Eksentrik
Mahendran mula aktif menulis cerpen Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil untuk akhbar dan majalah pada tahun 1987. Karya beliau mendapat pengiktirafan menerusi Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1988, 1991) dan Hadiah Cerpen Pelbagai Kaum DBP (2003). Cerpen-cerpen Mahendran termuat dalam antologi Menara (1988), Menara 4 (1991), Tanpa Mengira Warna (1993), Vanakam (2002), Segugus Aksara Sealur Kasih (2003), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup dan Peluru Aksara (2020). Beliau juga pernah menterjemah kumpulan cerpen penulis Tamil veteran M. Ramaiah dan terbit dengan judul Mimpi dan Impian (2013). Karupaya (2018) adalah kumpulan cerpen sulung yang memuatkan karya-karya terpilih Mahendran. Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan (Disember 2018, Mac 2019, Jun 2019 dan November 2019)