“Jangan lupa beli nasi untuk makan tengah hari. Duit ada di atas meja makan. Buat pesanan dalam talian sahaja. Tidak perlu keluar rumah. Lepas itu, bawa masuk baju-baju yang tersidai di ampaian. Malam ini, kita makan bersama. Janji.”
Sudah lima kali saya membaca mesej itu: Malam ini, kita makan bersama. Janji tetap janji tapi tidak pernah terlaksana. Sibuk, itulah alasan.
Setiap hari ada mesej untuk aku. Mesej sahaja. Aku baca. Aku buat. Jarang kami berdua berjumpa.
Sejak mereka berdua berpisah, beginilah nasib aku. Tetapi, aku tidak pernah diabaikan. Mungkin, seingat dia, aku sudah dewasa.
Sebenarnya, aku masih perlukan kasih sayang. Aku perlukan pelukan. Perlukan kawan untuk bersembang.
Kesibukan semakin meregangkan perhubungan kami. Kami jarang bersemuka. Apatah lagi bercakap; meluahkan perasaan.
Hanya ke kolej dan pulang ke rumah. Rutin harian yang tidak berubah. Naik turun bas. Bukan macam rakan-rakan lain: Dihantar dan diambil. Kadang-kadang aku menangis keseorangan mengenangkan nasib diri.
Aku tinggalkan mesej: Hari ini, saya akan ke rumah kawan untuk siapkan tugasan. Mungkin tidur di rumahnya.
Tiada mesej balas pada peti sejuk. Hampa. Air mata membasahi pipi.
Dia pasti akan bersua dengan aku selepas ini. Pasti. Darah mula mengalir keluar dari pergelangan tangan.
Aku pasti akan berada dalam dakapannya nanti.
Gambar ehsan Chang Duong di Unsplash
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.