• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus! oleh Murali Mohan
Murali Mohan

Written by Murali Mohan

CERPEN | Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus! oleh Murali Mohan

Share this article via


“Mayiru …” Itulah satu-satunya perkataan yang terkeluar dari mulut Kavin setelah botol susunya dibuang ke dinding rumah. Bengis muka Kavin. Bengis daripada  ibu yang baru memerahkan pipinya yang lembut itu. Begitu marah Kavin dengan perbuatan ibunya tadi. Salahkah dia mengambil telefon pintar ibu dan membuka  youtube?

Dia seronok menghiburkan matanya dengan filem tamil berjudul “Vada Chennai,” tetiba ibunya ke ruang tamu dan memulakan aksinya. Lantas ibu membangunkan Kavin daripada duduk, tanpa menyoal apa-apa, dia menghadiahkan satu tamparan ke pipi. Mata dan pipi Kavin merah-kemerahan. Tanpa menyedari dia  memulakan aksinya sendiri. Lekas dia membuang botol susunya yang sedang diminum dan terkeluar perkataan “Mayiru” daripada bibir yang kecil merah jambu itu.

Ibu Kavin terkejut dengan perkataan yang terkeluar dari mulut anak  yang berumur lima itu. Ibu berang dengan perbuatan Kavin dan mula memukulnya.

“Dari mana awak belajar semua ini? Siapa yang ajar? Kadavule …”

Tiada sebarang jawapan daripada Kavin. Hanya matanya mencurahkan air mata. Segera ibu Kavin menuju ke dapur dan mengambil satu batang besi dan memanaskannya. Setelah batang besinya mencapai warna kemerahan yang dihendaki segera dibawa ke tempat Kavin berada. Tanpa memikir panjang, batang yang panas itu diletakkan di betis Kavin. “Ammaaa” jerit Kavin menahan kesakitan.

Perkara yang berlaku pada petang tadi dilaporkan kepada bapa Kavin. Bapanya turut marah dengan perbuatan Kavin. Tetapi dia tidak memberi sebarang hukuman seperti ibunya. Baginya hukuman itu sudah cukup besar. Dan ini bukanlah masa untuk memarahi Kavin yang sedang tidur lena itu.

Lenakah dia tidur pada malam itu? Cedera atau luka yang dihadiahi oleh ibunya membuatkan dia sakit sepanjang malam.

Seperti biasa keesokan hari, Kavin dihantar ke ‘Tadika Sinar Cahaya’. Dia tidak bersarapan walaupun sudah dipaksa oleh ibunya. Sepatahpun tidak keluar dari bibir Kavin. Dia sedih dan pada masa yang sama dia marah. Dia marah pada ibunya. Walaupun kemarahan dipendam di hati, lukanya sering kali mengingatkan perbuatan ibu yang kejam itu. Tidak boleh dilupakan perkara yang berlaku pada dirinya semalam.

Manakala ibu pula berasa bersalah dan simpati terhadap Kavin. Pada malam itu juga ibu menyapu ubat pada luka Kavin setelah mengetahui dia sudah melelapkan matanya.

Hari demi hari luka Kavin semakin sembuh. Pada suatu hari, semasa dia sedang menonton kartun di kaca televisyen, pintu rumahnya diketuk beberapa kali. Ibu Kavin menuju ke pintu dan mencapai tombol pintu. Jiran rumah Kavin sedang menunggu di sebelah pintu. Selepas membuka pintu rumah, jiran mak cik berdiri dengan suaminya.

“Mana suami engkau? Sembunyi di bilik tidur?” telah pak cik itu.

Ibu yang sedar akan kemarahan pak cik dan percaya sesuatu yang telah berlaku sebelum bapa Kavin pulang dari kedai tadi. Tanpa menjawab soalan jiran, ibu Kavin memanggil bapa Kavin. Bapa Kavin berjalan begitu pantas ke tempat datangnya suara isteri. Terkejut apabila melihat jirannya berdiri di hadapan pintu rumah.

“Kenapa dia di sini? Hendak bersambung pertengkaran yang terjadi di kedai mamak tadi?” Pelbagai soalan ditanya-tanya dalam minda Si bapa Kavin.

Jiran itu memulakan semula perang mulut yang telah dihentikan di kedai makan tadi. “Mayiru, kenapa engkau buang teh panas di meja makan dan balik rumah? Tidak berani untuk gaduh dengan aku?” marah pak cik jiran itu.

Si bapa Kavin pula “Hei engkau zakar pengecut, engkau tidak ingatkah tumbukan aku pada muka engkau sebelum ini? Engkau jangan mulakan semula, sial” menjawabnya. Ibu tidak memahami situasi dan keliru dengan apa yang telah dan sedang berlaku. Dia juga tidak tahu apa yang membuatkan suaminya membuang teh panas dan balik dari tempat kejadiannya. Tetapi dia pasti, ada sesuatu yang berlaku sebelum suaminya bertindak sebegitu.

Belum habis membayangkan situasi di kedai makan, Si ibu Kavin pula dimarahi oleh mak cik jiran itu. Ibu tidak mengalah, ibu juga melontarkan pelbagai perkataan yang baharu, yang tidak pernah didengar oleh Kavin sebelum ini. Ya, pelbagai perkataan yang mungkin tidak akan dapat ertinya di mana-mana kamus Bahasa Tamil atau mungkin ertinya lain dan bukan dimaksudkan dengan apa yang dimaksudkan oleh masyarakat. Kebanyakan perkataan kasar mungkin membawa erti nama tubuh badan manusia dengan kata lain. Malah, masyarakat menggunakan perkataan-perkataan tersebut dengan maksud yang buruk.

Aksi di depan pintu dengan pelbagai kata-kata kasar sedang dilihat dan didengar oleh mata dan cuping telinga Kavin. Pada masa itu, Kavin hendak membangunkan dirinya dan ke dapur untuk memanaskan batang besi bagi kedua-dua ibu dan bapanya itu.

*** Gambar ehsan Republica dari Pixabay 

Ingin siarkan cerpen, puisi atau esei anda bersama kami? Hantarkan saja kepada [email protected]. Baca yang ini pula.

CERPEN | Tuan Rumah yang Dikasihi oleh Murali Mohan

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Murali Mohan

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

klsp and bentley music academy scaled

How KLSP makes Shakespeare More Fun and Entertaining for Children and Adults in KL

Ista

mist bound daryl kho penguin

Malaysian-Born’s Children Fiction On Dementia Is 2022’s Best Kids Book In Singapore

Penguin Random House

George Town Literary Festival Is Back Physically For 2022

George Town Literary Festival Is Back! Here’s All You Need To Know.

George Town Literary Festival

See 200 Events At The 25th Singapore Writers Festival (SWF)

Enjoy Over 200 Programmes At The 25th Singapore Writers Festival (SWF)

Eksentrika

Here's Zack Shah's 'Ritual' That Got Him To Publish 2 Poetry Books

Here’s Zack Shah’s ‘Ritual’ That Got Him To Publish 2 Poetry Books

Sukhbir Cheema

Oka Rusmini Kenanga

Oka Rusmini Unveils The Authentic Bali With Powerful Tales Of Bali Women

Damhuri Muhammad

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram