• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Terapi oleh Anuradha Chelliah
Anuradha Chelliah

Written by Anuradha Chelliah

CERPEN | Terapi oleh Anuradha Chelliah

Share this article via


Senyuman terukir. Mata bersinar-sinar. Segala kesedihan hilang begitu sahaja. Segala masalah tidak teringat lagi.

Bau minyak wangi sungguh menenangkan. Terasa nyaman. Suara juga memberikan keyakinan. Terasa seperti satu semangat baharu telah mengubah diri. Terasa cergas dan ceria semula. Ahh…indahnya kehidupan ini. Seronok.

***

Aku dan Jay baru keluar daripada bilik boss setelah dua jam di soal tentang penghantaran barang yang tidak sampai ke destinasinya.

“Apakah yang terjadi? Sudah banyak kali berlaku sebegini. Ini akan merosokkan reputasi syarikat sahaja. Cuba bertanggung jawab sedikit,” nadanya semakin tinggi.

“Mmm…nak buat macam mana? Benda sudah berlaku,” hati kecilku bercakap tanpa bersuara.

Aku dan Jay membisu. Kami berdua tidak tahu jawapan yang sepatutnya kami beri. Perkara ini sudah kerap berlaku. Hanya bahagian penyiasatan yang boleh selesaikan masalah ini. Setahu aku, sekiranya terdapat sepuluh kes sebegini, tujuh daripadanya dapat diselesaikan tanpa membayar ganti rugi kepada pelanggan.

Kali ini, kotak masih dalam keadaan sempurna. Intact. Tapi, komputer riba berharga dua ribu tiga ratus telah ‘terkeluar’ daripada kotak tersebut. Hilang. Ini bukanlah perkara yang pelik, sebab ia selalu juga berlaku dalam dunia penghantaran barangan melalui pelbagai agensi penghantaran tempatan dan antarabangsa. Yang luar biasa pada kali ini, tiada kesan pada kotak tersebut yang dapat memberikan petunjuk kepada pihak siasatan kami untuk terus menyelesaikan masalah ini. Namun, pihak kami cekap. Mereka akan dapat mencari satu petunjuk yang dapat menyelesaikan isu ini.

Memang sedih. Dua jam kami berdua disoal bertubi-tubi oleh boss. Aku mampu jawab apa yangku tahu sahaja. Jay pun begitu juga. Yang tidak pasti, kami senyap. Yang kurang maklumat, kami senyap juga. Yang kurang tepat, kami cuba jelaskan. Apapun, aku dan Jay tidak bersalah dalam hal ini sebab bungkusan ditimbang sebelum di hantar. Jadi, kalau beratnya 1.2 kg, mestilah komputer riba tersebut masih dalam kotak. Aku yakin kami berdua tidak bersalah. Biasalah, kalua ada barangan yang hilang, aku dan Jay akan dipanggil kerana semua ini dibawah penyeliaan kami. Aku tahu ini memang lumrah orang bekerja. Lebih-lebih lagi, aku yang bekerja di bahagian logistik. Kalau aku bersalah, aku akan mengaku.

Sudah hampir tujuh tahun, aku bekerja dengan syarikat yang sama. Syarikat penghantaran barangan yang mempunyai banyak cawangan di dalam dan di luar negara. Aku cuma lulusan Sijil Pelajaran Malaysia, tetapi aku bekerja keras dan berjaya menjadi seorang penyelia di syarikat yang sama dalam tempoh lima tahun. Semuanya kerana soft skill yang ada pada aku. Aku memang pandai menarik minat pelanggan melalui percakapan aku yang dapat meyakinkan orang.

Aku mula mempunyai keyakinan diri untuk belajar dan bertekad untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Lagipun, boss aku sentiasa memberikan sokongan kepadaku untuk belajar. Beliau ingin melihat lebih ramai stafnya memiliki segulung ijazah.

Aku keluar dari bilik boss. Aku terus duduk di ruang kerja. Lapar. Perutku berkeroncong. Masa makan sudah pun berlalu. Ahh … biarlah. Balik nanti, aku akan mengenyangkan perut. Aku pergi ke pantri dan membuat secawan kopi. Akan kucecah biskut tawar untuk mengalas perut sehingga sampai ke rumah.

Aku tidak mahu berfikir panjang. Pandai-pandailah mereka yang menyiasat segala isu kehilangan barang menyelesaikan kes ini. Selalu juga kes-kes seperti ini tiada jalan penyelesaian. Akhirnya, pihak kami akan membayar ganti rugi kepada pelanggan.

Aku terdengar suara. Itu memang suaranya. Dari masa aku keluar bilik boss, memang tidakku nampaknya. Itulah sebab hati ini kurang tenang berhadapan dengan boss. Persoalan yang ditanya tidak dapat dijawab dengan tenang. Rupa-rupanya ada pergolakkan dalam pemikiran. Mungkin sebab itu aku rasa cemas dan gelisah.

Setiap pagi, sampai sahaja di tempat kerja, aku akan mencari keretanya. Kereta merah aerobak yang memberikan semangat kepada aku. Inilah terapi untuk aku ceria sepanjang hari tersebut. Hariku bermula dengan melihat keretanya.

Minyak wangi yang digunakan juga adalah perangsang untuk diriku. Hariku akan ceria dan bermotivasi. Kerja pun, aku seronok buat. Segala-gala tentangnya adalah terapi kepadaku. Aku akan tersenyum sendirian. Gembira.

Aku tahu dia telah berpunya. Tapi aku tidak kisah. Aku tidak mengganggunya. Aku alah-alah secret admirer. Melihat dari jauh dan berasa seronok. Biasalah, macam kawan-kawan aku, gilakan penyanyi, pelakon atau pemain-pemain antarabangsa. Siap muat turun gambar penyanyi sebagai wall paper pada telefon pintar. Minggu ini gaya lain. Minggu depan, gaya yang berbeza. Macam-macam mereka buat. Itu terapi untuk rakan-rakan aku.

Bagi aku, tidak perlulah aku dapatkan khidmat nasihat doktor pakar atau kaunselor di tempat kerja untuk tekanan kerja. Melihat wajahnya dan gaya dia berjalan sudah cukup. Aku akan kembali bersemangat. Aku akan mula bekerja dengan penuh motivasi. Dia juga seorang yang berdedikasi, mempunyai gaya, mutu dan keunggulan. Aku telah terikut-ikut dengan segala perwatakan dia. Aku akan sentiasa menjadi secret admirer dia. Dialah terapi minda bagi aku. Terapi segala-galanya.

Gambar ehsan Tim Mossholder di Unsplash

We Now Have A Super Cool Artist Registry

Anuradha Chelliah

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

Love Caught Off Guard by Firzana R

Love Caught Off Guard by Firzana R

Firzana R

short story the dragon m navin

The Dragon by M. Navin

M. Navin

A Surprise Delivery Premonitions by Russell Ting

A Surprise Delivery; Premonitions by Russell Ting

ghostsofwords

SHORT STORY | Eat by Bissme S

Eat by Bissme S

Bissme S

STORIES | A Legend Of Our Days by Christina Yin

A Legend Of Our Days by Christina Yin

Christina Yin

ian dooley v9sAFGJ3Ojk unsplash

It Came in Threes By Nik Fateen

Nik Fateen

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram