• Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
    • Ideas
    • Reviews
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Submit Stories & Poems
  • Log In
  • List Art Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
ESEI | Pakaian Muslimah: Beriman Atau Munafik? oleh K. Pragalath
K. Pragalath

Written by K. Pragalath

ESEI | Pakaian Muslimah: Beriman Atau Munafik? oleh K. Pragalath

Share this article via


Alunan mendayu kedengaran ketika umat Islam mengerjakan solat pada pagi Aidiladha sewaktu penulis menyertai Sesi Penulisan Intensif anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan, baru-baru ini.  Jutaan umat Islam menyambut Eid yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dengan menjalankan ibadah korban haiwan.

Dalam menjalankan ibadah ini, umat Islam juga wajar mengorbankan perkara yang membawa kepada dosa dan kemungkaran.  Perkara tersebut mungkin boleh menjadikan mereka munafik tetapi sudah tentu bukan kafir.

Surah Al-Hajj ayat 37 bermaksud: “Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”

Beberapa minggu yang lalu, pelakon Nurul Jannah Muner yang lebih dikenali sebagai Janna Nick menerima kecaman para hadirin kerana berpakaian ketat ketika memberi ucapan kepada golongan pelajar kolej.

Janna Nick bukan personaliti masyhur pertama yang menerima kecaman sebegini.  Penulis yakin beliau bukan satu-satunya personaliti yang menerima kecaman sebegini.

Ramai artis seni, malahan orang istana pernah menerima kritikan sebegini menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter.

Beberapa tahun lalu, Tunku Tun Puteri Aminah Maimunah Iskandariah terpaksa menutup akaun Instagram selepas dikecam kerana memuat naikkan gambar yang memaparkan dirinya tanpa tudung.

Rata-rata komentar yang mengecam diri Puteri Johor ini mempunyai tiga pola unik seperti berikut: Melayu, Muslim, lelaki.

Pola ini kekal dalam kes kecaman terhadap golongan artis wanita sehingga kini.

Jika dilihat dalam konteks global, perkara ini termasuk dalam mansplaining.   Mansplaining bermaksud golongan lelaki menerangkan konsep berkaitan wanita dan memaksa wanita mengikut definisi golongan lelaki.

Jika dirujuk di dalam Quran, Allah swt berfirman di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31 yang membawa maksud seperti berikut:

 “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.”

Pembaca hanya perlu memerhati perkembangan umat Islam di Malaysia dan akan mendapati bahawa firman Allah kepada kaum Hawa ditegaskan dan dikuatkuasakan melalui undang-undang dan reaksi negatif masyarakat.

Perkara ini tidak terlihat di dalam firman yang ditujukan khas untuk kaum Adam.

Mungkin ada sebilangan anggota masyarakat akan mengetengahkan hujah bahawa lelaki lebih berkecenderungan untuk memandang wanita berbanding wanita memandang lelaki.

Hakikatnya ialah Allah Maha Adil. Pelaksanaan sebahagian ayat Surah An-Nur tidak menjadikan pengkritik pakaian wanita lebih soleh dan memperoleh pahala.  Ia sebaliknya menjadikan mereka munafik seperti mana yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Munafiqun.

Rata-rata umat Islam yang pernah membaca surah ini sudah mengetahui bahawa ancaman golongan munafik lebih berbahaya berbanding dengan golongan kafir berdasarkan jumlah ayat di dalam Surah al-Munafiqun dan Surah al-Kafirun.

Bagi golongan Hawa yang menjadi mangsa kecaman dan kritikan pula, mereka mungkin akan mula berhijab.  Persoalannya, adakah mereka berbuat demikian dengan kerelaan hati atau kerana paksaan?

Sekiranya mereka berhijab kerana paksaan masyarakat, maka sudah tertentu mereka tidak akan tergolong dalam kalangan mereka yang beriman. Sebaliknya, mereka akan tergolong dalam kalangan orang munafik.

Setelah mati, apakah mereka yang memaksa dan menambahkan golongan munafik sanggup menanggung beban dosa di Padang Masyhar?

Sesungguhnya Allah menilai mereka yang beriman berdasarkan ketakwaan setiap individu dan bukannya berdasarkan ciri luaran. Nilai Islam perlu dijiwai secara dalaman dan terserlah keluar kerana ia bukan seperti lampin bayi pakai buang.

Penulis menamatkan hujahnya dengan lirik lagu “Madu dan Racun” oleh Jamal Mirdad: Madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu.

Apakah anda mahukan madu keimanan atau racun kemunafikan? Pilihan di tangan sendiri.

*** Gambar ehsan Dani Bayuni di Unsplash. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Eksentrika.

Ingin siarkan cerpen, puisi atau esei anda bersama kami? Hantarkan saja kepada [email protected]. Baca yang ini pula.

ESEI | Penulisan Sebagai Terapi oleh Uthaya Sankar SB

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Dani Bayuni, K. Pragalath

Start Writing!

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

le tabouret

Dylan Yeo’s ‘Le Tabouret’ Evokes the Old Charm of Glove Puppetry

Eksentrika

artists-against-colonialism

Defying Colonial Rule: 10 Artists Whose Canvases Spoke of Freedom

Eksentrika

Mistress of Ceylon Chai is a short story by Malini Lakshmi Bai

Mistress of Ceylon Chai by Malini Lakshmi Bai

Malini Lakshmi Bai

keretapi-sarong-malaysia-day

Keretapi Sarong: From Flash Mob to Annual Malaysia Day Celebration

Peter Soh

Oh, My Malaysia is a poem by Malaysian poet, Malini Lakshmi Bai

Oh, My Malaysia by Malini Lakshmi Bai

Malini Lakshmi Bai

Artist depicts Malaysia's soul with a breathtaking ensemble of 100 suspended LED panels

Artist Depicts Malaysia’s Soul With a Breathtaking Ensemble of 100 Suspended Led Panels

Ista Kyra

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter


All Rights Reserved © 2023 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram