Jadilah milikku
walau hanya seketika..
**
“Syam, awak ada program tak petang ni?”
“Emm.. let me see,” seraya memandang jam tangannya. “Rasanya, saya free. Kenapa Liya? Awak nak ajak saya pergi ke mana?”
Liya tersenyum. Hatinya puas. “Adalah. Jam 2 petang nanti, kita jumpa di tempat biasa ya.”
“Okay,” sambil mengenyit mata.
Liya hanya tersenyum. Tetapi di dalam hatinya, ingin meraung , ‘Syam!!! Sayangi aku, sayang!!’
Tapi, hanya dapat diluahkan di dalam hati saja. Bukan kerana takut,tapi kerana sayang, dia terpaksa memendam rasa.
**
Jam 2 petang itu, mereka berdua berjumpa di Burger Hut. Sambil berbaris menunggu giliran di kaunter, Syam berbisik, “Liya, awak nampak cantik hari ni.”
Liya menahan malu sambil tersenyum. Sungguh, dia terasa sangat malu, namun, bahagia juga menyelubungi hatinya.
“Emm..kenapa diam?”
“Ish. Tak ada la. Tiba tiba rasa malu. Heheh..”
“Hahaha..macam macam la Liya ni. Macam tak biasa pula. Kenapa? Tak ada lelaki sebelum ni yang puji Liya cantik ke?”
“Jahatnye,” mencebik. “Cik, fries satu, coke satu. Awak nak apa?” tanyak Liya.
“Beef burger satu, coke satu.”
“Ok. Sila tunggu sebentar,” ujar pekerja di kaunter.
**
“Liya, nak tanya satu boleh?” tanya Syam sambil duduk.
“Apa dia?”
“Dah setahun kita kenal. Tak pernah sekali pun Liya cerita pasal boyfriend Liya.”
“So?”
“So, saya nak tahu la juga, siapa namanya. Orangnya macam mana.”
“Syam, pernah ke saya cakap saya ada boyfriend?”
“Eh..tak pernah ke?” sambil tersengih.
“Taklah.”
Liya mempunyai persoalan di dalam hatinya. Mengapa tiba tiba Syam berminat untuk tahu?
“Kenapa nak tahu ni? Berminat ke?”
“Berminat la juga. Hahahah..”
Liya terkedu. Dia bingung, dalam pada masa yang sama, dia bahagia. Cintanya tidak bertepuk sebelah tangan rupanya.
**
Tiada kata pujangga, tiada kata sakti yang muncul dari mulut Syam. Hanya mengangguk bila ditanya.
Liyana termenung seketika. Berkatanya di dalam hati, ‘Betul ke Syam sayangkan aku? Sebagai kekasih? Atau aku je ke yang terhegeh hegeh? Tapi, bila ditanya, dia jawab ye. Aarrgghhh!!’ jerit hati kecil Liyana.
“Tapi, kenapa dia tak jawab mesej aku? Kenapa? Kenapa dia diam je. Langsung tak nampak batang hidung. Dia ok ke?” Liyana mengomel sendirian. “Masih hidup ke? huhh..”
Genap mesej ke 40, Liyana pun berhenti berharap. Berpuluh panggilan telefon pun tidak dijawab. Liyana mengambil keputusan untuk menyepi dari kisah cinta yang tak kesampaian.
Jauh di dalam hatinya, dia tak menyangka semua ini akan terjadi. Liyana sudah letih untuk berfikir di mana silapnya sehingga Syam langsung tidak mengambil tahu pasal dirinya. Tetapi, ada satu perasaan yang Liyana langsung tak dapat lupakan, menyesal. Tapi, menyesal seribu kali pun belum tentu akan memulihkan keadaan.
Liyana akhirnya membuat keputusan untuk menghantar mesej terakhir.
“Kalaulah Liya tak meluahkan perasaan. Kalaulah Liya tak berharap. Syam, Liya sayangkan Syam. Liya akui, Liya sayangkan Syam lebih dari teman rapat, teman mesra, teman sehati sejiwa. Tapi, sungguh, Liya lebih sayangkan persahabatan kita. Siapa yang akan jadi pendengar setia Liya lepas ni? Siapa yang akan jadi punch bag Liya, kalau Liya tengah marah? Siapa yang akan temankan Liya di kala sunyi? Semua tu dah hilang dari radar hidup Liya.
Syam, jika perginya Liya dari sisimu, walau hanya sebagai sahabat, menyenangkan hati kecilmu, Liya redha. Mungkin jodoh persahabatan kita tak panjang. Tapi, satu sesalanku, mengapa ungkapkan kata sayang at the first place? -Liya-”
**
Syam terdiam. Dia membisu seribu bahasa. Fikirannya kosong. Hatinya membeku. Lidahnya kelu. Dia sudah seperti hilang arah. Dunianya gelap sekelip mata. Tidak sekali dalam fikirannya, dia akan kehilangan satu satunya cara untuk memandang wajah ayu Liyana, seorang sahabat yang mencuri hatinya.
“Ya ALLAH…sungguh, aku tak kuat,” Syam tunduk sambil menitiskan airmata.
“Sabar Syam. Ibu dan ayah sentiasa bersama Syam,” sambil memeluk anak tunggal lelaki kesayangannya.
“Ibu, Syam masih tak dapat terima hakikat yang Syam dah buta! Syam tak dapat bu.”
“Syam. Jangan cakap macam tu. Syam ingat satu je. ALLAH takkan sesekali menguji hambanya dengan ujian yang mereka tak boleh hadapi. Ingat tu. Semua ni, pasti ada hikmahnya.”
Syam tersenyum pahit. Dia sedar, dia sudah jauh tersasar dari jalan lurusnya, dengan tidak dapat menerima apa yang terjadi pada dirinya. Dia sudah buta. Buta dan cacat pada penampilannya. Baginya, Liyana pasti tidak dapat menerimanya selepas melihat dirinya sekarang ini.
Semua ini terjadi pada hampir dua bulan yang lepas. Pada ketika itu, Syam cuba membantu seorang wanita yang diserang oleh dua orang lelaki. Tidak semena mena dia yang menjadi mangsa, apabila asid yang asalnya disimbah ke muka wanita itu, terkena pada dirinya. Selepas kejadian itu, mata Syam tidak dapat diselamatkan,wajahnya juga sedikit hodoh selepas terkena asid.
“Mana mungkin aku akan kembali pada Liyana.” Itu janjinya pada diri sendiri.
Sudah penat ibu dan ayahnya menasihati supaya berterus terang dengan Liyana, tetapi dia berkeras tak mahu. Akhirnya, dia membawa diri di kampung halamannya. Tinggal di situ, menyendiri memikirkan hari kemudian.
**
Liyana sudah buntu. Dia benar benar rindukan Syam. Syam yang sentiasa ada untuknya. Syam yang sentiasa menjadi sahabat yang baik.
“Aku tamak. Aku memang tamak. Cukuplah jadi sahabat, aku nak lebih pula. Tak hairan lah dia lari. Dia cakap sayang pun sebab tak nak kecilkan hati aku mungkin. Kau bodoh la Liya!!” bentak hati Liyana.
Sudah empat tahun lebih dia kehilangan Syam. Dia masih rindukan Syam. Dia sudah cuba untuk lupakan rasa cintanya terhadap Syam, tapi bukan rasa sayang seorang sahabat. Syam seorang sahabat yang tiada gantinya. Syam sangat beerti buatnya.
Liyana melangkah longlai di tepi tasik seorang diri. Mengenangkan sesalan yang tak dapat dilupakan.
“Ahh..”
Bahunya ditepuk lembut.
“Sayang, sudahlah tu,” pujuk Anas, suami Liyana.
Anas memang sudah masak dengan apa yang dirasai oleh isterinya kerana itu adalah menjadi pengakuan pertama ketika mereka mula menjalinkan hubungan. Dia cemburu. Cemburu kerana tak dapat menjadi pengganti Syam dalam menjadi seorang sahabat yang sangat sempurna untuk isterinya. Tetapi, dia tidak memaksa untuk Liyana lupakan Syam, kerana dia tahu, Liyana masih waras.
“Abang, maafkan Liya.”
“Tak pe. Ok je. Jom jalan jalan. Cuaca baik sangat petang ni.”
Liyana mengangguk sambil memegang erat tangan suaminya. Dia bersyukur kerana dijodohkan dengan Anas yang cukup baik, yang sangat memahami dirinya.
Dari jauh kelihatan seorang lelaki bertopi berjalan menuju ke arah Liyana dan Anas. Berjalan perlahan sambil memegang tongkat putih. Di sebelahnya, seseorang wanita yang agak berusia, rancak berbual dengan lelaki tersebut sambil memegang lengan lelaki itu.
Langkah Liyana terhenti. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya seperti sesak. Digagahkan kakinya untuk melangkah,menuju ke arah lelaki itu, sepantas yang boleh. Anas terpinga pinga, sambil mengikut Liyana dari belakang.
“Kenapa ni sayang?”
Liyana diam. Sepantas kilat kakinya melangkah dan berhenti betul betul di hadapan lelaki bertopi tersebut. Wanita berusia di samping lelaki itu menahannya dari meneruskan langkah lalu berkata, “Ye nak. Ada apa ye?” tanyanya kepada Liyana.
Liyana bagaikan kehilangan kata kata. Anas di belakang, memegang lembut bahunya sambil berkata, “Sayang,”
“Makcik…”
Syam terdiam. Dia memalingkan mukanya sambil menarik topinya ke bawah, menutupi separuh daripada mukanya. Dia betul betul terkejut. Suara yang sangat dirinduinya kini ada di hadapannya. Dia mahu lari dari situ. Tetapi, belum sempat dia melangkah, tangannya dipegang oleh ibunya. “Nak pergi mana, Syam?”
Liyana mula menitiskan airmata. Ibu Syam pun hairan melihatnya lalu bertanya, “Siapa anak ni ye? Kenapa menangis?”
Syam diam. Di dalam hatinya, dia mahu saja memeluk Liyana sambil mengucap rasa rindu yang membebankan hatinya. Tapi, pada masa yang sama, dia mahu lari dari situ, sebelum wajah hodohnya menjadi tatapan wanita kesayangannya.
“Ibu,jom,” sambil menarik tangan ibunya.
“Syam..” Liyana mengesat airmatanya. “Kenapa awak hilangkan diri? Kenapa awak langsung tak ada berita? Saya ingatkan awak dah mati!!”
“Eh..apa hal anak ni? Siapa anak ni?” tanya ibu Syam.
“Makcik, ni Liyana makcik. Makcik dah tak ingat kat Liya ke?” teresak esak.
“Liyana? …….ya ALLAH.. Liya…” lalu memeluk Liyana. Tak dapat digambarkan betapa sedihnya perasaan mereka bila berpelukan. Masing masing menahan duka di dalam hati.
Syam serba salah. Dia diam.
“Makcik, kenapa Syam?” bisik Liyana di telinga ibu Syam.
“Dia buta.”
Pelukan terlepas. Liyana terkejut. Hampir pitam selepas mendengar kata kata ibu Syam. “Tapi?”
“Biar Syam sendiri yang cerita. Syam, ni, Liyana. Kenapa diam, nak?”
“Nak kata apa lagi bu,” jawabnya lemah.
Anas yang dari tadi membisu tiba tiba mencelah, “Makcik, jom kita ke situ,” sambil menunjuk ke arah pokok di belakang tempat mereka berdiri. “Sayang,abang tunggu ye. Abang ok,” sambil tersenyum.
Syam menelan air liur pahitnya.
**
“Syam. Ni Liyana. Apa khabar?” Liyana menahan sebak.
“Emm..sihat. Awak?” sambil tunduk. Sedikit pun Syam tidak ada kekuatan untuk menunjukkan wajahnya.
“Sihat. Ke mana awak selama ni?”
“Err….emm..kat kampung.”
“Kenapa tak balas mesej, tak jawab panggilan dari saya?”
“Liya, benda dah berlalu.”
“Tahu. Tapi, benda dah berlalu itulah yang buat saya menjadi seorang pendiam sekarang ni.”
Syam diam.
“Syam,” sambil bergerak ke arah hadapan Syam. Liyana rindukan wajahnya. Liyana cuba untuk mengangkat topinya, sepantas kilat Syam menahan topinya.
“Jangan Liya. Tolong jangan.”
“Kenapa? Apa salah saya sampai awak hilang macam tu je? Sampai saya fikir awak dah tak ada dalam dunia kejam ni!”
“Liya…..saya buta!!”
“So what?!”
“Dan hodoh!!” lalu menarik topinya.
Liyana terdiam. Dia terkejut. Dia menangis. ‘Adakah kerana ini?’
“Syam..adakah kerana ini awak lari dari hidup saya? Jawab Syam.. jawab..”
“Saya…saya…” Syam kehilangan kata kata. Mahu saja dia berterus terang, tetapi, dia teringat dengan suara lelaki yang memanggil Liyana, ‘sayang’. “Awak dah kahwin ke?”
“Dah,” jawab Liyana perlahan. “Syam, dulu, awak tinggalkan saya sebab ni ke?”
Lama Syam diam.
“Liya, perlukah saya jawab?”
“Ya. Perlu. Sebab itu yang akan tenangkan hati saya yang selama ini selalu menyalahkan diri saya sendiri sebab rasa bersalah.”
“Liya, kenapa perlu rasa bersalah?”
“Sebab saya keluar dari garisan persahabatan kita.”
“Saya tak tahu nak cakap apa. Awak dahpun kahwin. Saya tak nak keruhkan keadaan.” Syam tunduk. Malu untuk membiarkan wajahnya ditenung oleh Liyana. Walaupun dia buta, tapi, hatinya masih celik.
“Terus terang je. Itu yang saya perlukan.”
“Baiklah Liya. Ya. Saya hilangkan diri sebab selepas terlibat dalam satu peristiwa pahit dulu. Satu satunya sebab saya hilangkan diri adalah kerana keadaan saya ni.” Syam semakin sedih. Tak sanggup untuk menyambung kata kata.
“Kenapa tak terus terang?”
“Kenapa? Saya buta dan hodoh.”
“Bukan itu pengukur rasa sayang saya kat awak, Syam,” mengetap bibirnya. Liyana tahu, dia mungkin sudah mengguris perasaan suaminya.
“Liya…saya sayangkan awak, lebih dari yang awak tahu. Tapi, ini adalah jalan terbaik untuk kita.”
“Dengan tidak memberi peluang kepada saya dalam membuat keputusan? Awak pentingkan diri sendiri, Syam.”
“Liya, saya tak layak untuk awak. Cukuplah kita sekadar kawan.”
“Syam….saya…ya ALLAH…” Liyana menahan sebak. “Syam, saya pergi dulu. Terima kasih di atas segalanya. Saya sayangkan awak. Saya sayangkan persahabatan kita,” ucap Liyana lalu berlalu dari situ meninggalkan Syam yang hanya diam mengenang nasib diri.
**
Empat tahun yang lepas..
“Anas, aku nak kenalkan kau kat sahabat aku. Sahabat yang sangat aku sayang. Liyana namanya.”
“Wah.. Cantik. Bila nak bawa dia jumpa aku?”
“Ish..ni sahabat aku dalam dan luar. Kau boleh tengok je. hehehe,”jawab Syam.
“Ye la..ye laa..”
Selepas peristiwa pahit yang menimpa Syam terjadi, Syam memberi amanah kepada sahabat karibnya, Anas, untuk menjadi sahabat kepada wanita kesayangannya, Liyana. Tanpa pengetahuan Liyana, ibu bapa Liyana dihubungi oleh Syam, lalu mengenalkan Anas kepada mereka yang kemudiannya bersetuju untuk menjodohkan mereka berdua.
**
“Syam, kau kuat. Aku tahu tu,” ujar Anas sambil memeluk sahabatnya.
“Maafkan aku, Anas. Sebab, ganggu rumahtangga kau.”
“Ish, tak adalah. Aku yakin dan percaya pada isteri aku. Kau jangan risau. ”
“Terima kasih Anas.”
“Sama sama .”
**
“Liya, Syam sayangkan Liya. Jadilah milikku walau untuk satu saat,” bisik hati kecil Syam.
Jadilah milikku walau untuk sesaat
Jadilah milikku di dalam mimpiku
Jadilah milikku itulah impianku
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.