Eksentrik
Thanusya Shanmuganathan merupakan graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014) dan Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016) menggunakan nama pena Meera Natasya. Selain itu, karya Thanusya termuat dalam antologi seperti Komplot Menulis (2015), Sedegup Cinta (2015), Legasi Bonda (2019), Rahsia Kabin Biru (2019), Detektif Ramadan (2019), Busana Bahasa (2019), dan Landasan Hidup (2020). Sajak beliau tersiar di majalah Tunas Cipta (Mei 2019 dan Julai 2020). Thanusya menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau terlibat aktif dalam program Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), khususnya Sesi Penulisan Intensif (Disember 2018, Mac 2019, Jun 2019, Ogos 2019, dan November 2019). Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Thanusya diiktiraf sebagai Ikon Wanita Tahun 2020 oleh Kongres India Malaysia (MIC).