• Home

    Home


  • Articles

    Articles


  • Happenings

    Happenings


  • Eksentriks

    Eksentriks


  • Community

    Community

  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Log In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Get Featured
  • Donate

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Home
  • Get Featured
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Katil Ibu oleh Perevenia Shan
Perevenia Shan

Written by Perevenia Shan

CERPEN | Katil Ibu oleh Perevenia Shan

Share this article via


Kasut sekolah Yugathi kotor akibat terpijak lecak. Hujan lebat yang melimpah menggetarkan tulang. Darah haid bergelumang di sebalik pakaian seragam sekolahnya yang kuyup dibasahi hujan. Mahu sahaja Yugathi mandi air panas untuk menghilangkan kotoran pada badan dengan segera. 

Setibanya di tingkat 18, Yugathi berjalan ke rumah yang jarak beberapa meter dari lif. Hari itu merupakan hari pengumuman keputusan PT3. Oleh itu, Yugathi pulang awal ke rumah. Sijil PT3 yang terlindung di dalam beg sekolahnya terselit kemas-kemas di dalam sekeping fail nipis. 

Apabila tiba di hadapan rumah, Yugathi hairan. Ada kasut kulit hitam yang tersorok di celah kasut-kasut ibu. 

“Kasut siapakah ini?” fikir Yugathi.

Yugathi mengerut dahi. Dalam diam-diam, dia membuka mangga pagar lalu menolak pintu. Selepas membuka kasut dan stoking, Yugathi mengambil langkah kura-kura lalu memasuki ruang tamu. 

Tiada sesiapa. 

Hanya ada sebiji cawan kosong di atas meja ruang tamu. Yugathi menjenguk ke dalam cawan. Ada sisa air kopi. 

Pelik. 

Pintu rumah berkunci. Pagar juga berkunci. Jika ada tetamu, selalunya ibu atau Yugathi akan membiarkan pintu rumah terbuka. 

“Ada orang lain di rumah?” fikir Yugathi.

Dia meneruskan langkah. Bilik tidurnya terletak di sebelah bilik ibu. Untuk memasuki bilik, dia harus melintasi bilik ibu.

Apabila menghampiri bilik ibu, tiba-tiba, dia terdengar bunyi katil. 

Bunyi katil bergoyang. Sedikit-sedikit. Ke kiri dan ke kanan.

Aneh. 

Yugathi pasang telinga. Ada bunyi gelak tawa pula. 

Mata Yugathi terbeliak. Ada suara garau lelaki.

Entah mengapa, Yugathi dapat merasakan darah haidnya yang semakin banyak keluar. 

“Perasaan apakah ini?” fikirnya.

Yugathi terkaku. Dia cuba mengosongkan minda.

“Do you love me now?” tanya si lelaki.

“Love? Maybe…” balas si perempuan. 

Katil bergoyang lagi.

Yugathi bergegas ke arah bilik tidurnya lalu mengunci diri. Nak menangis? Nak marah? Yugathi tidak tahu. Yugathi tidak dapat meluahkan emosi. Empangan air mata sudah kering. Jiwa sudah terlalu luka.

Yugathi hanya tahu bahawa ibunya keseorangan. Ibunya memerlukan teman. Tetapi, adakah perbuatan ibu betul? 

“Perlukah saya meninggalkan rumah atau duduk sahaja di dalam bilik?” fikir Yugathi. 

“Jika anak lain yang melalui situasi ini, sudah tentu perasaan marah atau kecewa melanda diri. Tetapi, saya tidak rasa apa-apa. Mengapa?”

Dia duduk di atas katil lalu membuka beg sekolah untuk mengeluarkan fail. Dia meneliti sijil PT3. Semua ‘A’. Yugathi merasakan sijil dengan jari-jemarinya.

Semenjak kematian bapanya, Yugathi tidak pernah bergaul mesra dengan ibu. Apatah lagi, ibunya tidak mengambil berat tentang hal ehwal pelajaran Yugathi. Oleh itu, dia tidak berniat untuk menunjukkan sijil keputusan peperiksaannya kepada ibu. 

Fikirannya bercelaru. Dia sedang memikirkan langkah seterusnya. 

“Saya tidak mahu membuka pintu bilik ibu dan mengejutkan mereka. Sudah tentu, sudah tentu itu suara ibu. Adakah saya menjadi gangguan baginya? Perlukah saya keluar dari rumah sekarang dan kembali kemudian?” 

Yugathi menarik nafas panjang. Dia hendak menggunakan bilik mandi dengan segera. Bagaimana dia hendak ke bilik mandi yang terletak berhampiran bilik ibu?

Yugathi menutup tirai mata lalu menggenggam cadar katil erat-erat. Dia dapat merasakan keghairahan suara si perempuan dan si lelaki yang sedang berasmara di atas katil di bilik sebelah. 

Lelehan darah haid bertambah lagi. 

Gambar ehsan Ashley Byrd di Unsplash

We Now Have A Super Cool Artist Registry

Perevenia Shan

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

SHORT STORY | Alone by Maryam Abdul Wahab

Alone by Maryam Abdul Wahab

Maryam AbdulWahab

SHORT STORY | The Year of Living Haruki-Murakamily by Connla Stokes

The Year of Living Haruki-Murakamily by Connla Stokes

Connla_Stokes

Mr. Karofsky’s Big Mistake by Lavinia Grace Sebastian

Mr. Karofsky’s Big Mistake by Lavinia Grace Sebastian

Lavinia Grace Sebastian

Eksentrika story photo scaled

December Nights by Susanna Lim

Susanna Lim

SHORT STORY Prayers From Above by Anuradha Chelliah

SHORT STORY | Prayers From Above by Anuradha Chelliah

Anuradha Chelliah

SHORT STORY A Touch of Perfection by Elly Van Dalen

A Touch of Perfection by Elly Van Dalen

Elly Van Dalen

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram