• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Gambaran Budaya India Dalam Cerpen – Bahagian 3
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Gambaran Budaya India Dalam Cerpen – Bahagian 3

Share this article via


Baca bahagian sebelumnya di sini. 

Cerpen “Perkahwinan” dalam antologi Bermulanya di Sini (1991) ditulis oleh Vannita Xavier yang berasal dari Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tunku dan kemudian di Sekolah Menengah (P) Methodist, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pengajian di Jabatan Penulisan, Universiti Malaya.

Cerpen “Perkahwinan” mengisahkan Joan Rozario, seorang penyanyi profesional, yang sudah bercerai dengan Joseph Chako. Joan menghadiri majlis perkahwinan “kawan karibnya semasa di bangku sekolah” (hlm. 65), Shanthi Maniam @ Shan dengan Joe Chenko.

Rupa-rupanya, Joe dan Joseph adalah orang yang sama. Apabila mendapat tahu Shanthi “mengidap sakit cancer hati” dan “tak akan hidup lama” (hlm. 68), Joan merestui perkahwinan Joe dan Shanti.

Vannita Xavier perkahwinan

<
Walaupun nama Joan Rozario dan Joseph Chako @ Joe Chenko jelas menunjukkan mereka adalah individu kaum India beragama Kristian, tidak kelihatan sebarang masalah apabila Joe Chenko mengahwini Shanthi mengikut budaya India-Hindu.

Untuk rekod, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia  menunjukkan, 84.1% kaum India di Malaysia pada tahun 2000 beragama Hindu, selain Kristian (7.7%), Islam (4.1%), dan Buddha (1.2%).

Pokok Pisang dan Kolem

Dalam cerpen “Perkahwinan”, suasana majlis perkahwinan India-Hindu digambarkan secara amat jelas. Misalnya, pokok pisang diikat pada pintu pagar rumah Shanti (hlm. 69). Suresh Kumar N Vellymalay dan Sivarajan Ponniah dalam buku Budaya, Adat dan Ritual Penganut Agama Hindu di Malaysia (2019) menjelaskan bahawa bahagian kiri dan kanan pintu masuk akan diikat pokok pisang yang bertandan.

  1. Rajantheran dan G. Sivapalan dalam buku The Indian Society Traditional Custom (2004) menerangkan bahawa pokok pisang bertandan dan berjantung ini membawa makna simbolik supaya pasangan suami-isteri hidup bahagia dan beranak-pinak serta mendapat cucu-cicit; sebagaimana pohon pisang yang mampu menjadi kebun walaupun bermula dengan sebatang pokok. Makna simbolik pokok pisang dalam budaya kaum India turut diterangkan dalam buku Mandala Bicara (2016).

Amalan melukis kolem turut dipaparkan dalam cerpen yang sedang dikaji: “Di serambi pula terdapat ukiran kolum atau corak-corak menggunakan tepung yang dicairkan dengan air.” (hlm. 69). Kolem, kolam, kolum atau koolam merujuk kepada lukisan bercorak pada lantai menggunakan tepung beras.

Perkataan “kolem” dalam bahasa Tamil membawa makna “indah” atau “cantik”. Kolem juga dijadikan media untuk melakukan dharma, iaitu membuat kebajikan dengan memberi makanan kepada burung dan serangga seperti semut.

Pakaian Veshti dan Majlis Perkahwinan

Turut dipaparkan dalam cerpen ini adalah amalan pengantin lelaki memakai “veshti berwarna kuning dengan hiasan benang emas di tepinya” (hlm. 69). Budaya tradisi ini masih dikekalkan oleh pemuda, belia, orang dewasa dan warga emas kaum India di Malaysia.

Dalam rencana di majalah Dewan Budaya (Januari 2019), saya menghuraikan keunikan dan keistimewaan pemakaian veshti dalam kalangan orang lelaki keturunan Tamil, Malayali dan Telugu. Buat pertama kali, Berita Bernama (Tamil) menyiarkan liputan khas di televisyen pada 6 Januari 2019 sempena sambutan Veshti Dhinam (Hari Veshti).

Walaupun veshti tidak lagi dipakai setiap hari atau di tempat kerja, golongan lelaki kaum India berusaha mengekalkan tradisi memakai veshti pada hari-hari perayaan atau apabila pergi ke kuil. Pada majlis perkahwinan mengikut adat India-Hindu pula, pemakaian veshti oleh pengantin lelaki masih diwajibkan dari segi adat, norma, nilai dan keinginan untuk meneruskan budaya.

Eks Veshti3

<

Upacara perkahwinan Joe Chenko dan Shanthi dikendalikan oleh seorang sami, iaitu pakar agama Hindu (hlm. 70). Pendaftaran perkahwinan pasangan kaum India beragama Hindu di negara ini sudah digalakkan sejak tahun 1924. Malah, mengikut Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], warganegara Bukan Islam yang berkahwin mengikut undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum 1 Mac 1982 perlu mendaftar semula perkahwinan mereka di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mengikut undang-undang Malaysia, tarikh perkahwinan sah bagi pasangan Bukan Islam adalah tarikh pendaftaran perkahwinan. Namun begitu, kaum India di Malaysia masih tetap memberi keutamaan kepada majlis perkahwinan mengikut adat dan budaya India-Hindu.

Sehingga kini, rata-rata majlis perkahwinan kaum India-Hindu masih meneruskan tradisi dan budaya menggunakan khidmat sami (pakar agama Hindu). Paparan dalam karya fiksyen seperti cerpen “Perkahwinan” juga mengukuhkan bukti bahawa upacara perkahwinan seperti ini masih kekal sebagai budaya kaum India di Malaysia.

Thali dan Tuhan

Upacara perkahwinan mengikut budaya India-Hindu juga tidak lengkap tanpa taali, thali atau mangalyam, iaitu seutas tali yang disapu kunyit dan diikat seulas kunyit atau dipasang loket khas. Dalam cerpen ini, digambarkan suasana di mana kedengaran bunyi gendang dipalu dan Joe Chenko “mengambil mangalyam daripada sami untuk diikat pada leher Shan” (hlm. 70).

Apabila menghadiri majlis perkahwinan, hadirin akan merestui pasangan pengantin supaya panjang umur, hidup bahagia dan dikurniakan anak-anak yang akan meneruskan warisan budaya dan keluarga. Dalam cerpen ini, Joan Rozario berdoa: “Tuhan Maha Pengasih lanjutkan usia Shan agar mereka hidup bahagia.” (hlm. 70).

Biasanya, sejurus sebelum taali diikat oleh pengantin lelaki pada leher pengantin wanita, hadirin akan diberi beras yang digaul dengan serbuk kunyit sehingga menjadi kuning. Apabila hadirin pergi untuk merestui pasangan pengantin, maka beras berwarna kunyit itu ditabur di atas kepala pengantin sebagai tanda merestui dan mendoakan kebahagiaan hidup mereka.

Eks Thaali3

<

Tindakan watak Joan Rozario juga mempunyai maksud yang sama, malah lebih mendalam kerana dia secara jelas mengakui kuasa Tuhan, mengakui Tuhan amat mengasihi umat manusia; maka Joan Rozario memohon agar Tuhan melanjutkan usia sahabat karibnya, Shanthi yang menghidap barah hati, supaya pengantin baharu itu dapat hidup bahagia bersama-sama suaminya.

Inilah antara nilai, kepercayaan, adat dan amalan dalam budaya kaum India yang mungkin sukar diterjemah secara konkrit tetapi menjadi sebahagian daripada Weltanschauung iaitu pandangan menyeluruh kaum India terhadap kehidupan manusia dan alam sejagat.

Penelitian terhadap tiga buah cerpen oleh tiga penulis kaum India dalam antologi Bermulanya di Sini (1991) menunjukkan bagaimana golongan Sasterawan Kavyan mampu menggunakan daya kreativiti dan penguasaan Bahasa Malaysia untuk menggambarkan adat dan budaya kaum India dalam bentuk karya kreatif (cerpen).

Walaupun Uma Devi Rajasundram, Thilaga Vathy Rajoo, Vannita Xavier dan Mohana Raghavan tidak menulis sebarang cerpen Bahasa Malaysia selepas tamat pengajian di Jabatan Penulisan, Universiti Malaya, tiga buah cerpen yang dianalisis di sini membuktikan mereka sudah memberi sumbangan (walau sekecil mana) bagi memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan. [Tamat]

*** Gambar ehsan Pranav Kumar Jain di Unsplash.

Ingin siarkan cerpen, puisi atau esei anda bersama kami? Hantarkan saja kepada [email protected]. Baca yang ini pula.

Sasterawan Kavyan – Bahagian 1

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Pranav Kumar Jain, Uthaya Sankar SB, Vannita Xavier

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

test2

8 Malaysian men unveil their unique Malaysian “His Story” on KLPAC’s stage

Eksentrika

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Malaysian Supper Club ‘Mulebird’ by Ben Yapp Gains A Following in UK

Zara Alianna

kuala lumpur sape collective klsc scaled

How Kuala Lumpur Sape’ Collective Celebrates Kenyah & Kayan People’s Traditional Lute

Jennifer Rodrigo

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

KonTra Dance Series Returns To Celebrate Diwali The Festival Of Lights

Eksentrika

'Jaya Ram' Is Sutra Foundation's Biggest Odissi Show In 2022

Sutra Foundation Is Staging Its Largest Odissi Show For 2022

Sutra Foundation

Who Is Ratu Kuning Of Pattani? A Queen In Southeast Asia.

5 Reasons To Remember Ratu Kuning Of Pattani, An Iconic Queen Of Southeast Asia

Jennifer Rodrigo

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram