• Home

    Home


  • Articles

    Articles


  • Happenings

    Happenings


  • Eksentriks

    Eksentriks


  • Community

    Community

  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Log In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Get Featured
  • Donate

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Home
  • Get Featured
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Mengertikah Kau Sekarang? oleh Rushida Abdul Wahid
Rushida binti Abdul Wahid

Written by Rushida binti Abdul Wahid

CERPEN | Mengertikah Kau Sekarang? oleh Rushida Abdul Wahid

Share this article via


Kenapa sekarang?

Persoalan yang masih belum bertemu jawapan dan sengaja aku biarkan agar terus menjadi tanda tanya.

“Maafkan aku.”

Aku masih tergamam apabila menerima mesej yang langsung tidak disangka.

“Untuk apa?” Aku membalas mesej itu.

“Kau tahu sebabnya.”

Bagaimana dia mampu mencari aku di media sosial sedangkan tiada langsung foto yang aku muat naik untuk dipaparkan?

“Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita!”

Aku hairan kerana dia masih mengingati nama penuh aku hingga kini. Timbul beberapa pertanyaan dalam diri tetapi tidak aku ajukan kepadanya: “Apa khabar kau sekarang? Sudah berkahwin?”

“Kau tahu betapa lama aku mencari kau? Kenapa tidak dibalas surat terakhir aku dahulu?”

Aku terkesima membaca mesej itu. Mesej demi mesej yang masuk bertalu selepas itu, aku biarkan tanpa balasan.

Sesungguhnya, kisah cinta remaja tahun 1991 sudah lama dilontar jauh ke dasar kotak memori. Perlahan-lahan aku membukanya kembali susulan kedatangan mesej hari ini. Aku mencari surat-surat yang diterima daripadanya, dua puluh sembilan tahun lalu.

“Perang yang berlarutan sejak sekian lama telah menghancurkan negara kami. Kami perlu bangkit dan bangunkan semula semangat warga dan tanah air kami.”

Demikian ditulisnya dalam sepucuk daripada sekian banyak surat.

“Aku tidak mahu berlaku zalim untuk biarkan kau hidup begitu!” Demikian pula katanya dalam mesej yang diterima hari ini.

“Hidup serba sukar dan kemiskinan ada di mana-mana. Begitu juga di dalam rumah aku.” Demikian digambarkan dalam surat dahulu.

“Aku sayangkan kau dan ingatlah itu selamanya,” kata salah satu mesej yang masuk bertalu-talu.

“Perang mengorbankan ramai mangsa. Aku menyaksikan sendiri betapa sengsara kehidupan selepas perang.”

Sedang aku membaca kembali kandungan surat-surat lama, satu lagi mesej tiba daripadanya.

“Kau bahagia kini?”

“Ya!”

Satu-satunya mesej yang pantas kubalas.

“Itu hasil pengorbanan cinta aku yang terpaksa berperang dengan diri sendiri. Aku bahagia tapi kau akan hidup menderita.”

Sedang aku terus terpaku membaca mesej itu, muncul mesej baharu.

“Kau hidup bahagia. Biar aku yang terkorban.”

Ternyata tepat keputusan aku duhulu.

“Mengertikah kau sekarang?” Kiriman terakhir daripadanya, aku baca dengan mata berkaca.

Gambar ehsan Joanna Kosinska di Unsplash

We Now Have A Super Cool Artist Registry

Rushida Abdul Wahid

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

SHORT STORY | Embracing The Fall by A.K. Tolentino

Embracing The Fall by A.K. Tolentino

A. K. Tolentino

SHORT STORY | Alone by Maryam Abdul Wahab

Alone by Maryam Abdul Wahab

Maryam AbdulWahab

SHORT STORY | The Year of Living Haruki-Murakamily by Connla Stokes

The Year of Living Haruki-Murakamily by Connla Stokes

Connla_Stokes

Mr. Karofsky’s Big Mistake by Lavinia Grace Sebastian

Mr. Karofsky’s Big Mistake by Lavinia Grace Sebastian

Lavinia Grace Sebastian

Eksentrika story photo scaled

December Nights by Susanna Lim

Susanna Lim

SHORT STORY Prayers From Above by Anuradha Chelliah

SHORT STORY | Prayers From Above by Anuradha Chelliah

Anuradha Chelliah

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram