Dia sedang berehat di kerusi malas di hadapan rumah pada suatu petang. Tiba-tiba, telefon pintar berdering. Panggilan dijawab.
“Ah, apa? … Okey.”
Dia segera mengambil dompet dan mencapai kunci kereta. Dia bergegas keluar. Tidak sempat memberitahu isterinya pun.
Begitu gelisah dan berpeluh-peluh. Dalam perjalanan, dia menjawab panggilan sekali lagi.
“Baik, saya akan ikut arahan kamu.”
Kereta dihentikan di hadapan Bank QRS. Dia keluar dan terus ke mesin teler automatik (ATM). Telefon masih di telinga. Memandang ke kiri dan ke kanan. Transaksi had pemindahan wang dilakukan mengikut arahan yang diterima.
“Saya sudah pindahkan jumlah yang diminta.”
Selesai urusan dan perbualan telefon, dia masuk ke dalam kereta. Kelegaan dirasai. Duitnya selamat.
Setiba di rumah, isteri dan anak lelakinya, Jay, sedang menunggu di pintu. Dia semacam hilang ingatan. Kurang pasti dengan tindakan.
“Ayah!”
Panggilan anak tidak dihiraukan. Isteri juga cuba bercakap dengannya, tetapi dia tidak membalas.
Selepas empat jam, sesudah makan malam, baru dia mula bersuara. Suaranya kaku. Dia menceritakan apa yang berlaku. Anak dan isteri terkejut. Mereka tidak menyangka dia akan bertindak demikian.
Habis! Hilang segala hasil titik peluh selama ini. Simpanan hari tua.
Mereka bertiga saling berpandangan. Anak dan isteri cuba menenangkannya. Jay mendesak ayahnya membuat laporan polis susulan insiden pukau dan penipuan menerusi panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.
Dia duduk kaku. Agak lama. Kemudian, melangkah masuk ke bilik. Kerunsingan melanda diri Jay dan ibunya.
Gambar ehsan Two Paddles Axe and Leatherwork di Unsplash
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.