Aku berjalan menuju ke arah Miza. Aku mahu duduk di sebelahnya. Tetapi, Ikmal ada pula duduk di belakang Miza. Aku mengambil keputusan untuk duduk di hadapan Miza sambil menahan sebak di dada. Aku termenung di tempat duduk penonton. Termenung jauh memikirkan apa yang terjadi semalam.
Perkara yang sangat menyedihkan kami lima sahabat. Sehingga aku tak perasan Miza lewat meninggalkanku berseorangan.
Aku mengangkat muka, menoleh ke sebelah kananku. Ramai penonton khusyuk melihat pertandingan nyanyian di antara kelas itu. Seorang demi seorang, aku perhatikan. Mataku singgah di satu wajah.
Aku terkedu. Sebak. Melihat wajahnya aku semakin sesak nafas. Apatah lagi wajahnya bersedih, menangis sambil melihatku. Aku dan dia saling mengangguk kepala tanda menanya khabar. Tetapi, masing masing mengetap bibir menahan rasa di dada.
Air mataku jatuh. Aku pasrah. Aku tak dapat menahan air mataku dari gugur. Aku menangis tersedu seorang diri di kerusi tempat penonton itu. Rasa sedih yang tak dapat kubendung dengan senyuman. Teresak esak ku seorang diri sehingga lupa keberadaan Miza. Aku tunduk menangis dalam senyap.
Setelah reda tangisku, aku duduk tegak, seraya mengaduh. Belakangku terlanggar sesuatu. Aku menoleh. Aku terlanggar lutut Ikmal yang duduk rapat dibelakangku. Dia melihat semuanya, mendengar semuanya. Aku terdiam.
Aku sememangnya sudah lama tidak bercakap dengannya. Jadi, aku ambil keputusan untuk duduk senyap seperti tadi. Baru saja aku mahu tundukkan diri, leherku dipaut lembut. Aku terkejut. Aku menoleh lagi. Berkali kali. Terasa bagaikan mimpi. Ikmal lagi. Aku mahu bingkas bangun. Dipautnya leherku semakin kuat. Aku duduk. Kemudian, semakin lembut pautannya. Aku bahagia, kerana sesungguhnya aku rindu padanya.
Tit..tit…tit….
Ahhhh..mimpi saja rupanya. Pedih rasa hatiku.
Gambar ehsan Luis Galvez di Unsplash. Ikuti kami di Telegram.
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.