• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Sayang? oleh Perevenia Shan
Perevenia Shan

Written by Perevenia Shan

CERPEN | Sayang? oleh Perevenia Shan

Share this article via


Tiga ekor rama-rama pelbagai warna terbang merentasi silauan matahari senja yang semakin terbenam. Awan berwarna merah jambu dibayangi pelangi . Rama-rama biru terbang lebih tinggi daripada dua kawannya. Rama-rama merah dan putih pula seolah-olah mengikut hala tuju kawan mereka yang terbang tinggi. Mereka terbang meredah rumput dan lalang yang tumbuh meninggi di sebuah rumah terbiar tepi pantai.

 

***

 

Liyana cuba membuka tirai mata yang penat. Badannya yang lesu terbaring di atas katil. Perlahan-lahan, dia memandang ke kanan. Kosong. Tempat kosong di sebelahnya itu selalu diisi oleh suaminya. Liyana menelan air liur bersama-sama realiti yang menimpanya minggu lepas. Dia menggigit bibirnya yang kering. Air mata berderai seperti air terjun. Liyana meraung sekuat-kuatnya sambil menggengam erat cadar katil lalu memeluk tubuhnya, seolah-olah sedang menahan sakit yang menikam jiwa.

“Liyana…”

Dia tersentak. Suara lelaki.

“Siapa tu?” fikirnya.

Liyana mengelap pipi lalu membuka mata untuk mendapat gambaran jelas bilik. Tiada sesiapa. Dengan segera dia melangkah keluar dari katil lalu menuju ke ruang tamu.

Tiada sesiapa.

Hatinya berdegup dengan kencang.

Hatinya berdegup dengan kencang, kerana lama-kelamaan, Liyana sedar bahawa itu suara Mazlan.

Selangkah demi selangkah, sambil merasakan dinding dengan jari-jemarinya, dia menuju ke dapur. Dia mendongak untuk melihat jam dinding.

Pukul 7.15 pagi.

Titisan air hujan pada tingkap dapur mengaburi pemandangan di luar. Tiba-tiba, Liyana ternampak sesuatu.

Sambil mengecilkan mata dalam samar-samar pagi yang menyuramkan dapurnya, mata Liyana terbeliak.

Rama-rama.

Liyana mendekati tingkap dapur berdekatan singki. Rama-rama itu berada di bahagian luar tingkap itu.

Dia mendekati rama-rama itu dengan kakinya yang semakin berat apabila melangkah depan. Matanya tertumpu pada rama-rama tersebut.

Liyana bersemuka dengan rama-rama itu dengan dekat lalu menyentuh tingkap yang membelakangkan rama-rama itu.

Tiba-tiba, rama-rama itu mengeluarkan sebuah cahaya. Cahaya yang semakin besar. Cahaya yang menyilaukan mata Liyana.

Liyana menepis cahaya itu dengan tangan. Apabila melihat semula, rama-rama itu sudah tiada.

 

***

 

Hong Jun bangan lebih awal daripada ahli keluarganya yang lain. Matahari sudah hampir terbit. Dia bangun dari katil lalu menuju ke ruang tamu dan membuka pintu rumah. Ahli keluarganya yang lain masih tidur.

Hong Jun duduk di buaian besi berwarna oren di halaman rumah. Dia melihat sekeliling. Suasana sunyi sepi di kawasan perumahan rumah papan itu. Pintu rumah jiran-jirannya masih tertutup.
Sebuah kereta polis yang membuat rondaan setiap hari melalui rumahnya.

Hong Jun melihat barang-barang perkakas dapur yang mengerumuni halaman rumah. Ada yang bersih. Ada yang masih kotor.

Tanpa daya untuk menahan sebak di dada, Hong Jun melepaskan tangisan. Tangisan yang tertimbus sejak sekian lama – sejak ayahnya mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

Dengan mata yang berkaca air, dia melihat motosikal ayahnya yang berada di penjuru kanan halaman. Motor itu ditemui di tepi jambatan sungai minggu lepas.

Tiba-tiba, angin bertiup kencang.

Hong Jun memalingkan mukanya ke arah sebuah pasu bunga ros di penjuru kiri.

Rama-rama.

Hong Jun mengelap pipi.

Dia memerhatikan rama-rama itu dengan lama. Sungguh cantik. Warnanya oren. Sayapnya bergerak perlahan-lahan.

Hong Jun tersenyum. Air mata berlinangan.

Tiba-tiba, rama-rama itu terbang mendekati Hong Jun. Hong Jun tersenyum. Dia tersenyum kerana dapat merasakan kegembiraan yang hanya sementara. Rama-rama itu meninggalkan kawasan rumahnya. Hong Jun memerhatikan rama-rama itu sehingga ianya hilang disebalik rumah jiran.

 

***

 

Geetha terbaring di atas lantai ruang tamu. Foto suaminya ditempatkan di penjuru rumah. Sekalung bunga menghias foto itu. Pelbagai jenis buah-buahan ditempatkan di depan foto. Api pelita menyala dengan samar.

Geetha tidak terdaya untuk bangun.

“Apa gunanya saya bangun?”

“Untuk apa saya perlu hidup lagi?”

“Bagaimana perlu saya meneruskan hidup?”

Pelbagai soalan timbul disebalik minda.

“Mengapa kamu tinggalkan saya?”

“Kan saya dah kata, semua perkara boleh dibawa bincang, mengapa kamu menghilang?”

“Beraninya kamu, sayang, berani lompat dari atas, tak sakit, sayang?”

Geetha menangis teresak-esak.

Tiba-tiba, Geetha terasa angin kecil.

Geetha bangun terduduk lalu mengikat rambutnya. Sambil mengelap pipi, dia melihat sekeliling.

Seekor rama-rama berwarna putih hinggap pada dinding. Sayapnya tidak bergerak.

“Sayang?” panggil Geetha.

Rama-rama itu menggerakkan sayapnya lalu terbang keluar dari rumah.

Geetha berpaling ke arah foto suaminya. Air mata berderai tanpa henti.

 

***

 

COVID-19 : 336 KES BUNUH DIRI

SELASA, 29 Jun 2021 – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dengan bersumberkan statistik pihak polis telah menyatakan bahawa sebanyak 631 kes bunuh diri dilaporkan pada tahun 2020.

Suku tahun 2021 yang berakhir pada 31 Mac 2021 telah merekodkan sebanyak 336 kes bunuh diri. Secara purata, hampir 4 kes bunuh diri dilaporkan setiap hari.

Stres dan kemurungan yang berpunca terutama daripada masalah kewangan semasa pandemik Covid-19 telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental kebanyakan rakyat Malaysia.

Sebanyak 53 kes bunuh diri dan 19 percubaan bunuh diri dilaporkan di Pulau Penang dari bulan Januari hingga bulan Mei 2021.

Pakar kesihatan minda menyeru rakyat Malaysia untuk mengenal pasti simptom-simptom stres dalam kalangan ahli keluarga. Antara simptomnya ialah kemurungan yang berpanjangan, hilang minat dalam rutin harian, kesusahan untuk memberi tumpuan dalam kerja, mengasingkan diri daripada ahli keluarga, bersikap agresif terhadap diri sendiri dan juga terhadap ahli keluarga, mabuk dan ketagihan dadah yang ekstrem.

Mereka digalakkan untuk bersuara dan sentiasa berhubung dengan orang yang dikasihi.

Informasi: Hubungi talian Kasih di 15999 jika anda kemurungan atau memerlukan khidmat kaunseling. Ada suara yang akan menaruh simpati dan empati terhadap kepiluan anda. 

28164575 854251681421691 5263882168344481138 o
Gambar ehsan Milan Ivanovic di Unsplash 

telegram eksentrika

siar cerpen malaysia eksentrika scaled

Perevenia Shan

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

CERPEN | Poppy oleh M. Navin

Poppy oleh M. Navin

M. Navin

cerpen kuil 'kanni' oleh m. navin

CERPEN | Kuil ‘Kanni’ oleh M. Navin

M. Navin

kuku m navin scaled

CERPEN | Kuku oleh M. Navin

M. Navin

Cerpen Bertemu Seniman Di Hotel Bajet oleh Abdullah Hussaini

CERPEN | Bertemu Seniman Di Hotel Bajet oleh Abdullah Hussaini

Abdullah Hussaini

jan kopriva Fkt gbaYJMs unsplash scaled

CERPEN | Bisa oleh M. Navin

M. Navin

eduardo goody MQ Rkg64jf4 unsplash scaled

CERPEN | Sebelas oleh Lucy Montk

Lucy Montk

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram