Akhirnya, cintaku termakbul. Aku teruja. Selama empat bulan aku cuba mendapatkannya. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aku mencari menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Aku masih tidak ketemu.
Aku tidak berputus asa. Apabila tempoh pemulihan diisytihar, aku berusaha dengan gigih. Aku mencari merata-rata. Aku sanggup mengeluarkan berpuluh-puluh ringgit untuk mencarinya. Aku sanggup ke hulu dan ke hilir untuk mendapatkannya. Tetapi, aku masih tidak menemuinya.
Siang malam aku memikirkannya. Dua tiga hari belakangan ini, aku hilang selera makan. Aku asyik terkenangkannya.
Aku sudah sediakan tempat yang sesuai. Aku sudah tempah segala keperluan secara dalam talian. Aku menunggu detik-detik keindahan. Selagi aku belum menemuinya, aku tidak akan tidur lena.
Salah seorang rakan aku memberitahu tempat di mana aku boleh mendapatkannya. Aku bergegas ke sana sesudah waktu kerja. Selepas tiga jam, aku tiba di destinasi.
Apabila aku melihatnya, hatiku terus tenang. Mataku bersinar-sinar. Senyuman terukir. Cycas biru pujaanku!
Kami seolah-olah berkomunikasi tanpa suara. Bagai dua sahabat yang terpisah lama.
Aku meletakkannya bersama-sama koleksi cycas yang lain di taman hadapan rumah.
Pada keesokan hari, aku membuka pintu untuk pergi kerja. Aku terpegun. air mata kegembiraan mula mengalir. Aku duduk sebentar bagai di kayangan. Sinaran matahari mengujakan koleksiku dengan warna-warna alam semula jadi.
Gambar ehsan Neslihan Gunaydin di Unsplash
We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.