• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Mentega Dan Jem oleh Usha Archendran
Usha Archendran

Written by Usha Archendran

CERPEN | Mentega Dan Jem oleh Usha Archendran

Share this article via


“Jauh termenung.” Riz berkata sambil melabuhkan punggung di atas bangku kayu. Terdengar keluhan berat dilepaskan oleh adik lelakinya yang kelihatan gelisah, mata masih lagi terpacak ke atas air tasik yang bersinaran memantulkan cahaya bulan.

Riz membiarkan adiknya membisu dan menunggu dengan tenang untuk Alif sendiri memulakan perbualan. Dia lebih dari kenal dengan sikap Alif yang memerlukan sedikit masa sebelum dapat mengumpulkan kekuatan untuk melepaskan segala gundah di hati. Selang beberapa minit, pelayan restoran Abang Johan menghampiri dua beradik itu dengan bungkusan makanan yang dipesan oleh Riz.

“Terima kasih, kak.” Riz mengucap sebelum dia beredar pergi.

Riz mengeluarkan satu daripada dua bungkusan dari dalam plastik dan mula menjamah roti bakar yang berintikan mentega dan jem strawberi sambil memerhatikan adiknya yang masih mengelamun. Tiba-tiba, Alif bersuara.

“Macam mana abang boleh lakukan?”

Riz hanya tersenyum. “Cuba kau cerita dulu apa yang terjadi.” Riz memujuk.

Alif melepaskan satu lagi keluhan dan memandang abangnya. “Aku mendapat panggilan daripada Brian petang tadi. Katanya ada pihak yang suka dengan lukisan-lukisan aku dan nak aku bekerja di bawah mereka. Bayarannya lumayan. Tapi…,” Alif terdiam dengan ayat yang tergantung.

“Tapi apa?”

“Tapi aku tak rasa aku boleh bekerja di bawah orang. Cara fikiran aku lain. Kalau aku menolak tawaran ini, mesti orang akan mula mengata. Mesti orang akan mengutuk yang aku tidak bijak menggunakan peluang.” Alif mengeluh sambil meraup wajahnya sebelum bersuara lagi.

“Macam mana abang lakukan? Walaupun ramai akan memilih cara lain, abang tetap memilih untuk bermula dari bawah. Dan bisnes abang sudah semakin berjaya. Tapi sebelum berjaya, macam-macam makian dan hinaan orang lemparkan. Macam mana abang mampu bertahan?”

Riz memasukkan semula roti bakarnya ke dalam bungkusan dan mengalihkan fokus kepada Alif yang memandang dengan penuh harapan.

“Alif. Kau harus ingat. Hanya kerana majoriti memilih sesuatu jalan tertentu, tidak semestinya kita perlu pilih jalan yang sama. Jalan yang kita pilih perlu berdasarkan atas kesesuaian potensi kita untuk mencapai sesuatu. Apa gunanya jika kita mendengar kata orang tetapi menderhaka kepada diri sendiri? Selagi kita tidak membahayakan diri kita dan orang lain, ikut sahaja naluri kau. Akhirnya, orang yang akan berdepan dengan apa-apa cabaran adalah kau dan bukannya orang lain. Jadi bukankah lebih baik jika kau pilih jalan yang kau selesa dan sesuai dengan potensi diri kau? Siapa yang lebih mengenali diri kau – kau atau mereka? Keyakinan diri itu wajib ada.” Riz menasihati panjang lebar.

Alif menarik nafas yang panjang dan mencapai makanannya yang belum diusik lagi. Belum sempat dia mengambil suapan pertama, dua beradik itu terdengar nama mereka disahut oleh seseorang.

“Abang Riz, Alif!”

Riz dan Alif memusingkan kepala serentak ke arah suara itu dan menyedari bahawa Jack, rakan sekolah Alif sedang menghampiri mereka.

“Apa khabar? Dah lama tak berjumpa.” Jack bertanya mesra seraya menepuk bahu Alif dan melemparkan senyuman kepada Riz.

Riz mengangguk dengan senyuman yang kecil dan memandang semula ke arah tasik, membiarkan dua rakan itu bersembang.

“Aku sihat. Kau buat apa di sini?” Alif bertanya.

“Aku nak bungkus makanan. Kau memang tak habis-habis dengan roti bakar mentega jem kau kan? Kedai Abang Johan, roti bakar mentega kacang paling terkenal, ramai yang suka. Kau nak juga mentega dan jem sejak dulu lagi.” Jack memerli halus.

Alif tergelak sebelum membalas, “Kalau ramai pilih benda yang sama, tak semestinya aku kena pilih benda yang sama juga kan? Dah kalau aku suka mentega dan jem, buat apa nak pilih benda lain?”

Riz yang terdengar perbualan mereka tersenyum puas, memahami maksud tersirat yang disampaikan oleh Alif. Nampaknya dia sudah mengambil keputusan bagi dilema yang mengganggu fikirannya tadi.

Gambar ehsan Krzysztof Hepner di Unsplash

We Now Have A Super Cool Artist Registry

Usha Archendran

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

short story the dragon m navin

The Dragon by M. Navin

M. Navin

A Surprise Delivery Premonitions by Russell Ting

A Surprise Delivery; Premonitions by Russell Ting

ghostsofwords

SHORT STORY | Eat by Bissme S

Eat by Bissme S

Bissme S

STORIES | A Legend Of Our Days by Christina Yin

A Legend Of Our Days by Christina Yin

Christina Yin

ian dooley v9sAFGJ3Ojk unsplash

It Came in Threes By Nik Fateen

Nik Fateen

SHORT STORY | My Last Name Is Khan by Roopa

My Last Name Is Khan by Roopa Swaminathan

Roopa

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram