• Home

    Home


  • Articles

    Articles


  • Happenings

    Happenings


  • Eksentriks

    Eksentriks


  • Community

    Community

  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Log In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Get Featured
  • Donate

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Home
  • Get Featured
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Tentang Kisah Ali dan 40 Orang Penulis oleh Aliaa Alina
Aliaa Alina

Written by Aliaa Alina

CERPEN | Tentang Kisah Ali dan 40 Orang Penulis oleh Aliaa Alina

Share this article via


Pada suatu hari, Ali dan 40 orang penulis menyertai maraton menuju ke sebuah kedai buku yang menawarkan buku yang tidak ternilai harganya bagi mereka yang berjaya sampai di garisan penamat di pintu kedai buku, maka Ali dan 40 orang penulis bersiap sedia di barisan pemula dan sebaik sahaja mereka mendengar bunyi tembakan dilepaskan oleh seorang pengadil tua berperut gendut lantas Ali dan 40 orang penulis itu bersungguh-sungguh memulakan maraton namun selepas beberapa minit berlari, 5 orang penulis terlupa tujuan asal mereka menyertai larian itu dan terpinga-pinga melihat yang lain jauh meninggalkan mereka maka yang tinggal sekarang adalah Ali dan 35 orang penulis tetapi tidak sampai suku maraton, lagi 5 orang penulis terdengar suara nyaring ibu mereka memanggil nama berulang kali menyuruh mereka pergi ke kedai untuk membeli barang dapur lalu terpaksa dituruti, dan melambai pergi kepada Ali dan 30 orang penulis itu, tetapi malangnya di pertengahan jalan, 5 orang penulis lagi baru teringat bahawa mereka berlima perlu menghadiri sebuah temuduga terbuka untuk jawatan yang menawarkan gaji paling minimun lantas yang tinggal hanyalah Ali dan 25 orang penulis yang masih setia dengan maraton sehinggalah 5 orang penulis terserempak dengan individu yang berhutang duit dengan mereka lalu penulis itu berfikir bahawa lebih baik tenaga itu digunakan untuk mengejar si jibun lalu bertempiaranlah mereka meninggalkan Ali dan 20 orang penulis itu yang masih lagi berlari, selepas itu mereka berselisih pula dengan beberapa kumpulan maraton lain (bagi tujuan lain) dan dalam kekalutan itu, 5 orang penulis tersilap masuk maraton dan yang tinggal kini adalah Ali dan 15 orang penulis sahaja dan mereka bertemu pula dengan pengadil gendut tua yang panas baran asyik mengkritik Ali dan penulis-penulis itu sebagai lembab dan tidak bagus, dan dek kerana terlalu terkesan dengan kata-kata itu, 10 orang penulis terus menarik diri lalu duduk menangis meratap nasib di bawah sepohon pokok yang rendang dan yang tinggal hanyalah Ali dan 5 orang penulis dan semakin mereka menghampiri pengakhiran maraton itu, cuaca yang terlalu panas serta ketiadaan sumber makanan untuk mengalas perut sepanjang larian itu membuatkan seorang demi seorang rebah di atas jalan sehinggakan akhirnya yang tinggal hanyalah Ali yang masih berlari walaupun dia dehidrasi dan terlalu penat namun digagahkan juga kakinya bergerak untuk sampai ke pintu kedai yang sudah kelihatan di depan mata untuk menuntut ganjaran dan pabila dia sampai di pintu kedai itu, Ali terus terduduk termangu apabila menyedari bahawa kedai buku itu sudahpun tutup.

Gambar ehsan  freddie marriage di Unsplash.

We Now Have A Super Cool Artist Registry

Aliaa Alina

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

SHORT STORY | Alone by Maryam Abdul Wahab

Alone by Maryam Abdul Wahab

Maryam AbdulWahab

SHORT STORY | The Year of Living Haruki-Murakamily by Connla Stokes

The Year of Living Haruki-Murakamily by Connla Stokes

Connla_Stokes

Mr. Karofsky’s Big Mistake by Lavinia Grace Sebastian

Mr. Karofsky’s Big Mistake by Lavinia Grace Sebastian

Lavinia Grace Sebastian

Eksentrika story photo scaled

December Nights by Susanna Lim

Susanna Lim

SHORT STORY Prayers From Above by Anuradha Chelliah

SHORT STORY | Prayers From Above by Anuradha Chelliah

Anuradha Chelliah

SHORT STORY A Touch of Perfection by Elly Van Dalen

A Touch of Perfection by Elly Van Dalen

Elly Van Dalen

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram