• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
ESEI | Kaki Wayang Bahagian 1 oleh M. Mahendran
M. Mahendran

Written by M. Mahendran

ESEI | Kaki Wayang Bahagian 1 oleh M. Mahendran

Share this article via


Saya tidak tahu filem pertama apa yang saya tonton di pawagam.  Sudah pasti sejak bayi lagi saya telah ke pawagam dan pasti ia adalah sebuah filem Tamil sekitar tahun 1969. Mungkin sebuah filem warna ataupun hitam putih. Mungkin juga sebuah filem yang dibintangi oleh Sivaji Ganesan, sebab bapa saya adalah peminat setia Sivaji Ganesan.

Saya sedar sejak awal tahun 70 an banyak filem, kami tonton sekeluarga  di pawagam Lido, Cathay dan Lyceum Bentong. Ada juga filem-filem yang ditonton bersama bapa sahaja.

Setiap bulan sebanyak dua buah filem Tamil sahaja ditayangkan  di pawagam Lido dan Cathay.  Jarang-jarang sahaja filem Tamil ditayangkan di pawagam Lyceum.

L I D O
Pawagam Lido oleh M. Mahendran.

Kebanyakan filem-filem Cina yang memonopoli pawagam Lycuem(filem Tamil mula mengambil tempat di pawagam Lyceum awal tahun 90an). Dan filem-filem Tamil dan Hindi  cuma akan ditayangkan untuk sehari sahaja. Itu pun sehari, dua tayangan  sahaja.

Filem-filem Hollywood dan Hong Kong ditayangkan selagi ada penonton menonton ataupun beberapa hari, mungkin dikontrakkan begitu, tiga tayangan setiap hari. Cuma filem-filem Hindi seperti Bobby dan Haati Mere Saathi ditayangkan agak lama.

Masyarakat Melayu amat meminati filem-filem Hindi kerana filem-filem Melayu sudah amat kurang dikeluarkan pada awal tahun 70an. Agak ramai juga penduduk Punjabi di Bentong hingga kini. Namun penonton Melayulah yang melimpah di pawagam untuk filem-filem Hindi ketika itu.

Masyarakat Punjabi terpaksa menonton filem-filem Hindi, Tamil  dan Hollywood sebab tidak ada pilihan lain. Tidak pernah filem-filem dari Punjab diimport ke negara kita.

Untuk menonton sesebuah filem pada ketika itu bukan seperti sekarang. Kini banyak pilihan. Dahulu di sesuatu pawagam yang besar cuma ditayangkan sebuah filem sahaja.

Harga tiket ketika itu berkelas. Kelas ketiga adalah paling hadapan dengan skrin, pada harga 65sen, kelas kedua di tengah-tengah dengan harga seringgit, kelas pertama di barisan belakang dengan harga seringgit lima puluh lima sen dan kelas khas di tingkat atas pada harga dua ringgit lima puluh sen.

Kerusi-kerusi di bawah kebanyakannya diperbuat daripada kayu dan besi, manakala  kerusi-kerusi di kelas khas agak empuk dan selesa. Kebanyakan pawagam tidak berhawa dingin, kipas sahaja yang meredakan kepanasan.

pawagam lama
Pawagam Ampang oleh Fiskyen Shasha.

Penonton bebas merokok di dalam pawagam hingga bau asap rokok hinggap di pakaian penonton

Persiapan untuk menonton sesebuah filem akan dirancang  awal-awal lagi. Paling lama pun selama sebulan. Dan bukan untuk semua filem saya dapat peluang untuk menontonnya.

Bila bapa ada kelapangan dan untuk filem yang bagus sahaja kami dibawa. Poster-poster filem yang dilukis dengan tangan akan terpampang di hadapan, atas pawagam. Wajah-wajah pelakun jauh beza daripada asal.

Gambar-gambar bersaiz kecil  yang menunjukkan aksi daripda filem akan ditayang dan sedang ditayang akan dipamirkan di dalam cermin kaca. Setiap bahagian poster filem dan gambar pamiran tertera bila dan waktu tayangannya seperti HARI INI, BESOK, LAST DAY, AKAN DATANG dan TUKARAN LAIN ditulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Setiap kali filem baharu ditayangkan, akan diedarkan risalah berkenaan dengan filem tersebut rumah ke rumah. Risalah keluaran Shaw Brothers kebiasaannya berwarna-warni manakala risalah yang diedarkan oleh Cathay dalam hitam putih sahaja. Kami adik beradik menamakan risalah tersebut sebagai Picture Paper.

Saya amat gembira bila menerima risalah tersebut. Akan mencium kertas itu terlebih dahulu. Gambar-gambar pada risalah itu sahaja dengan sendirinya akan menarik minat  untuk menonton wayang gambar tersebut.

Ketika rumah kami tidak mempunyai kemudahan televisyen,  cuma wayang gambarlah hiburan utama kami selepas radio. Radio juga memainkan peranan penting untuk menarik minat saya terhadap filem. Setiap filem Tamil terbaharu diedarkan di Malaysia sudah pasti akan mendapat siaran ringkas di Radio Malaysia Rangkaian Merah.

Slot selama setengah jam itu sahaja menarik minat saya untuk menonton. Selain itu, lagu-lagu filem yang berkumandang setiap hari di corong radio membangkitkan lagi untuk menonton adegan lagu dalam filem tersebut.

Pada waktu itu sesebuah filem yang dikeluarkan di India bukan semestinya ditayangkan pada hari yang sama di Malaysia. Ia akan mengambil masa beberapa bulan, baharu akan di tayangkan di bandar-bandar utama di seluruh negara. Selepas setahun atau dua tahun, baru akan ditayangkan di bandar Bentong.

Kami amat ketinggalanlah pada ketika itu. Kini dalam beberapa bulan sahaja filem-filem baharu sudah pun ditayangkan di rangkaian Astro.

Hari untuk saya ke pawagam adalah sama dengan satu hari perayaan.  Mungkin sama seperti yang dirasakan oleh semua penduduk Bentong ketika itu.

Di sekolah, satu hari saya akan teringkatkan tentang filem yang bakal ditonton pada malam itu. Sering juga berbual-bual dengan rakan sedarjah tentang filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam. Saya cuma berumur lapan tahun sahaja ketika itu, namun pengetahuan tentang filem sudah amat jelas di minda.

Ini juga disebabkan olej majalah bulanan Indian Movie News yang dilanggan oleh bapa saya saban bulan. Majalah keluaran Shaw Brothers dari Singapura  itu terkandung dalam dwi bahasa, bahasa Tamil dan Inggeris. Memang hebat majalah filem tersebut.

Walaupun saya tidak begitu fasih membaca dalam kedua-dua  bahasa ketika itu, namun saya membaca juga dengan sedaya-upaya  untuk mengetahui perihal filem-filem terkini Tamil dan Hindi.

Biasanya saya dan ahli keluarga menonton pada waktu malam. Tayangan akan bermula pada jam 8 malam. Kami akan membonceng basikal bapa dan kadang-kadang bapa bawa kereta pejabat. Kami akan bersiap-sedia dalam pakaian yang menarik.

Memasuki kawasan pawagam adalah satu-satunya perasaan seperti memasuki pintu syurga. Jiwa akan melonnjak-lonjak tak terkata.

Saya akan menikmati poster-poster filem dengan penuh riang dan akan menjejakkan kaki ke dalam pawagam. Bapa akan uruskan pembelian tiket dan kudap-kudapan seperti gula-gula, kacang dan kuaci. Saya dan adik-beradik akan sibuk melihat gambar-gambar yang dipamirkan dalam cermin kaca.

Pawagam Cathay dan Lido memiliki baunya sendiri.

IMG 7159
Tiket pawagam lama oleh Serati Tak Bisa Jadi Undan.

Saya amat seronok melihat uncle yang koyakkan tiket dan melepaskan kami ke dalam dewan tayangan. Pawagam dahulu tidaklah seperti sekarang. Saya sudahlah kecil , jika ada orang duduk di hadapan saya, pasti saya tidak dapat menonton dengan jelas.

Ibu atau bapa akan mendudukkan saya di atas riba mereka untuk memudahkan urusan tontonan saya.

Lagu-lagu daripada filem-filem lama akan berkumandang sebelum filem dimulakan. Selepas itu akan ditutup lampu dan dimainkan slaid. Kebanyakan slaid adalah berkaitan dengan barangan keperluan harian.

Sebelum tayangan filem utama dimulakan, iklan rokok, iklan arak dan teaser filem-filem akan datang akan dimainkan. Saya akan berdebar-debar menunggu untuk filem utama untuk dimainkan. Suatu perasaan yang sungguh indah.

Perasaan seperti itu tidak ada lagi sekarang, kecuali untuk filem-filem arahan Shankar dan untuk filem-filem lakunan Super Star Rajinikanth. (Bersambung)

*** Gambar Bentong Cathay ehsan M. Mahendran.

Ingin siarkan cerpen, puisi atau esei anda bersama kami? Hantarkan saja kepada [email protected]. Baca yang ini pula.

ESEI | Kaki Wayang Bahagian 2 oleh M. Mahendran

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: M. Mahendran

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

test2

8 Malaysian men unveil their unique Malaysian “His Story” on KLPAC’s stage

Eksentrika

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Zara Alianna

kuala lumpur sape collective klsc scaled

How Kuala Lumpur Sape’ Collective Celebrates Kenyah & Kayan People’s Traditional Lute

Jennifer Rodrigo

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

Eksentrika

'Jaya Ram' Is Sutra Foundation's Biggest Odissi Show In 2022

Sutra Foundation Is Staging Its Largest Odissi Show For 2022

Sutra Foundation

Who Is Ratu Kuning Of Pattani? A Queen In Southeast Asia.

5 Reasons To Remember Ratu Kuning Of Pattani, An Iconic Queen Of Southeast Asia

Jennifer Rodrigo

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram