• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Terhunus oleh M. Mahendran
M. Mahendran

Written by M. Mahendran

CERPEN | Terhunus oleh M. Mahendran

Share this article via


Berkilat, licin dan sederhana panjang. Pemegang bercorak kepala tengkorak di hujungnya. Berwarna perang gelap. Masih seperti baharu. Ya, masih seperti baharu. Kalau tidak dijaga dengan cermat dan baik, sudah lama punah. Memang cantik. Dilihat dari jauh pun sudah menawan. Cantik sahaja tidak membawa apa-apa pengertian. Yang penting tajam. Tajam dan berkesan. Kesan yang membahagiakan dirinya kelak.

Walaupun sudah hampir lima bulan tersimpan dalam laci almari di biliknya, dia tetap akan membuka laci dan merenungnya sebelum tidur. Itu sudah dijadikan suatu kemestian. Dia tidak akan dapat lelap dengan tenang tanpa melakukan sedemikian. Wajib dilakukan walaupun tidak digunakan.

Lima bulan dia tidak melakukan apa-apa. Nasib baik dia masih bujang. Jika tidak, hidupnya pasti dalam kesukaran. Simpanannya banyak membantu dalam tempoh lima bulan ini. Dia tidak minum atau merokok. Kebanyakan wang dihabiskan untuk membeli buku, menonton filem, dvd dan makan minum sahaja. Pakaian sudah lebih daripada mencukupi di almari.

Dia tidak mendapat apa-apa job. Dia sudah bosan.  Kawan rapat pun tiada, teman wanita pun tiada. Nasib baik dia ada kegemaran lain.

Kadang-kadang dia akan berasa sedih bila terkenang akan dirinya dibesarkan di rumah kebajikan. Tidak tahu siapa ibu, bapa atau adik-beradiknya. Membaca dan menonton dapat menghilangkan ingatan terhadap mereka yang tidak ada itu.

Jika dalam sebulan ada satu atau dua job pun sudah cukup untuk meneruskan hidupnya untuk beberapa bulan tanpa halangan.

Bayaran yang diterima sungguh lumayan. Bayaran yang diperolehi itu yang membuatkan dirinya berpegang teguh pada tugasnya selama ini. Berani dan cekal. Pantas dan licik.

Grrr … grrr… grrr.

Telefon bimbit di atas meja makan memanggilnya. Dia melihat siapa pemanggilnya. Tertera nama Ah Kok. Dia mencapai fon lalu melekapkan pada telinganya.

“Lama awak tak call? Mesej pun takda. Ingat awak sudah mati. Aku mahu makan apa nanti?”

“…”

“Bagus tu. Dah lama aku takda job. Asyik makan, tidur saja.”

“…”

“Boleh. Memang boleh. Asal saya dapat lebih banyak daripada sebelum ini. Itu yang penting.”

“…”

“Janji?”

“…”

“Hmm… pernah guna sekali dua dulu semasa bersama mereka. Masih ingat. Mana boleh lupa.”

“…”

“Boleh … boleh. Tak ada masalah. Cuma aku perlukan latihan.”

“…”

Dia meletakkan telefon pintar di atas meja makan. Baru dia sedar, dia telah berjanji dengan Ah Kok tanpa berfikir sedalam-dalamnya. Pasti risikonya sangat tinggi. Dia tidak mempercayai Ah Kok bulat-bulat. Ah Kok boleh lakukan apa sahaja terhadapnya. Dia sentiasa perlu berhati-hati dalam melaksanakan setiap tugasan.

Tugasan yang dia dapat kali ini amat merbahaya. Tidak boleh lagi gunakan pisau istimewanya lagi. Pisau itulah yang mencari nafkah untuknya selama ini. Melaksanakan tugasan menggunakan pisau berkepala tengkorak lebih mudah. Bukan seperti tugasan terbaharu ini.

Persediaan yang secukupnya sebelum menyerang mangsa perlulah sangat kemas. Tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenang. Sedikit kesilapan pun pasti akan menjerut lehernya kelak. Yang penting, tidak meninggalkan sedikit pun kesan yang mencurigakan. Dia sungguh berhati-hati dalam perkara ini.

Dia tahu si bedebah itu tidak disukai oleh orang ramai. Malah orang-orang sendirinya pun amat membenci si bedebah tersebut. Dia tidak tahu siapa punya angkara yang mengupah Ah Kok untuk menamatkan riwayat si bedebah itu.

Esok atau lusa Ah Kok akan menyerahkan pistol. Ya, dia perlu gunakan pistol untuk kali ini. Dia cuma pernah gunakan pistol dua kali sahaja dalam hidupnya. Itu pun bukan untuk membunuh sesiapa. Hanya menembak di udara semasa berada bersama konco-konco Ah Kok.

Dia tidak berminat untuk bertugas secara berkumpulan. Semua tidak sekepala. Lebih menyusahkan lagi ada. Sebab itu dia minta kebenaran Ah Kok untuk bertindak dengan sendiri sahaja. Dia membuktikan kepada Ah Kok, yang dia dapat lakukan dengan lebih sempurna hingga tidak menimbulkan syak wasangka polis terhadap Ah Kok dan kumpulannya. Lebih-lebih lagi kini kes-kes bunuh sudah melimpah ruah di negara ini.

Esoknya dia terima satu bungkusan melalui pos ekspres. Berani Ah Kok hantar pistol guna perkhidmatan pos. Sengaja nak undang bahaya.

Memang cantik pistol itu. Pasti dibeli dari negara jiran. Ada kemudahan silencer. Jantungnya tiba-tiba bederbar kencang. Sudah lama dia tidak berasa begitu.

Untuk membunuh si bedebah ini memang sukar. Sebab si bedebah itu ialah seorang menteri kanan kerajaan. Menteri sentiasa bersama bodyguardnya dan sentiasa dikerumuni orang ramai. Tembak memang boleh. Mungkin juga si bedebah itu akan mati, mungkin juga tidak. Untuk melarikan diri dan selamatkan dri dari pihak polislah yang sungguh membahaya. Nanti Ah Koklah yang untung, tak perlu bayar untuk perkhidmatannya. Dia boleh sapu bulat-bulat.

Setelah membuat latihan di beberapa kawasan terpencil, dia pun mengatur langkah untuk menamatkan riwayat hidup menteri kanan itu.

Menteri sedang sedang berucap di pentas. Dia di majlis itu dalam pakaian wartawan. Setiap gerak langkah setelah tamat majlis diperhatikan. Pistol sudah tersedia di dalam beg kecil yang disandang di bahu.

Dia telah pun ke tempat ini minggu lepas untuk perhatikan lokasi secara terperinci. Nasib baik tiada siapa yang mengesyaki apa-apa.

Selepas majlis itu tamat, menteri dikerumuni wartawan. Pelbagai soalan ditanya bertubi-tubi. Menteri yang banyak menipu, masih menjawab dengan tipu helahnya yang mengelabui mata rakyat.

Dia sudah bersedia. Tangan dimasukkan ke dalam beg sandang. Dia memegang pistol. Tidak ada orang yang memerhatikan tingkah lakunya. Jantungnya berdebar kencang. Dia keluarkan pistol itu perlahan-lahan dari beg. Silencer sudah pun dipasang di muncung pistol dari rumah tadi.

Dia menutup tangan kanannya dengan akhbar. Pistol tidak kelihatan. Dia mengacukan ke arah si Menteri bedebah. Dua das tembakan dilepaskan. Menteri kanan rebah, tersungkur di lantai.

Hiruk pikuk. Dia melarikan diri bersama wartawan-wartawan lain. Dia terus ke bilik air dan memasukkan pistol ke dalam tangki flush dan cepat-cepat beredar dari situ.

Apabila tiba di apartmennya, didapati pintu rumahnya terbuka sedikit. Mungkin perompak, fikirnya dengan sedikit debaran. Dia menolak perlahan pintu dan masuk. Gelap. Belum sempat dia membuka suis lampu, suatu benda tajam hinggap ditengkuknya. Sekali, dua kali dan tiga kali. Dia tidak dapat lihat sesiapa dalam gelap itu, lalu tersungkur. Darah merah pekat keluar dengan laju membasahi rambut dan badannya serta lantai. Dia mencuba mencabut pisau yang terhunus di bahunya. Tidak sempat.

Tengkorak di pemegang pisau, menyeringai.

Gambar ehsan Luke Southern di Unsplash

We Now Have A Super Cool Artist Registry

M. Mahendran

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

  1. Lingkesvaran Maniam says:
    January 26, 2021 at 1:30 pm

    Enjoy reading this… Learnt few new words after so long being in school life ♥️
    Thank you so much the Author…

    Lingkesvaran Maniam

    Log in to Reply

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

short story the dragon m navin

The Dragon by M. Navin

M. Navin

A Surprise Delivery Premonitions by Russell Ting

A Surprise Delivery; Premonitions by Russell Ting

ghostsofwords

SHORT STORY | Eat by Bissme S

Eat by Bissme S

Bissme S

STORIES | A Legend Of Our Days by Christina Yin

A Legend Of Our Days by Christina Yin

Christina Yin

ian dooley v9sAFGJ3Ojk unsplash

It Came in Threes By Nik Fateen

Nik Fateen

SHORT STORY | My Last Name Is Khan by Roopa

My Last Name Is Khan by Roopa Swaminathan

Roopa

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram