersiar secara bersiri di Bahtera (17 dan 24 Mei 1932). Beliau dianggap perintis kepada penglibatan pengarang Bukan Melayu dalam arus Sastera Kebangsaan.

Pengkaji sastera seperti Hashim Awang menganggap nama Nagalingam serta latar tempat cerita — iaitu Ramnad di India — sebagai bukti yang mencukupi untuk menerima Nagalingam sebagai seorang penulis kaum India yang mula-mula sekali menulis cerpen bahasa Melayu.

Seorang lagi peneliti sastera, Krishanan Maniam, turut mengangkat Nagalingam sebagai penulis kaum India yang paling awal terlibat dalam penulisan Sastera Kebangsaan. Sumbangannya dianggap amat bernilai walaupun hanya menghasilkan sebuah karya.

othman puteh
Dr Othman Puteh. Gambar oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan.

Othman Puteh pula membuat kesimpulan: “Jika benar Nagalingam itu berketurunan India, maka dia merupakan cerpenis Bukan Melayu yang pertama yang menghasilkan cerpen” (Dewan Sastera, Januari 2003). Beliau turut menggunakan istilah “cerpendek” kerana cerpen berkenaan yang disiarkan dalam dua bahagian itu panjangnya kira-kira 350 perkataan sahaja.

Cerpen tulisan Nagalingam tersiar pada tahun 1932. Tidak ada sebarang maklumat mengenai apa-apa karya yang dihasilkannya selepas itu. Malah, biodata dirinya juga tidak diketahui; kecuali alamat lengkapnya iaitu 82, Jalan Teh Peh Kong, Parit Buntar, Perak.

Selepas Nagalingam, tidak muncul seorang pun penulis kaum India bagi suatu tempoh yang lama. Seterusnya, penglibatan kaum India dalam penulisan karya kreatif bahasa kebangsaan hanya jelas kelihatan berlaku pada tahun 1960-an.

Enam penulis kaum India yang dikenal pasti sebagai individu yang menonjol dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia bagi tempoh tahun 1960-an, 1970-an dan 1980-an ialah Ignatius Dev Anand, G. Soosai, Joseph Selvam, N.S. Maniam, Belaetham K dan Nathesan Selappan.

Maklumat diri serta sumbangan mereka terhadap perkembangan Sastera Kebangsaan akan dihuraikan seterusnya.

Baca Bahagian 2.

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 2

Tags: Uthaya Sankar SB

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Zara Alianna

kuala lumpur sape collective klsc scaled

How Kuala Lumpur Sape’ Collective Celebrates Kenyah & Kayan People’s Traditional Lute

Jennifer Rodrigo

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

Eksentrika

'Jaya Ram' Is Sutra Foundation's Biggest Odissi Show In 2022

Sutra Foundation Is Staging Its Largest Odissi Show For 2022

Sutra Foundation

Who Is Ratu Kuning Of Pattani? A Queen In Southeast Asia.

5 Reasons To Remember Ratu Kuning Of Pattani, An Iconic Queen Of Southeast Asia

Jennifer Rodrigo

Award-Winning Gangsapura Group Set To Hold Malay Gamelan Workshops

Award-Winning Gangsapura Group Set To Hold Malay Gamelan Workshops

Eksentrika

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram