Irene Tan Ai Ling

Eksentrik

Irene Tan Ai Ling

Penulis & Penyajak

Puchong, Selangor

Irene Tan Ai Ling lahir di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1961.

Beliau mendapat pendidikan formal di Zainab English Girls School, Kota Bharu. Kemudian menyambung latihan kejururawatan Terengganu, Perak dan Kuala Lumpur. Tempat terakhir berkhidmat adalah di Klinik 1 Malaysia Pengkalan Cepa, Kota Bharu. Beliau bersara pada tahun 2021 dan kini menetap di Puchong, Selangor.

Karya-karya Irene Tan seperti puisi, cerpen, rencana dan berita tersiar di pelbagai akhbar dan majalah arus perdana sejak tahun 1980. Puisi-puisi beliau turut termuat dalam antologi bersama seperti Ombak (1983), Pertemuan (2021), Covid 19 (2021), Hujan Kata (2023), Sajak-sajak Daerah PESISIR (2023) dan Cinta Di Pintu Mihrab (2023). Beliau juga menyertai Bengkel Penulisan Intensif anjuran Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) pada Jun 2024.



Latest Eksentriks