• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Tuan Rumah yang Dikasihi oleh Murali Mohan
Murali Mohan

Written by Murali Mohan

CERPEN | Tuan Rumah yang Dikasihi oleh Murali Mohan

Share this article via


Sekarang aku dihalau oleh saudara-mara engkau. Saudara-mara yang tidak pernah muncul dalam kehidupan engkau. Baik atau buruk sebatang hidungpun tidak pernah muncul di rumah kita.

Maaf, rumah engkau!

Ya, rumah engkau. Walaupun saya pernah tinggal bersama engkau sehingga kini, ia pasti rumah engkau. Engkau seorang sahaja berhak untuk menghalau aku.

Aku tidak tahu jalan ke mana aku boleh pergi sekarang. Aku juga tidak faham perasan aku sekarang. Adakah aku perlu risau tentang engkau atau masa depan aku?

Aku masih ingat betapa baik engkau, dan bagaimana engkau menjaga aku. Zaman bujang aku tidak mudah untuk dilupakan.

Begitu seronok zaman bujang aku di rumah engkau.

Tidak kira masa, aku boleh masuk dan keluar bila-bila masa di rumah engkau. Pada hari pertama aku masuk rumah engkau, aku juga tidak minta kebenaran untuk tinggal bersama engkau. Walaupun, engkau tahu aku nak tinggal bersama engkau, kau tidak pernah menghalau aku.

Aku tak tahu, engkau betul-betul sukakan aku atau tidak, sebab kita berdua jarang bersemuka. Masa aku pergi kerja, engkau sudah awal keluar dari rumah untuk bekerja. Masa aku balik rumah, engkau pula sudah bermimpi-mimpi dengan arwah isteri engkau.

Kalau tidak salah, pernah sekali engkau nampak aku makan makanan yang kau beli. Kebetulan engkau cuti hari esok. Pada mulanya, aku ingat engkau cuma nak rehat, tetapi engkau sakit sebenarnya.

Engkau demam teruk hari itu. Aku tidak menjaga engkau, aku pergi ke kerja seperti biasa. Keesokan hari engkau sudah mula bekerja seperti biasa juga.

Oleh kerana keseronokan zaman bujangku, aku juga pernah membawa teman wanita aku ke rumah engkau. Engkau tahu kita bukan berdua sekarang tetapi bertiga di rumah. Namun, engkau tidak pernah marah atau menghalau aku.

Engkau tidak menghirau tentang hal ini.

Engkau membiarkan aku bermaharajalela di rumah engkau dengan bebas. Kadang-kadang aku juga pernah tanya diri aku, “ini rumah siapa?”

Walaupun hubungan aku baik dengan engkau, aku tidak memaklumkan engkau yang aku sudah mempunyai isteri. Sekarang isteri aku juga duduk bersama aku selama-lamanya di rumah engkau. Engkau juga tidak menambahkan sewa rumah.

Maaf, engkau tidak pernah meminta sewa rumah daripada aku. Ya. Engkau begitu murah hati. Pada mulanya, engkau membenarkan aku dan sekarang engkau membenarkan isteri aku juga.

Titisan air melukis di permukaan pipi aku apabila terkenang budi engkau.

Engkau baik. Engkau bukan seperti aku. Aku baru sedar kesalahanku. Aku patut tidak buat begitu pada engkau. Kenapa aku begitu mudah buat benda itu pada engkau? Kerana nak duduk di rumah engkau selama-lamanya? Kerana inginkan semua harta engkau?

Tidak, tidak!

Aku masih ingat lagi, suatu hari engkau muntah-muntah di rumah. Anak-anak aku juga nampak yang engkau ulang alik ke tandas. Aku difahamkan engkau sakit.

Engkau juga panggil seorang doktor ke rumah. Aku terperanjat apabila mendengar perbualan engkau dengan doktor. Engkau tidak pernah membenarkan orang lain masuk ke rumah engkau selain keluarga aku. Engkau takut mereka tidak akan selesa dengan keadaan rumah dan takut mereka akan menasihat engkau untuk membersihkannya.

Namun, keadaan engkau yang teruk membuatkan engkau menghubungi doktor untuk memberi rawatan di rumah.

Sebelum doktor sampai di rumah, engkau cuba mengemaskan rumah. Engkau menyimpan pinggan dan gelas yang engkau guna semalam. Engkau tidak aktif seperti selalu, engkau letih. Engkau cuma menyembunyikan beberapa barang di ruang tamu.

Setelah doktor sampai rumah, beliau memeriksa engkau. Seperti aku jangka, engkau demam kuning. Dan seperti engkau takut, doktor pula menasihat engkau untuk membersihkan rumah engkau. Oleh kerana keadaan rumah engkau yang tidak bersih menyebabkan engkau sakit hari ini. Beliau juga meminta engkau ke hospital dengan segera.

Engkau sedar akan keadaan badan engkau yang tidak sihat. Maka engkau pun menuju ke hospital pada hari esok. Hari itu, engkau tidak balik ke rumah. Aku difahamkan yang engkau mengaku di hospital.

Aku tidak selesa untuk melawat engkau di hospital. Aku juga tidak tahu jalan ke hospital di bandar. Aku tahu engkau tidak kisah jika aku tidak lawat engkau.

Tetapi aku risaukan engkau, siapa yang akan menjaga engkau?

Aku menanti-nantikan kepulangan engkau. Aku rindu engkau walaupun aku selesa duduk dengan keluarga aku tanpa engkau. Setelah engkau dirawat di hospital, engkau pulang ke rumah. Kepulangkan engkau yang tidak dijangka.

Kepulangan engkau dengan saudara-mara engkau.

Ramai disekeliling engkau menuju ke rumah. Bagaimana engkau membenarkan mereka ke rumah engkau? Oh, engkau tidak membenarkan! Kematian engkau yang membenarkan mereka ke rumah engkau.

Ya Allah, kenapa engkau tidak memaklumkan aku?

Aku mungkin tetamu yang tidak dijemput tetapi engkau selesa duduk dengan aku dan keluarga aku. Adakah engkau marah kerana aku tidak melawat dan menjaga engkau?

Tiada jawapan.

Engkau berjaya dikebumikan oleh saudara-mara engkau. Setelah mereka balik dari kubur engkau, kerja pertama mereka adalah menghalau aku.

Ya, sekarang mereka sedang menghalau aku dari rumah engkau. Siapa mereka untuk menghalau aku dari rumah engkau?

Semasa itulah mereka mengatakan aku yang menyebabkan engkau mati. Keluarga aku yang membawa penyakit kepada engkau. Kencing kami membuatkan engkau menghidap penyakit Leptospirosis.

Maaf, aku sendiri tidak tahu yang aku ialah pembawa penyakit itu. Aku hanya mencari tempat untuk menyara kehidupan aku. Rumah engkau selesa untuk aku.

Tetapi motif aku bukanlah untuk membunuh engkau. Aku sedar akan kesalahan aku. Aku bersedia untuk keluar dari rumah engkau. Aku juga tidak suka berada di rumah engkau di mana engkau tiada sekarang.

Terima kasih atas segala-galanya, tuan rumah yang dikasihi!

*** Gambar ehsan Luke Stackpoole di Unsplash

Ingin siarkan cerpen, puisi atau esei anda bersama kami? Hantarkan saja kepada [email protected]. Baca yang ini pula.

CERPEN | Darah dan Dana oleh K. Pragalath

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Luke Stackpoole, Murali Mohan

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

klsp and bentley music academy scaled

How KLSP makes Shakespeare More Fun and Entertaining for Children and Adults in KL

Ista

mist bound daryl kho penguin

Malaysian-Born’s Children Fiction On Dementia Is 2022’s Best Kids Book In Singapore

Penguin Random House

George Town Literary Festival Is Back Physically For 2022

George Town Literary Festival Is Back! Here’s All You Need To Know.

George Town Literary Festival

See 200 Events At The 25th Singapore Writers Festival (SWF)

Enjoy Over 200 Programmes At The 25th Singapore Writers Festival (SWF)

Eksentrika

Here's Zack Shah's 'Ritual' That Got Him To Publish 2 Poetry Books

Here’s Zack Shah’s ‘Ritual’ That Got Him To Publish 2 Poetry Books

Sukhbir Cheema

Oka Rusmini Kenanga

Oka Rusmini Unveils The Authentic Bali With Powerful Tales Of Bali Women

Damhuri Muhammad

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram