Semua orang tentu ada cinta pertama yang tidak dapat dilupakan. Aku juga begitu. Aku jatuh cinta buat kali pertama pada usia 12 tahun. Siapakah budak lelaki pilihan aku? Namanya Joey (bukan nama sebenar), teman baik yang aku kenali sejak Darjah Empat. Dia pernah sakit akibat tumor dalam otak dan tidak dapat bermain seaktif kanak-kanak lain.
Semasa di Darjah Enam, aku di kelas Enam Melati dan dia di kelas Enam Ros. Kami hanya sekelas sewaktu subjek Pendidikan Moral. Aku dilantik menjadi ketua kelas. Selalunya, Joey akan meminta aku duduk di belakangnya, untuk memudahkan dia bersembang dengan aku atau membincangkan latihan yang diberi oleh guru. Kami bagaikan isi dengan kuku.
Joey anak kedua dalam keluarga. Dia mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki. Adiknya suka menggelarku “teman wanita” Joey. Pernah sekali, guru kami bertanya kepada Joey jika dia menyukai aku kerana pantang ada waktu lapang, Joey akan mengambil kesempatan untuk bersembang dengan aku. Merah padam muka kami berdua pada saat itu.
Indahnya cinta! Entah bila cinta itu lahir. Semuanya terjadi tanpa diduga. Memori aku bersama Joey sangat berharga dan terpahat kukuh dalam sanubari.
Joey sudah sembuh daripada penyakit tumor. Dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati dan kini menetap di luar negara.
Aku pula masih menanti kemunculan cinta kedua pada usia 34 tahun.
Cover image by Amy Shamblen on Unsplash
You must be logged in to post a comment.
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Menarik.