“Aku mahu balik! Aku mahu balik! Aku mahu berjumpa dengan ibu.”
“Ah, apa? Apa yang kamu merepek ni?”
“Ya, saya mahu berjumpa dengan ibu.”
Dia menangis sekuat hati. Menjerit.
“Apa yang kamu cakap ni? Kamu ingat kamu boleh balik begitu sahaja? Kalau sudah sampai sini, sampai bila-bila pun kamu tidak boleh balik.”
“Aku rasa bersalah. Selama ini, aku tidak mendengar kata-kata ibu. Aku tidak menghormati ibu. Aku terlalu ikutkan kawan-kawan. Aku percaya kepada kawan-kawan. Akhirnya, aku sampai ke sini.”
“Tak guna kamu menyesal sekarang. Semuanya sudah berakhir. Apa yang pasti, kamu tidak boleh kembali ke pangkuan ibu.”
“Aku tidak bersalah. Aku tidak sepatutnya berada di tempat itu. Kalaulah aku dengar cakap ibu pada malam itu, sudah pasti aku tidak berada di sini sekarang. Aku sudah tersilap langkah. Aku mesti mohon maaf kepada ibu.”
“Macam mana kamu nak meminta maaf?”
“Surat ini …”
Ibu,
Maafkan saya, ibu. Saya tidak bersalah. Saya cuma berada di tempat yang salah pada malam itu. Tapi, saya yang membawa dia di dalam kereta. Saya yang mengajaknya ke kedai makan itu. Saya yang memulakan. Akhirnya, parang yang dilibas terkena tangan dia dan kepala saya. Saya menyesal, ibu. Maafkan saya. Saya bersalah.
Air mata kekesalan membasahi kertas. Warkah itu diterbangkan angin.
Gambar ehsan Scott Graham di Unsplash
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.