• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Dia Bukan Ex oleh Alice Mohd
Alice Mohd

Written by Alice Mohd

CERPEN | Dia Bukan Ex oleh Alice Mohd

Share this article via


Cinta aku kepadanya, bukan cinta biasa
Cinta aku kepadanya, bukan bersandarkan rupa semata
Kerana aku jatuh cinta sebelum kami bertentang mata
Kerana aku yakin, dialah orangnya
Namun, apa daya, kerana dia bukan ex..
—

Aku kenal kau semasa kita sama-sama berborak di chatting room. Oleh kerana kita punya minat yang sama, lalu ianya menjadikan kita mudah mesra dan akhirnya berkawan rapat. Sangat rapat sehingga tidak berhenti berbalas sms. Dari awal pagi sehinggalah tidur pada lewat malam. Kau terlalu selesa kujadikan kawan rapat, tempat aku bercerita, tempat aku meluah perasaan tentang kehidupan.

Aku mula jatuh cinta. Namun, aku tak mahu kehilangan kau sebagai teman rapatku. Lantas ku diamkan saja. Kerana sayangku terhadap persahabatan kita melebihi segalanya.

Akhirnya, suatu hari, kau memberi aku gambarmu. Sungguh gembira diriku kerana akhirnya aku dapat melepas rindu dengan menatap wajahmu. Aku tak kisah akan  rupamu, jika itu pertanyaan darimu. Cinta tak mengenal rupa, tapi hati suci yang kudambakan.

Hari-hari kita berlalu dengan pantas. Genap setahun persahabatan kita, aku cuba untuk memberanikan diri menyatakan apa yang terbuku di dalam jiwaku selama ini. Aku tak peduli apa jawapan dari kau. Biarlah ku bertepuk sebelah tangan, tapi, aku mesti mengucapkan cinta kerana aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Tetapi, jika benar aku bertepuk sebelah tangan, ku harap engkau tidak akan membelakangi diriku sebagai teman rapatmu.

‘Aku suka kau, Arjuna.’ Ya, nama penamu yang selesa kusebut. Bukannya aku tak tahu nama sebenarmu. Tapi, aku lebih selesa begini. ‘Aku sayangkan kau Arjuna.’ Aku tidak mengharapkan  apa-apa. Cuma sekadar meluah perasaan kerana tidak mampu menahannya lagi.

‘Aku juga.’ Kau berkata dengan suara yang agak perlahan.

Aku? Hanya DIA yang tahu betapa bahagianya hatiku ketika itu. Kasihku disambut olehmu. Walaupun aku  sememangnya tidak mengharapkan apa-apa darimu. Aku bahagia. Aku gembira. Aku terlalu gembira sehingga ingin ku laungkan pada semua, ‘Aku cinta Arjuna!!!

Tetapi, entah mengapa. Hatiku merasakan sesuatu yang merunsingkan. Kau sudah tak seperti dulu. Semakin kurang menghubungiku. Akhirnya, kau hilang tanpa berita selama seminggu. Aku telefon, sms, email, semuanya tak berbalas.

Lalu terlintas di fikiranku, KALAU aku tak meluahkan perasaan, KALAU aku tak melebihi jarak di antara kita, KALAU aku diam sahaja, semua ini takkan terjadi. Semua ini, pasti dapat dihindari. Kau takkan menghilangkan diri. Kau takkan menyepi. Kau takkan lari.

Aku sangat menyesal. Menyesal yang teramat sangat. Aku hilang seorang teman rapat, hilang seorang yang kukasihi, hilang sebuah persahabatan yang sangat istimewa bagiku.

Sungguh kejam kau Arjuna. Jika aku bukan kau cinta, jika aku bukan kau sayang, mengapa kau membalas pertanyaanku dengan ‘Aku juga’? Tidak kejamkah itu, wahai Arjuna? Kau memberiku harapan, memberiku sinar, kemudian kau mematahkan sayapku, memalapkan cahaya di sekelilingku dengan memberiku harapan palsu.

Aku terlalu kecewa, Arjuna. Namun, aku masih mencarimu, menantimu, kerana aku sayangkan persahabatan kita. Tapi, mungkin tiada jodoh kita, kau terus melarikan dirimu.

‘Maafkan aku, kerana tak mampu untuk mencintaimu.’ Itu kata-kata terakhirmu.

Aku seperti hilang arah kerana aku sememangnya tak sanggup kehilanganmu, kehilangan seorang teman rapat yang aku perlukan dalam hidupku.

Tak mengapa, jika  kau tidak menjawab pertanyaanku dahulu. Tak mengapa, jika kau tidak membalas perasaanku. Tak mengapa jika aku bukan pilihanmu. Tapi, ianya menjadi satu kesalahan yang kau buat terhadapku, apabila kau berkata , ‘Aku juga’. Dua patah perkataan yang membuat hatiku bergetar.

Kau kejam Arjuna, dengan tidak berkata benar. Patah hatiku kerana kau belum cukup mengenaliku. Cukup sekadar aku yang menyintaimu jika itu yang kau mahu. Tapi janganlah kau korbankan persahabatan kita, Arjuna.

Cinta terhadapmu cinta tulus.
Cinta terhadapmu bukan mainan.
Cinta terhadapmu tidak ku cari.
Cinta terhadapmu bukan pilihanku.
Cinta terhadapmu adalah kenangan terindah.
Tidak pernah, walau sedetik, kita bercinta. Tetapi, aku menjadi orang yang telah putus cinta kepada kekasih hatiku. Walaupun ku tau,  dia bukan ex.

Gambar ehsan kilarov zaneit on Unsplash.  Ikuti kami di Telegram. 

siar cerpen malaysia eksentrika scaled

Alice Mohd

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

CERPEN | Poppy oleh M. Navin

Poppy oleh M. Navin

M. Navin

cerpen kuil 'kanni' oleh m. navin

CERPEN | Kuil ‘Kanni’ oleh M. Navin

M. Navin

kuku m navin scaled

CERPEN | Kuku oleh M. Navin

M. Navin

Cerpen Bertemu Seniman Di Hotel Bajet oleh Abdullah Hussaini

CERPEN | Bertemu Seniman Di Hotel Bajet oleh Abdullah Hussaini

Abdullah Hussaini

jan kopriva Fkt gbaYJMs unsplash scaled

CERPEN | Bisa oleh M. Navin

M. Navin

eduardo goody MQ Rkg64jf4 unsplash scaled

CERPEN | Sebelas oleh Lucy Montk

Lucy Montk

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram