Khairani Abd Samad

Eksentrik

Khairani Abd Samad

Seremban, Malaysia

Writer, Educator 

Khairani Abd Samad berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau memiliki ijazah Pendidikan Islam dari Universiti Islam Negeri, Sumatera, Indonesia (UIN). Khairani pernah bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Sejarah selama 21 tahun di beberapa buah sekolah swasta di Kuala Lumpur dan Selangor. Minat yang mendalam terhadap penulisan mendorong beliau untuk menyertai beberapa bengkel anjuran beberapa penulis tempatan seperti Bengkel Kisah Hidup bimbingan Sri Diah dan Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara karya yang pernah dihasilkan adalah novel kanak-kanak, Misteri Mangkuk Tingkat (2019). Karya berjudul “Pesan Ayah” dan “Menggapai Bintang” pula termuat dalam antologi Nostalgia: Mahalnya Secebis Kerinduan (2020).



Latest Eksentriks

Get Featured

Join over 800 creatives who’re listed on our Artist Registry. It’s FREE!

Apply for Eksentriks