• Home
    Home 

  • Articles
    Articles 

  • Happenings
    Happenings 

  • Eksentriks
    Eksentriks 

  • Community
    Community 
  • Home
  • Asian Arts Magazine  ▾
    • News
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Artist Registry
  • Arts Community
  • Happenings

  • Sign In
  • Submit Stories & Poems
  • List Your Events
  • Be On Artist Registry

  • What Is Eksentrika?
  • Get In Touch With Us
  • FAQ
  • Join Our Monthly Newsletter
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Start Writing
  • Asian Arts Magazine
  • Artist Registry
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Tradisi Warisan Anyaman Buluh Salingkawang Punca Nafkah 30 Wanita Sabah
Ista

Written by Ista

Tradisi Warisan Anyaman Buluh Salingkawang Punca Nafkah 30 Wanita Sabah

Share this article via


Bagi penduduk Kampung Batu Lunguyan di Keningau, Sabah, warisan tradisi anyaman buluh Salingkawang amat penting, bukan sahaja kerana ia adalah peninggalan nenek moyang mereka, malah kemahiran itu masih boleh menjanakan nafkah bagi segelintir isi rumah.

Emily Jeneble adalah seorang usahawan kraf yang membantu wanita dan belia dari kampung halamannya untuk memanfaatkan kemahiran tradisi Dusun Murut ini.

“Kampung kami terletak jauh di pedalaman dan warga kampung tidak memiliki banyak pilihan dari segi menentukan cara hidup. Jika bukan bekerja di ladang, mungkin mencari peluang di restoran atau kedai-kedai berdekatan.

“Seni anyaman buluh Salingkawang ini mampu dijadikan sebagai bisnes bagi sesetengah penduduk yang berminat dalam seni kraf, dan secara langsung dijadikan unsur pendapatan,” kata Emily kepada Eksentrika dalam sesi temubula melalui emel.

Kini, Emily, sedang membantu sekumpulan penggiat kraf di kampungnya, untuk mengembangkan bisnes hasil kraf mereka.

Secara kolektif, mereka dikenali dengan nama Kelarai Craft dan terdiri daripada lebih kurang 30 individu belia dan wanita, seperti suri rumah, ibu tunggal dan pelajar.

“Hasil kraf tradisional cara utama pendapatan kaum wanita dan belia yang tiada pendapatan,” kata Emily.

Berikut adalah temu-ramah bersama Emily tentang seni kraf Salingkawang dan misinya untuk memartabatkan lagi tradisi warisan suku kaum Sabah.

 

Kelarai Craft
Pada tahun 2018, Emily pernah diiktiraf  dengan penAnugerah Usahawan Kraf Muda di Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2018 di Kuala Lumpur.

 

Seni kraftangan Emily adalah turn-temurun tradisional kaum Dusun, ceritakan bagaimana Emily sendiri mula minat sehingga menceburi bidang ini?

 

Saya dibesarkan di kampung Batu Lunguyan, Sook, Keningau.

Sejak kecil saya suda terdedah dengan aktiviti keluarga dari nenek kami. Nenek saya seorang pembuat kraf tradisional seperti sirung(topi tradisi suku kaum Dusun) dan nyiru.

Produk yang dihasilkan oleh nenek kami untuk kegunaan harian sirung digunakan sebagai pelindung daripada panas matahari ketika bercucuk tanam dan nyiru pula digunakan untuk menampi padi. Oleh kerana saya selalu melihat nenek, ibu saya dan makcik, maka dari situlah saya mula mengenali anyaman dan turut serta belajar menganyam.

Biarpun pada ketika itu, saya cuma menganyam motif yang senang, tetapi saya amat seronok dengan aktiviti tersebut.

Pada tahun 1998, ketika saya menunggu keputusan SPM, ibu saya bergiat aktif menerima tempahan membuat dulang anyaman buluh, masa itulah saya membantu ibu saya menyiapkan tempahan yang banyak dan saya menerima bayaran upah produk yang saya siapkan.

Apabila merasa, rupanya kerja ini boleh dapat pendapatan maka disitulah saya mula menceburi dalam bidang kraftangan.

 

Kelarai Craft
Seramai 30 wanita dan belia di Kampung Batu Lunguyan, Sabah bergantung nafkah pada hasil kraf tradisional warisan moyang mereka dari suku kaum Dusun Murut.

 

Apakah cerita di sebalik motif-motif tradisional, sila ceritakan sedikit tentang corak dan kisah-kisah menarik di sebaliknya.

 

Setiap motif yang dihasilkan mempunyai maksud tersendiri oleh si penganyam.Antara motif yang saya belajar dari nenek kami ialah:

Motif Nurugan bermaksud Mutiara

Motif Nandus andus bermaksud mata panah sukuk aum dusun,insprasi penganyam melihat alat

keselamatan tradisional etnik dusun lalu dimasukan dalam motif anyamannya.

Motif Tavaran bermaksud jagung,inspirasi si penganyam melihat susunan biji jagung lalu dimasukkan dalam motif anyamannya.

Kebanyakan cerita motif berdasarkan apa yang ada di sekitar kehidupan si penganyam.Setiap maksud motif mengikut pengertian bagi setiap suku kaum Dusun Murut di Sabah.

 

Kelarai Craft
Produk yang dihasilkan oleh Emily Jeneble dan usahawan kraf di Kampung Batu Lunguyan merangkumi elemen tradisional dan moden.

.

Apakah keistimewaan atau beza hasilan tukang tradisional suku kaum Dusun yang berlainan daripada suku kaum Sabah yang lain?

 

Produk kami mempunyai nilai keunikan yang sangat berbeza daripada hasil kraf yang lain.

Kami menggunakan bahan semulajadi di sekitar kampung dan menghasilkan sepenuhnya dari proses mengambil bahan sehingga produk siap.

Anyaman buluh selingkawang menonjol pelbagai motif di setiap rekaan produk.

Ia merangkumi pelbagai rekaan produk tradisional dan gabungan moden kategori fesyen,cenderahati dan hiasan.

Rekaan produk juga mempunyai inspirasi daripada alat tradisional contohnya beg Tikalis adalah insprasi daripada alat tampi padi tradisi kaum murut.

 

Kelarai Craft
Sebelum pandemik, beg Tikalis anyaman buluh Salingkawang dari Kelarai Craft laris dijual di kedai-kedai kraf dan lapangan terbang sekitar Sabah. 

 

Apakah barang-barang yang boleh dihasilkan melalui seni kraf tradisional ini? Yang manakah antara produk paling popular?

 

Bakul anyaman buluh salingkawang,tikalis beg,keychain,sling beg,kotak hadiah,dokumen beg,beg sikut,dompet dan banyak lagi.

 

Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk setiap ciptaan kraf dan tempoh berapa lama diperlukan untuk menghasilkan setiap satu?

 

Proses menghasilkan produk mengikut sesuatu rekaan dan teknik yang berbeza.

Jika rekaan tersebut adalah 100% menggunakan bahan semulajadi maka proses memerlukan  jangka masa yang lama untuk dihasilkan. Contohnya bakul anyaman buluh memerlukan masa sebulan untuk dihasilkan, dari proses mengambil bahan mentah di hutan sehingga produk siap.

Produk anyaman buluh gabungan jahitan memerlukan masa seminggu untuk menghasilkan satu produk.

 

Kelarai Craft
Produk Kelarai Craft diperbuat 100% daripada bahan mentah semula jadi.

.

Penukang perlu terlibat dalam penghasilan kraf untuk berapa lama sebelum dikatakan sudah “pakar” atau adakah apa-apa cara lain untuk menentukan tahap kelebihan seseorang penukang?

 

Seseorang boleh menghasilkan bahan mentah yang berkualiti boleh menghasilkan produk tradisional dan mencipta pelbagai rekaan yang berkualiti.

 

Setiap hasilan kraf ini mampu bertahan berapa lama? Adakah ia memerlukan penjagaan khusus untuk lebih tahan lama?

 

Untuk produk hiasan seperti pasu bunga,alas meja,hisan dinding boleh bertanan selama bertahun-tahun dan untuk produk yang digunakan selalu seperti bag boleh bertahan selama 3 tahun mengikut kekerapan pemakaian pengguna.

Penjagaan mengelakan daripada sinaran matahari dan meletakkan di tempat yang selamat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kelarai (@kelarai_craft)

 

Setakat ini, sejauh manakah permintaan untuk hasilan kraf Emily dan penukang di Kampung Batu Lunguyan? Adakah ia mencukupi untuk menjana pendapatan hidup secara sepenuh masa atau hanya dilakukan secara separa masa?

 

Sebelum pandemik Covid-19 produk kami banyak permintaan di kedai lapangan terbang dan kedai-kedai kraftangan seluruh Malaysia dan pendapatan sangat banyak membantu komuniti kampung kami.

Selain itu, kami juga menerima tempahan daripada pelbagai kementerian untuk dijadikan sebagai cenderhati setiap program yang dianjurkan.

Saya bekerjasama dengan 30 orang komuniti kampung, ada yang mencari bahan mentah dan menghasilkan produk.

 

Apakah langkah-langkah yang Emily dan para penukang telah ambil untuk melindungi dari terkesan oleh pandemik Covid-19 – bagaimana orang awam dapat membantu?

 

Sepanjang pandemik, pendapatan kami memang terjejas teruk.

Kami memilih untuk fokus kepada jualan secara online melalui platform Facebook, Instagram dan dibantu oleh Kraftangan Malaysia dari segi pemasaran secara online.

.

Apakah cara-cara lain yang Emily boleh syorkan untuk membantu memelihara tukangan tradisi kraf?

 

Selain daripada sentiasa melatih anak muda saya berharap  masa akan datang  saya dapat membina satu galeri penyimpanan evolusi produk kraf anyaman buluh Salingkawang agar produk ini tidak hilang ditelan zaman.

Tujuan galeri sebagai rujukan bahan kajian pelajar sekolah,universiti,badan koperat,NGO,pencinta kraf dan menjana pendapatan dengan adanya kedatangangan pelawat dalam dan luar negara di masa akan datang.

Gambar ehsan Emily Jeneble dan Kelarai Kraft. 

Minat cerita ini dan mahu baca lagi? Temui lebih banyak artikel-artikel seni menarik di sini.

Kelarai Craft Emily Jeneble

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Contribute to Us

We accept short stories, poems, opinion pieces, and essays on a complimentary basis.

SUBMIT

Other Stories You May Like

The Shang Sisters Nanyang Jazz

Malaysia’s The Shang Sisters Revive the Old World Glamour of Nanyang Jazz

Marco Ferrarese

Over 300 Artworks By 128 Malaysian Artists Get Exhibited At Telur Pecah 2.022

Over 300 Artworks By 128 Malaysian Artists Get Exhibited At Telur Pecah 2.022

Rachael Lum

SWEET AND SOUR art exhibition by Alya Hatta & Leily Moghtader Mojdehi

2 Artists Get Together To Create An Art Exhibition Inspired By… Sweet And Sour Chicken?!

ZHAN Art | Space

Who Is Ratu Kuning Of Pattani? A Queen In Southeast Asia.

5 Reasons To Remember Ratu Kuning Of Pattani, An Iconic Queen Of Southeast Asia

Jennifer Rodrigo

How Asian Motifs Inspires Tobyato's Digital Art And Murals

How Asian Motifs Inspires Tobyato’s Digital Art And Murals

Sukhbir Cheema

Guava Girls: How 2 Women Are Supporting Female NFT Artists

Guava Girls: How 2 Women Are Supporting Female NFT Artists

Marco Ferrarese

About Eksentrika

Eksentrika is an arts community and an online Asian arts magazine with an artist registry. Join us to get inspired and find Asian artists here!

Quick Links

  • About Eksentrika
  • Contact Us
  • F.A.Q.

Join Our Newsletter

 


All Rights Reserved © 2021 Eksentrika | By eJeeban Web Design Company

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram